Gewang sesudu atau lebih senang dipanggil spoon oleh kebanyakan kaki pancing merupakan terminal tackle yang banyak digunakan dalam aktiviti memancing melalui teknik mengilat atau casting. Bagi pemancing yang belum mengenali gewang jenis ini, di sini kami buat sedikit huraian ringkas mengenainya.
Terdapat perlbagai bentuk dan warna sesudu di pasaran. Secara asasnya warna perak, tembaga dan emas mendominasi. Namun sekarang ada sesudu yang mengunakan 3 warna asas tadi tapi ditambah dengan kemasan warna-warna yang lain seperti hijau, merah, oren, biru dan macam-macam lagi. Terpulang kepada anda untuk mencubanya.
Ads
Bentuknya pula ada yang pendek melonjong dan ada yang kurus memanjang. Jika ia lebar, karauannya akan menjadi lebih berat dan olak air yang dihasilkan adalah besar. Manakala sesudu yang, ringan untuk dikarau dan olakan airnya kecil. Berat sesudu antara 4-20 gm sudah memandai, lagi berat sesudu lagi cepatlah ia tenggelam dan lagi mudah ia tersangkut reba.
Ads
Dipercayai bentuk sesudu jenis kurus memanjang paling efektif kerana ia lebih menyerupai seluang atau perimpin. Sesudu warna perak pula lebih sesuai digunakan pada waktu tengah hari yang terik di perairan yang sangat jernih dan tidak beberapa dalam, kurang dari 20 kaki. Manakala sesudu warna tembaga dan emas pula untuk cuaca yang berawan, di perairan yang gelap atau sedikit keruh dan kedalaman lebih 20 kaki.
Ads
Sama seperti permainan soft plastic, penggunaan joran haruslah yang beraksi pantas dan tali sulam lebih baik dari tali mono kerana permainan sesudu yang lebih kepada menyentuh dasar. Ini supaya setiap ragutan dapat disembat dengan lebih efektif.
Oleh kerana sesudu beraksi flutter dan bergelek, swivel wajib digunakan untuk mengelakkan tali dari menjadi berpintal dan kusut. Oleh kerana permainan sesudu lebih banyak di kawasan dasar yang tentunya bereba, penggunaan mata kail tunggal adalah lebih wajar dari mata tiga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Hai admin, boleh tak admin kongsikan sedikit tip memancing ebek?
JAWAPAN:
Pada Asasnya, ikan ebek merupakan salah satu daripada pemangsa marin dalam kitaran makanan lautan. Ebek sering menjadikan ikan kecil, sotong, obor-obor dan krustasia sebagai mangsanya sekali gus menjadikan senarai tersebut sebagai diet makanan utama. Di Malaysia, akses lokasi atau lubuk untuk memancing ebek tidak sesukar mana. Bermula dari kawasan muara sehinggalah ke laut lepas.
Antara lokasi terbaik memancing ebek ialah di kebanyakan perairan Terengganu dan Pahang. Waktu sesuai untuk memburu ebek dikatakan sekitar bulan Februari hingga Jun setiap tahun. Lubuk terbaik untuk memburu ebek ialah di kawasan yang mempunyai struktur seperti batu atau karang. Selain dipancing dengan menggunakan umpan konvensyional, ebek turut menjadi spesies idaman penggemar teknik jigging menggunakan kepingan besi atau jig. Tidak dinafikan dalam sukan memancing, ebek merupakan antara spesies buruan berikutan aksi pertarungan yang dipersembahkannya.
Ebek boleh dipancing dengan teknik dasar atau jigging/light jigging di kawasan berbatu. Jig yang dipilih sebaiknya warna silver, hijau. Tetapi warna jig yang terang seperti pink, juga boleh, namun bergantung juga kepada lokasi, air, kedalaman air. Diet utama ebek ialah krustasia bergerak perlahan. Jadi umpan yang efektif yang mungkin anda boleh cuba ialah udang hidup. Selain itu, tamban, ketam angin dan sotong cumit juga boleh digunakan. Gunakan perambut yang panjangnya sekitar 3 kaki ke atas.
Pada setiap enjin bot terdapat satu pin kekunci di hadapan atau tepi kotak enjin mengikut model enjin yang berfungsi sebagai kunci yang di reka untuk “mengunci” enjin ketika membuat pengunduran. Natijahnya kunci ini sebenarnya akan menjadi “pembunuh” sekiranya ia tidak di release. Kenapa?
Bayangkan ketika bot meluncur laju dan tiba-tiba ia menghentam tunggul dan sistem kekunci ini tidak dibuka. Mungkin bot akan terbalik atau enjin sangkut anda akan tercabut dari bot kerana impak perlanggaran tersebut.
Sebaliknya pemandu bot perlu memastikan kunci tersebut perlu dalam keadaan release dan pemanduan boleh di teruskan tanpa was-was.
Terdapat pertanyaan kenapa enjin panas dan mati tiba-tiba? Setiap enjin sama ada 2 lejang, 4 lejang ataupun inboard ia direka menggunakan sistem cooling untuk menyejukkan enjin seperti kenderaan yang berada di jalan raya. Kunci enjin perlu `direlease’ bagi memastikan keselamatan pemandu lebih terjamin.
Cuma bezanya sebesar mana sungai, laut, tasik atau di mana jua perairan sebesar itulah radiatornya. Water pump akan menyedut air melalui satu saluran di bahagian gear box terus kepada aluran penyejuk enjin dan membuangnya semula.
Apabila saluran water pump ini tersumbat atau getah pump telah haus, enjin akan menjadi panas dan akan mati tiba-tiba kerana overheating.
Cara bagi memastikan water pump berfungsi dengan bagi adalah dengan cara melihat salur air keluar dari salur water pump. Sekiranya pancutan air tersebut kuat makanya seluruh sistemnya dalam keadaan baik namun sekiranya air hanya meleleh atau tidak keluar langsung mungkin ada sesuatu yang menyekat saluran water pump tersebut.
Jika ia terjadi semasa baru menurunkan enjin maka periksa salur masuk air sama ada halangan yang menutupi alurnya. Tiup atau sedut salur air dari paip water pump keluar untuk membuang bahan tumpangan’ yang mudah membuat sarang di salur tersebut.
Paip salur keluar water pump yang jelas kelihatan membolehkan kita menilai tahap proses penyejuk enjin berjalan lancar atau tidak. Ia sangat sensitif walaupun hanya sebutir pasir yang menyekatnya namun ia akan memberi impak yang besar dan boleh menjadikan enjin tersebut jammed!
Sekiranya tiada tanda-tanda water pump dapat mengalirkan air bermakna getah pump telah haus atau rosak. Caranya mungkin agak rumit namun sekiranya anda mempunyai peralatan yang lengkap anda boleh menukarnya sendiri tanpa menghantar ke bengkel.
Buka skru gear box dan tukarkan getah tersebut dengan getah water pump baru. Rujuk buku manual enjin untuk mendapatkan kod alat ganti dan alat ganti boleh dibeli di kedai-kedai yang menjual Enjin Bot. Sila pastikan getah tersebut di pasang secara betul bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik
Propeller perlu diperiksa sama ada ia masih baik atau sompek akibat menghentam batu atau tunggul. Ia boleh menjadi aspek gegeran yang kuat pada enjin sekiranya ia telah terjejas.
Enjin bergegar
Terdapat pelbagai faktor menjadikan enjin bergegar semasa ia dalam keadaan berjalan. Ia mungkin di sebabkan shaft utama yang memusingkan propeller telah bengkok ataupun propeller itu sendiri yang telah sumbing atau pecah akibat menghentam batu, tunggul ataupun karang.
Ini biasa berlaku bagi enjin yang telah berusia. Pemeriksaan rapi perlu dibuat terhadap shaft utama dari kotak enjin kepada kotak gear box.
Semasa gear dimasukkan shaft akan memusingkan propeller seterusnya seluruh badan enjin akan bergegar akibat daripada shaft yang bengkok. Ia perlu ditukar segera bagi memastikan enjin bergerak lancar. Ketatkan sedikit kepala stering enjin bagi mengukuhkan pemanduan dan enjin dapat kekal dalam laluannya.
Propeller atau kipas merupakan elemen penting penggerak sampan. Terdapat pelbagai saiz mengikut model yang ada di pasaran. Sekiranya ia sumbing atau bengkok ia juga boleh menjadi faktor enjin bergegar.
Apa yang saya perhatikan sampan yang membawa pemancing ke Hulu Tembeling akan membawa alat ganti propeller ini setiap kali menghantar pemancing.
Ini kerana setiap kali kipas menghentam batu atau kayu maka ia akan rosak dan sampan tidak dapat meluncur membelah arus dengan baik.
Jika inginkan sambaran dari talang dengan kaedah jigging, jig perlu dimainkan secara laju. Ia adalah yang paling praktikal. Manakala setting peralatan pula biarlah gunakan set yang ringan tetapi mampu bertahan supaya tidak letih jigging sepanjang hari.
Gunakan jig yang berat di bahagian bawah kerana ia lebih stabil apabila henjutan laju dilakukan. Jika jig tidak cukup laju, talang hanya akan mengekor sahaja hingga ke tepian bot. Memang sakit hati dibuatnya apabila melihat kelibat talang ini hingga ke permukaan air.
Jika menggunakan gewang permukaan pula, aksi popper yang dihenjut secara perlahan lebih digemari talang. Ini adalah kerana karauan yang laju akan menyebabkan ia selalu tersasar dari menyambar popper.
Teknik popping dan casting ini sangat berkesan ketika talang frenzy mengerjakan anak-anak ikan. Sekiranya bertemu talang sedang frenzy, baling gewang setepat yang mungkin dalam kawanan talang yang sedang frenzy.
Mata kail yang tajam juga hendaklah digunakan kerana talang sering melompat apabila sudah terkena pancing. Lompatannya sering menyebabkan gewang terlepas kecuali mata yang berteras halus dan lebih tajam digunakan.
Gewang dan jig paling digemari talang yang pernah saya guna ialah Fina Jig (28gm,42gm dan 56gm), Jig O-Pass 28gm, Jig White Rabbit MJ5000, Rapala Troll to Minnow 15, X-rap Subsurface Walk-the-Dog 9 cm, Siam Spoon 16gm.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...