Taksonomi:

Kindom: Animalia

Filum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Cypriniformes

Family: Cyprinidae

Genus: Probarbus

Species: P. jullieni

Binonial name: Probarbus jullieni

 

Mengenal Profil Spesies Kap Tempatan Gergasi

 

Temoleh atau juga dipanggil temelian merupakan spesies ikan air tawar yang menjadi idaman bagi kaki pancing. Selain merupakan spesies kap tempatan yang paling besar, ikan ini juga terkenal dengan sifat agresifnya serta daya henjutan yang sangat kuat.

 

Nama Lain bagi spesies temoleh ialah Probarbus jullieni. Temoleh juga lebih dikenali dengan nama seven-striped barb selain nama jullien’s golden carp dan isok barb dan datang daripada keluarga cyprinidae.

 

Spesies ini berasal dari Asia Tenggara dan perairan Kemboja, Laos, Vietnam dan Thailand juga dihuni oleh spesies ini selain Malaysia.

 

IKLAN

Mengenal Profil Spesies Kap Tempatan Gergasi

 

Dari segi morfologi, P. jullieni boleh dikenal pasti berdasarkan ciri utama pada badannya iaitu mempunyai tujuh garisan hitam yang melintang pada badan. Ciri utama ini boleh dikatakan antara faktor utama spesies cyprinid ini dikenali sebagai seven-striped barb.

 

Mulut ikan temoleh menghadap dan menjulur ke bawah dan bersesuaian dengan sifat pemakanannya. Pada muutnya terdapat sepasang sesungut seperti misai yang dipanggil maksila. Spesies ini merupakan omnivor dan mulutnya membantu ketika mencari makanan di dasar sungai seperti tumbuhan akuatik, serangga dan alga.

 

Mengenal Profil Spesies Kap Tempatan Gergasi

 

Bagi temoleh juvenil, badan dan sirip utama berwarna putih cerah selain tujuh garisan hitam melintang pada badannya. Ketika membesar, warna putih pada badannya akan menjadi lebih kekuningan. Ikan ini mampu mencapai saiz sehingga 70 kg lantas tidak menghairankan jika spesies temoleh ini dikategorikan sebagai ikan trofi pancingan sungai.

 

Antara sungai-sungai utama yang menjadi habitat bagi spesies ini ialah sungai di Malaysia, Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam. Di Malaysia, ikan ini terdapat di Sungai Pahang, Sungai Perak, Tasik Chenderoh dan Sungai Petuang di Terengganu. Begitu pun, populasi ikan temoleh semakin berkurang dan semakin sukar diperolehi.

 

IKLAN

Mengenal Profil Spesies Kap Tempatan Gergasi

 

Dalam Union for the Conservation of Nature and Natural Resource (ICUN), ikan temoleh dikelaskan dalam senarai merah (Red List) sebagai spesies terancam (Endangered). Antara faktor utama populasi temoleh ini berkurang adalah disebabkan oleh aktiviti kemanusiaan.

 

Contohnya, pembinaan empangan di sungai utama yang menjadi habitat ikan ini menyebabkan ikan temoleh tidak dapat naik ke hulu sungai untuk menghempaskan telurnya ketika musim mengawan.

 

Aktiviti pembalakan di hulu sungai serta penggunaan racun perosak juga mendatangkan akibat buruk terhadap populasi ikan ini. Selain itu, penangkapan berlebihan (overfishing) juga mungkin menjadi antara punca yang menyumbang kepada keadaan ini.

 

Mengenal Profil Spesies Kap Tempatan Gergasi

 

Bagi fri temoleh atau anak temoleh, mereka menjadikan zooplankton sebagai diet utama. Semakin membesar (juvenil hingga dewasa) temoleh akan lebih bersifat omnivor dalam diet pemakanannya. Antara diet utama termasuklah tumbuhan akuatik di dasar, alga, udang, invertebrata dasar sehinggalah yang menjadikan buah-buahan yang jatuh di permukaan air sebagai makanannya.

IKLAN

 

Ikan temoleh menjadikan jangka masa sekitar November hingga Februari sebagai waktu atau musim mengawan. Ketika ini, ikan temoleh induk akan berenang naik ke hulu sungai dan biasanya akan mencari kawasan berair cetek yang berpasir dan berbatu bagi menghempaskan telurnya.

 

Mengenal Profil Spesies Kap Tempatan Gergasi

 

Di Sungai Tembeling, masyarakat sekitar menamakan musim temoleh mengawan sebagai ‘musim temoleh berlaga’. Beberapa lokasi utama juga dikenal pasti sebagai tempat temoleh menghempaskan telurnya. Menghempas telur membawa maksud ikan temoleh betina merembes atau mengeluarkan telurnya.

 

Telur yang dilepaskan akan melekat pada batu atau pasir kerana sifatnya yang melekit sebelum induk temoleh jantan akan melepaskan spermanya ke atas telur ini. Mengambil kira faktor persekitaran sekarang, peratusan anak temoleh untuk membesar agak rendah dengan pembiakan semula jadi ini langsung menyebabkan populasinya menurun mendadak.

 

Mengenal Profil Spesies Kap Tempatan Gergasi

 

Dari sudut sosio ekonomi, potensi ikan temoleh dilihat sangat tinggi dalam 3 bidang utama perikanan. Dalam akuakultur, spesies ini mempunyai potensi yang tinggi kerana nilai pasaran yang baik selain proses tumbesarannya juga singkat. Ditambah dengan kejayaan untuk dibiakkan secara aruhan, spesies ini potensi tinggi dalam akuakultur.

 

Dalam industri ikan hiasan, spesies temoleh mempunyai nilai tersendiri. Selain daripada andaian ikan yang semakin sukar diperolehi, temoleh juga mempunyai corak badan yang dianggap unik dan menjadi nilai tambah untuk dijadikan ikan hiasan.

 

Mengenal Profil Spesies Kap Tempatan Gergasi

 

Melihat dari sudut potensi perikanan rekreasi, tanyalah mana-mana pemancing, pasti akan dapat melihat potensi temoleh sebagai ikan pancingan sukan. Dengan saiz, kekuatan dan betapa agresifnya ketika bertarung cukup menjadikan ikan ini sebagai salah satu ikan utama dalam lapangan pancing.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI