Spesies kerdil ini bertaburan amat luas. Ia boleh dijumpai di China, Indochina, Myanmar, kepulauan Andaman, India, Sri Lanka, Afghanistan ke Iran.
Ke selatan pula ia bertaburan dari Thailand, Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera, Borneo, Jawa dan Madura.
Spesies yang ditemui oleh saintis Hamilton-Buchanan di Sungai Gangga, India pada tahun 1822 tidak mampu membesar melebihi 25cm. Spesimen yang biasa ditemui sekitar 10-20cm sahaja.
Ruan todak menjadikan sungai hutan dan paya cetek sebagai habitatnya.
Walau bagaimana pun ia turut pernah dijumpai di dalam perigi, longkang, tasik, sungai dan kolam-kolam kecil.
Ia turut mampu hidup di kawasan tanah tinggi sehingga 3,500 meter.
IKLAN
Ruan todak merupakan ikan cinonet yang cantik. Badannya kelabu keperangan dan terang di bahagian bawah.
Bergantung kepada mood ikan ini, ia boleh berwarna terang atau berjalur hitam melintang pada bahagian belakang dan tepi.
Siripnya apabila menegak kelihatan hitam keperangan, kadangkala berjalur. Sirip ekor dan dorsal berbingkai merah oren.
IKLAN
Warna ini lebih menyerlah pada ikan jantan dan individu yang tinggal di habitat yang lebih berasid.
Sirip analnya berbingkai putih atau kuning. Sirip pektoralnya kuning oren dengan empat hingga enam belang gelap melinting dan biru atau hijau gelap pada latar belakang.
Bahagian bawah kepala berbintik seperti marmar dan ketika aktif, ia membentuk kilauan biru terang.
IKLAN
Warnanya yang hidup dan saiznya yang kecil menyebabkan ruan todak menjadi spesies popular ikan akuarium.
Ia adalah spesies yang tahan lasak, mudah dipelihara dan cantik berada di dalam akuarium.
Ikan baung merupakan spesies ikan bermisai yang cukup popular di kalangan pemancing tempatan. Keasyikan melayan tarikan demi tarikan spesies ini terutama waktu malam atau selepas hari hujan (air keruh) cukup mengasyikkan hingga tidak sedar masa berlalu dengan pantas.
Biarpun tarikannya tidak seganas pemangsa lain, namun baung tetap mempunyai tarikan tersendiri lebih-lebih lagi kepada penggemar menu masak lemak cili padi.
Spesies Hemibagrus nemurus atau lebih kita kenali sebagai ikan baung kuning merupakan satu spesies ikan air tawar yang datang dalam keluarga ikan bermisai (catfish).
Bagi kebanyakan kaki pancing di Malaysia, spesies baung kuning bukanlah pilihan ikan target utama jika dinilai dari segi kekuatan tentangan di hujung mata pancing, namun jika dijadikan lauk dan dihidangkan di antara ikan air tawar yang lain, pasti ikan baung kuning antara target utama lauk yang mahu dicapai.
Biarpun tentangan spesies baung kuning tidak seganas ikan pemangsa lain, namun memancing ikan baung kuning juga mempunyai daya penariknya tersendiri. Rata-rata pemancing jika menyertai trip trekking ke sungai pegunungan sering kali menyediakan set dan umpan khas untuk melayan baung sepanjang malam.
Jika di tasik besar menaiki boathouse pula seperti Tasik Kenyir atau Tasik Banding, tidak sah jika waktu malam tak dihabiskan dengan melayan si pemakan dasar ini sambil meneguk kopi panas dan bersantai bersama rakan-rakan.
Ternyata, biarpun bukan di kalangan spesies ikan trofi, spesies baung kuning masih tetap merupakan antara spesies ikan kegemaran kaki pancing. Jadi tidak hairanlah jika dikatakan spesies baung ini antara ikan air tawar yang cukup dikenali dalam arena pancing tempatan.
Bagi pola taburan spesies bermisai ini, kebanyakannya boleh ditemui di kebanyakan kawasan sungai. Kebanyakan spesies ini boleh ditemui di kawasan air tawar di Kepulauan Jawa, Semenanjung Malaysia, Sumatera dan juga kepulauan Borneo. Selain itu, spesies ini juga banyak ditemui kebanyakan sungai utama di Asia Tenggara seperti Sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya.
Habitat bagi spesies ini pula ialah kawasan sungai atau tasik air tawar. Spesies ini juga mampu hidup dalam keadaan badan air yang kurang berkualiti atau tercemar. Ini menunjukkan spesies baung mempunyai kadar toleran kepada kualiti air yang rendah.
Baung kuning juga mendiami kawasan sungai yang berarus perlahan atau kawasan badan air tetap di mana hampir ketiadaan arus. Ini termasuk kawasan seperti sungai dan tasik yang mengalami perubahan kedalaman air dengan populasi spesies lain yang akan bermigrasi ketika musim banjir sebelum kembali kepada sungai utama sekitar bukan November hingga Disember.
Di Malaysia, spesies baung kuning cukup popular terutama di kebanyakan sungai pegunungan, bahagian pertengahan sistem sungai (kecuali berhampiran muara) dan juga kawasan tasik air tawar utama di Malaysia.
Pemancing tempatan juga tahu bahawa keadaan air yang keruh selepas hujan merupakan waktu sesuai untuk memancing spesies ini. Selain itu, waktu malam juga menjadi waktu yang paling terbaik untuk memancing baung.
Spesies daripada genus Hemibagrus ini merupakan ikan bermisai (barbel) yang mempunyai kepanjangan sekitar 8 cm. Spesimen sering ditemui di sepanjang subcontinent perairan India, Asia Tenggara dan Asia Timur. Spesies ini merupakan ikan yang tidak bersisik dan mempunyai badan yang agak licin.
Bahagian kepalanya agak mendatar ke bawah hingga ke bahagian mulutnya. Bahagian kepalanya juga mempunyai rangka tengkorak yang agak keras untuk melindungi kepalanya. Badannya mempunyai bentuk agak memanjang. Bahagian badannya mempunyai warna yang agak kekuningan bergantung kepada persekitaran kawasan air.
Spesies ini mempunyai barbell atau misai yang digunakan untuk memburu. Mereka mengesan mangsa atau makanan melalui filament barbel ini dan tidak menggunakan mata terutama dalam keadaan air yang keruh.
Spesies ini juga mempunyai kesemua sirip utama pada seekor ikan malah mempunyai sirip adipos iaitu sirip berdaging yang hadir di bahagian atas berhampiran kaudal pedunkel yang agak panjang.
Bagi diet spesies baung, ikan ini menjadikan ikan kecil, serangga air, udang dan cacing sebagai diet utamanya. Baung juga bersifat kewilayahan dan mempunyai naluri untuk menyerang hendap mangsanya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Julat semulajadi ketam nipah berada di Indo-Pasifik. Ia ditemui dari Afrika Selatan, di sekitar pantai Lautan Hindi ke Kepulauan Melayu, serta dari selatan Jepun ke tenggara Australia, dan sejauh timur seperti Fiji dan Samoa. Spesies ini juga telah diperkenalkan ke Hawaii dan Florida.
Di Hawaii, ketam lumpur atau ketam nipah lazimnya dikenali sebagai ketam Samoa kerana ia pada asalnya diimport dari Samoa, Amerika. Oleh kerana ketam ini dikenali kerana saiz daging dan kandungan daging yang padat, mereka telah banyak dicari sejak beberapa tahun lalu.
Ketam nipah yang kenali dengan nama umum mud crab atau mangrove crab, dengan nama saintifiknya Scylla serrata adalah sejenis haiwan dari jenis krustasea. Sebagai haiwan dari jenis krustasea, ketam nipah juga memiliki cengkerang sebagaimana hidupan lain yang bercengkerang seperti udang.
Selain dikenali sebagai ketam nipah, spesies yang tergolong dalam famili Portunidae ini juga dikenali sebagai ketam bakau. Di sesetengah tempat ia turut dipanggil sebagai ketam lumpur dan ketam bangkang. Mungkin disebabkan oleh sifatnya yang kuat melawan maka ia digelar sedemikian.
Pelbagai spesies ketam nipah iaitu Scylla sp dijumpai meluas di kawasan hutan bakau di mana habitatnya meliputi kawasan berlumpur zon pasang surut. Ianya merangkum sebahagian kecil perikanan di persisiran pantai.
Ketam nipah dari spesies Scylla serrata adalah jenis yang dianggap sesuai diternak disebabkan isinya yang padat, sedap dan rasa yang enak. Ketam jenis ini adalah spesies yang penting dan mempunyai permintaan yang meluas di seluruh negara Indo-Pasifik.
Harga ketam nipah adalah tinggi bergantung kepada saiznya, sebagai contohnya ketam nipah yang ada telur berharga antara RM30-RM50 seekor. Di Malaysia, industri ketam nipah dijalankan secara kecil-kecilan oleh kaum nelayan.
Secara ekologinya, kitar hidup ketam nipah bermula di kawasan paya hutan bakau dan ketika ketam nipah hendak bertelur, ianya akan berenang ke laut dan melepaskan seluruh telurnya. Induk ketam yang sihat boleh menghasilkan 3 juta telur.
Apabila telur menetas, peringkat anak larva iaitu zoea akan mengambil masa 30 hari menjadi anak ketam dan kembali ke habitat asalnya iaitu di kawasan paya hutan bakau.
Di Malaysia, ternakan ketam nipah bermula dengan ternakan anak ketam nipah yang ditangkap di kawasan paya bakau dan dipelihara sehingga membesar ke saiz yang sesuai untuk dijual. Penangkapan anak ketam nipah secara berleluasa akan mengakibatkan populasi ketam nipah berkurangan.
Oleh yang demikian, Pusat Kajian Samudera dan Pantai sedang menjalani kajian penghasilan benih ketam nipah sebagai usaha menjamin bekalan anak ketam dapat menampung untuk keperluan industri ternakan ketam nipah di masa akan datang.
Di samping itu, populasi ketam nipah di kawasan asalnya terpelihara dan tidak pupus di masa akan datang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ia dikenali sebagai bara chingri di Bangladesh, uwang atau ulang di Filipina, koong yai di Thailand, udang galah di Indonesia, dan udang galah atau jenggo di Malaysia. Udang galah atau giant freshwater prawn dengan nama saintifik macrobrachium rosenbergiidikelaskan berada dalam keluarga palaemonidae bersifat omnivor. Dari sudut taburan, spesies udang galah yang turut digelar udang sungai gergasi ini boleh didapati di seluruh kawasan tropika dan sub tropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Utara Australia. la juga telah diperkenalkan kepada bahagian-bahagian Afrika, China, Jepun, New Zealand, Amerika dan Caribbean.
Spesies yang cenderung aktif pada waktu malam hidup di air tawar dan air payau seperti di sungai, paya, saliran, tasik dan perairan lain yang lazimnya mempunyai hubungan air dengan laut. Ia juga adalah salah satu daripada spesies udang air tawar terbesar di dunia dan diternak secara meluas di beberapa negara untuk makanan. Walaupun M. rosenbergii dianggap sebagai spesies air tawar, pada peringkat larva ia bergantung kepada air payau. Setelah berkembang melepasi peringkat plankton dan menjadi juvenil, ia akan hidup sepenuhnya dalam air tawar.
Dari aspek morfologi, udang galah memiliki warna kekuningan, kecoklatan hingga kehitaman. Badan udang galah memiliki permukaan yang beruas dan bergaris serta memiliki kulit yang keras. Secara umumnya badan udang galah memiliki tiga segmen utama kepala dada (cephalothiorak), badan (abdomen) dan ekor (uropoda).
Bahagian cephalothiorak ini terbungkus dari kulit atau lapisan yang keras disebut rostum. Panjang rostum ini tergantung dengan jumlah duri gerigisnya. Secara umumnya berjumlah 11-13 unit pada bahagian atas dan 8-14 unit pada bahagian bawah. Bahagian abdomen udang memiliki lima ruas, setiap bahagian ruas dilengkapi kaki (pleiopoda). Sementara bahagian ekor atau uropoda memiliki ruas juga yang berfungsi untuk mendayung dan juga berenang pada udang. M. rosenbergii boleh tumbuh dengan panjang lebih 30 cm. Jantina udang galah galah dapat dibezakan di mana abdomen udang galah betina lebih luas dan pereiopods kedua yang lebih kecil berbanding udang galah jantan.
Sebagaimana ikan, udang galah juga boleh dipancing dan di Malaysia pancingan udang galah merupakan salah satu daripada cabang pancingan yang digemari ramai. Udang galah juga dikatakan tiada musim tertentu atau boleh dipancing sepanjang tahun di sistem sungai yang berhubung secara langsung dengan laut. Spesies perayap dasar ini gemar mengikut arus dan pusaran air untuk mencari makanan. Justeru lokasi seperti di bawah timbunan sampah, celahan akar-akar pokok, batang pokok nipah dan lubuk yang air berpusar perlahan merupakan spot terbaik untuk memancing spesies yang bukan sekadar enak dimakan bahkan bernilai tinggi di pasaran.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...