Saya ingin membuat apollo sendiri. Boleh tak admin cadangkan apakah warna benang yang sesuai? Berapa jarak perambut anak antara satu sama lain serta panjang apollo? Perambut anak berapa paun dan perambut utama berapa paun?
JAWAPAN:
Ads
Tahniah kerana anda mempunyai minat membuat sendiri apollo yang jarang dilakukan oleh kebanyakan pemancing. Boleh dikatakan ramai pemancing lebih senang membelinya sahaja di kedai-kedai pancing. Malah admin sendiri pun tidak pernah melakukannya walaupun memiliki sedikit pengetahuan untuk melakukannya.
Namun tidak menghampakan semangat anda, admin akan berkongsi pengetahuan melakukan sendiri perambut apollo ini. Pada pendapat admin, ada dua warna benang paling efektif dijadikan perambut mata apollo iaitu hijau dan putih. Ini merupakan dua warna asas yang kebanyakkannya digunakan pada apollo yang dijual di kedai pancing.
Ads
Sementara mata kail yang kebanyakan diguna pakai ialah mata kail jenis batang atau teras panjang (long shank). Saiz mata kail pula bergantung kepada jenis ikan yang ingin dipancing. Manakala jarak panjang perambut anak dengan perambut utama pancing apollo ialah 8 hingga 14sm.
Sekiranya anda menghasilkan anak perambut sepanjang 8 sm maka jarak di antara anak perambut dengan anak perambut lainnya sekurang-kurangnya 16 sm bagi mengelak anak perambut bercantum antara satu sama lain.
Manakala untuk tali perambut yang digunakan untuk menghasilkan anak perambut apollo ialah 12 paun hingga 15 paun, manakala perambut utama 20 hingga 30 paun. Atau anda boleh tentukan sendiri dengan syarat tali anak perambut mestilah lebih halus daripada tali perambut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Pancingan dari tebing muara atau kuala sungai merupakan salah satu segmen memancing yang umumnya dilakukan oleh pemancing yang tinggal di kawasan pesisir laut. Teknik pancingan yang turut mengaitkan pancingan dari atas jambatan, jeti dan rumah rakit di dalam kawasan muara sungai ini lebih popular dengan istilah MENEBING. Daerah Klang di Selangor contohnya, banyak terdapat lokasi menebing tersendiri.
Tanjung Harapan
Tanjung Harapan, Pulau Indah merupakan satu lokasi pemandangan tepian pantai berbatu sesuai untuk aktiviti beriadah serta bersiar-siar terutamanya pada waktu petang. Pengunjung juga boleh menjalanan aktiviti-aktiviti seperti menangkap gambar, berjogging dan sudah tentunya memancing.
Tanjung Harapan merupakan antara lokasi popular di daerah Klang yang kerap dilawati terutamanya pada hujung minggu. Di sepanjang pantai berbatu ini pasti ada pemancing sedang mencuba nasib menanti joran direntap pemangsa seperti pari, sembilang, kurau dan sebagainya. Ia juga merupakan salah satu lokasi pilihan penganjur pertandingan memancing.
Jambatan Muhibbah
Jambatan sepanjang kira-kira 1km yang menghubungkan Pulau Indah dengan tanah besar. Di atas jambatan ini tiada sebarang aktiviti memancing, tetapi tidak di bahagian bawah. Nak memancing kat bawah Jambatan Muhibbah ni hanyalah bermodalkan RM2 saja sekali masuk. Ada yang jaga di sana. Mereka sudah buatkan tangga untuk kita melalui bawah jambatan dan turun ke platform tiang.
Jangan risau anda tak keseorangan, ramai kaki pancing datang ke sini. Jika bernasib baik anda akan berjaya mendaratkan spesies berharga tetapi dijamin akan berjaya menaikkan gelama.
Jambatan Kota
Jambatan lama yang berusia lebih setengah dekad ini dibina oleh syarikat kejuruteraan Inggeris pada tahun 1957. Jambatan dua tingkat sepanjang 0.5 km ini dibina menggunakan asas struktur besi yang merentasi Sungai Klang sebagai perantara utama di antara Klang Selatan dan bandar Klang Utara. Boleh dikatakan satu jambatan yang sangat unik di Malaysia yang susah untuk didapati struktur sebegini di lain tempat.
Ia juga merupakan spot memancing bagi kaki-kaki pancing bagi melepaskan gian memancing kerana tidak banyak ikan gred tinggi dinaikkan di sini.
Pantai Aceh
Lokasi pantai ini mungkin agak tersorok sedikit namun ianya menawarkan pemandangan laut dan landskap pantai yang menarik untuk aktiviti santai, berkhemah dan berkelah. Lokasi ini juga sesuai untuk anda melakukan aktiviti lain seperti parasiling atau memancing.
Laguna Park
Satu lagi destinasi tepi laguna yang sangat mendamaikan. Kebiasaannya pengunjung datang ke sini sama ada untuk aktiviti riadah petang bersama anak-anak ataupun memancing untuk golongan belia. Di sekitar kawasan ini juga terdapat pondok berehat, jeti kecil dan restoran-restoran yang menarik untuk dicuba. Penginapan di sini tidak banyak tetapi sangat ideal untuk mereka yang ingin bermalam di kawsan tenang tepi pantai.
Jeti Star Cruise
Port Klang Cruise Centre di Pulau Indah ini juga dikenali dengan Glenn Cruise Terminal kerana dimiliki dan diuruskan oleh Glenn Marine Group. Terminal ini merupakan terminal berlepas yang canggih dengan adanya balai berlepas yang tersendiri dan juga jambatan yang terus berhubung ke cruise. Kalau tak naik pun boleh tengok-tengok kapal mewah canggih yang berlabuh dari jauh.
Namun ia adalah kawasan larangan memancing. Hanya pemancing tegar saja yang berani menyelinap masuk untuk memancing kerana banyak ikan bergred tinggi bersembunyi di kawasan ini.
Angler Resort
Angler resort yang mempunyai keluasan lebih kurang 80 hektar, menyediakan pelbagai kemudahan selain untuk pemancing. Jeti Angler Resort sepanjang 100meter panjang dan 2meter lebar boleh menempatkan 100 pemancing dalam satu masa.
Kawasan pantai sepanjang 500meter ke kiri dan kanan jeti memang dikhaskan untuk pengunjung. Selain memancing, ia turut menyediakan tempat-tempat riadah yang lain seperti berkhemah, paintball, paragliding dan lain-lain.
Tanjung Piai
Tanjung Piai hampir sama keadaannya dengan Pantai Acheh. Pantai yang sangat cantik cuma agak pendek dan tak dibangunkan. Bagi pemancing itulah yang dikehendaki.Nak masuk ke kawasan pantai ni kena lalui jalan tanah merah yang agak panjang juga dan kena lalu beberapa kawasan kampung. Untuk memancing, anda boleh pilih mana-mana kawasan lapang yang sesuai untuk memacak joran dan melabuhkan umpan.
Hampir 5 tahun yang lalu nama beliau secara tiba-tiba menjadi sebutan. Bermula dari mulut ke mulut, ia kian rancak disebut di media sosial Facebook.
Begitu juga dengan nama Batu Laut yang terletak di Banting, Selangor. Dalam masa singkat, perairan Batu Laut di Selat Melaka menjadi lokasi padang pancing paling popular untuk tempoh tersebut.
Khususnya bagi pengamal teknik pancingan jigging perlahan. Berikutan hasil pancingan yang begitu memberangsangkan maka ramai pengamal jigging perlahan berlumba-lumba mendapatkan khidmat servis anak jati Batu Laut, Rezza untuk memancing di Batu Laut.
Ketika sambutan pakej memancing di Batu Laut sedang rancak menuju puncak, Rezza terpaksa memperlahankan servis bot memancing yang beliau usahakan setelah menerima pekerjaan tetap.
Setelah memangku jawatan sebagai penolong pegawai penerangan di Majlis Daerah Kuala Langat, Rezza hanya turun membawa pemancing pada hujung minggu sahaja.
Namun dalam masa yang sama beliau melatih tekong muda untuk menggantikan tempat beliau bagi memenuhi permintaan pemancing pada hari bekerja.
Tidak sampai setahun berkhidmat di Majlis Daerah Kuala Langat, Rezza mengambil keputusan drastik untuk menjadi tekong sepenuh masa.
Namun Rezza tidak sekadar kembali menjadi seperti sebelumnya. Sebaliknya kembali menjadi tekong dengan lebih profesional.
Bukan sedikit perbelanjaan yang beliau laburkan untuk menaik taraf bot sewaan serta fasiliti di pangkalan bot bagi kemudahan dan keselesaan pemancing yang melanggani khidmat servis bot memancing yang beliau usahakan.
Cara penggunaan umpan bulu ayam atau bullet fly ini sebenarnya tidak banyak beza dengan menggunakan sesudu atau jig micro. Namun ia lebih banyak dimainkan di permukaan air bagi memburu spesies pelagik.
Kekili spinning jenis high speed amat penting di sini. Disyorkan menggunakan kekili yang memiliki gear ratio 6:1 dan ke atas. Siri 2000-3000 paling sesuai digunakan dan ia mestilah tahan lasak dan kalis air masin. Jika bukan jenis air masin, harus membilasnya dengan segera bila tiba di daratan.
Rod casting 6’ hingga 7’ paling seronok untuk digunakan. Tetapi sebenarnya penggunaan rod haruslah sesuai dengan tinggi tubuh badan seseorang. Ini kerana jika seorang itu bertubuh rendah rod 6’ atau 6’ setengah adalah sesuai. Pendek kata, hujung rod jangan sampai mencecah air.
Rod dengan kekuatan 10-20lb atau PE 05-2 adalah pilihan yang seimbang. Tetapi jika inginkan ‘lebih perlawanan’ boleh mencuba joran yang lebih ringan.
Tidak kisah, apa brand yang digunakan. Asalkan ia jenis braided, kuat dan tahan lasak. Saiz 15-20 lb paling sesuai di sini. Boleh juga ingin menggunakan tali tangsi namun keupayaan hook up tidaklah sebagus jika menggunakan braided.
Pilih perambut jenis fluorocarbon 100%. Perambut nylon monofilament agak kurang praktikan berbanding fluorocarbon. Perambut berkekuatan 20-40lb adalah pilihan paling ideal.
Saiz mata bergantung kepada tempat. Biasanya mata kail no 2 digunakan. Paling penting, mata kail mestilah tajam, tahan lasak dan sedikit lembut, kerana jika tersangkut di celah batu, boleh menariknya sampai bengkok mata kail kerana paling penting dapatkan semula batu ladung yang berhias bulu ayam tersebut.
Selain dua mata, ikatan tunggal juga boleh dipraktikkan. Tali yang sesuai untuk mengikat mata kail adalah jenis braided berkekuatan 80 lb ke atas.
Faktor air memainkan peranan penting. Jika air jernih, potensi sambaran lebih tinggi dan arus hendaklah tidak terlalu laju. Sebaiknya rujuk pasang surut air.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...