Seorang pemancing pro akan sentiasa merasakan dirinya masih perlu banyak yang dipelajari dan pada masa yang sama sentiasa membantu dan menolong rakan pancing yang lain.
“Istilah pro itu sendiri sebenarnya satu perkara yang kompleks. Dalam dunia memancing seorang pemancing hanya boleh dianggap pro bila ia melengkapi lima ciri utama iaitu
pertama perwatakan yang baik, tidak sombong, memiliki ilmu tentang segala-galanya tentang ilmu memancing.
Ads
“Kedua adalah melibatkan diri dengan pertandingan banyak pertandingan, seminar baik dalam dan juga luar negara.
Ads
“Ketiga adalah mendapat kepercayaan dari banyak pihak, pengeluar peralatan memancing, organisasi dan sebagainya.
“Keempat, mengetahui segala teknik, kaedah, lokasi, arif tentang peralatan cara cara pengendalian dan sebagainya dan terakhir mendapat pengiktirafan, menang dalam banyak pertandingan di dalam dan luar negara.”
Ads
“Kelima… tidak sombong dan bangga diri dengan ilmu memancing yang dimiliki. Sebaliknya menyebarkan ilmu memancing yang dimiliki itu dengan jujur dan ikhlas.”
Sekiranya korang memiliki kelima-lima kriteria ini barulah anda layak diiktiraf sebagai pemancing pro. Amacam? Korang ada ke sifat-sifat ni?
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Nama: Syarikin (Syark)
Usia: 34
Lokasi: Selayang, Selangor
Nama produk: Braidmaster Fishing
UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha produk memancing ini?
SYARK: Pada tahun 2016. Atas nasihat rakan saya mula beranikan diri untuk mencuba mengeluarkan Produk ini. Sebelum itu, saya telah membuat ujian ke atas tali pancing untuk tujuan kualiti dan ketahanan tali pancing. Dari tali benang dan ysng terbaru kami juga menjual tali mono (tangsi) yang juga ada permintaan dan peminat, terutama untuk kolam air tawar.
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini dan bagaimana sejarah permulaannya?
SYARK: Sebagai seorang pemancing, yang kerap memancing, saya asyik bertukar tali dan pada masa itu tali harga ekonomi kurang berada di pasaran, dan atas nasihat rakan saya mencuba untuk membawa masuk atau memperkenalkan tali Braidmaster ini hanya pada rakan-rakan pemancing dan mendapat feedback positive dari mereka.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
SYARK: Pada awalnya, memang susah untuk mendapat kepercayaan pada pemancing disebabkan masih baru di pasaran dan tidak dikenali para pemancing, dan rata-rata para pemancing masih tidak yakin dengan tali brand Braidmaster, tapi setelah beberapa pemancing yang menggunakan tali tersebut dengan feedback yang begitu bagus, Braidmaster sekarang telah dikenali oleh para pemancing, tak kira pemancing baru atau lama, tidak lupa juga pada rakan-rakan yang sangat membantu.
Saya berharap Braidmaster dapat bertahan dalam bidang ini untuk terus memberi atau membantu para pemancing untuk menggunakan tali yang berkualiti pada harga yang ekonomi.
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?
SYARK: Tali benang dan monofilament ini memang ditempah khas untuk memberi ketahanan pada tali, terutama pada tali monofilament tidak perlu potong atau buang tali walaupun sudah naikkan lebih 10 ekor ikan bersaiz kasar, tali yang ringan untuk balingan yang jauh.
UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan dihasilkan dari produk ini?
SYARK: Tali 25lb dan 30lb mono menjadi pilihan peserta pertandingan memancing anjuran kolam dan mendapat tempat pertama dan kedua di tempat berlainan pada bulan yang sama.
Kata orang-orang tua, di mana berkumpulnya udang galah yang banyak, di situ pasti ada buaya besar kerana udang galah suka ‘melepak’ di atas badan buaya. Sama ada kata-kata ini ada benarnya, saya tidak pasti. Namun saya berpegang teguh kepada prinsip, saya memancing udang galah ini hanya sekadar untuk mencari lauk bagi keluarga. Saya tidak mengganggu ‘kehidupan’ makhluk lain yang tidak kelihatan pada mata kasar!
Setelah mendapat spot yang sesuai untuk melabuhkan sampan, saya dan abang Lizam terus membaling umpan ke tengah sungai. Sambil menunggu umpan direnggut oleh sang mangsa, saya menghisap sebatang rokok yang asapnya saya niatkan untuk menghalau nyamuk yang galak berkeliaran malam itu.
Alhamdulillah, tidak sampai sepuluh minit menunggu, umpan saya mula mengena. Udang galah yang dianggap jenggo dengan anggaran berat 250 gram berjaya dinaikkan. Selepas itu, saya dan Abang Lizam bagaikan tidak cukup tangan melayan aksi penghuni sungai yang lain seperti duri, bagok dan baung. Malam itu kami bagaikan berpesta di tengah sungai.
Menjelang jam dua pagi, suasana mulai sejuk. Gerimis turun dan bulan yang tadinya indah di dada langit sudah mula ditutupi awan hitam yang tebal. Sesekali terlihat guruh di langit. Abang Lizam memberi isyarat supaya saya mengemas semua joran dan bersedia mendayung untuk balik ke jeti semula apatah lagi gerimis yang tadinya halus sudah bertukar kepada rintik kasar.
Ketika inilah, dengan dibantu oleh pancaran kilat yang sesekali datang menerpa, saya perasan di hadapan perahu saya berdiri seorang perempuan tua memakai baju kebaya berbunga-bunga dan berkain batik berwarna kuning.
Rambutnya tidak kelihatan kerana dia memakai selendang. Dia memegang sebatang tongkat yang berlingkar, sebiji seperti akar bonsai yang sering saya kutip di tengah hutan. Rasa gemuruh dan takut menyelubungi diri saya apabila saya perasan mukanya hitam legam tanpa kelihatan mata, hidung atau mulut!!
Rasa tergamam dan seram itu membuatkan saya menundukkan pandangan. Niat untuk membaca ayat-ayat suci itu ada tapi bibir saya bagaikan terkunci untuk membacanya. Otak pula bagaikan blur. Saya duduk statik di dalam sampan betul-betul seperti orang yang sudah terkena renjatan elektrik!.
Ketika inilah saya terdengar Abang Lizam mengalunkan azan sebanyak tiga kali. Setiap kali azan dilaungkan, saya ternampak perempuan tua itu menutup telinganya bagaikan sakit mendengarnya. Akhirnya jasad perempuan itu berubah menjadi asap hitam yang berkepul-kepul lalu menghilang di tengah sungai.
“Nan!!!” bahu saya ditepuk beberapa kali oleh Abang Lizam. Mulut Abang Lizam terkumat-kamit membaca ayat Qursi lalu dihembuskan ke muka saya.
“Itu syaitan Nan. Jangan takut. Dia makhluk Allah jua” kata Abang Lizam lagi. Saya mengangguk lemah. Tubuh saya masih lagi gementar dan tiada berdaya untuk mendayung.
Nasib baik Abang Lizam seakan mengerti dengan keadaan saya. Dia mendayung sehingga kami selamat sampai di jeti tepat jam 3.10 pagi. Abang Lizam juga yang memunggah semua hasil yang kami dapat masuk ke bonet kereta.
Sampai sahaja di hadapan rumah saya, Abang Lizam tidak membenarkan saya masuk terus ke dalam rumah. Dia menghulurkan sebatang rokok kepada saya. Sambil menghisap rokok, saya terdengar Abang Lizam seperti berbual-bual dengan ‘seseorang’ dengan suara perlahan. Katanya, “sampai sini sahaja kau ikut aku. Jangan ikut aku lagi. Aku tak kacau kau dan jangan pulak kau kacau aku,”.
Selepas itu, baru Abang Lizam ‘membenarkan’ saya masuk ke rumah. Saya juga diberi pesanan agar mandi dan terus tidur selepas itu.
Walaupun peristiwa ini sudah lama berlalu namun ia masih menghantui saya. Sejak kejadian itu, saya tidak berani lagi memancing udang galah pada waktu malam. Saya hanya memancing pada waktu siang itu pun dengan mengajak beberapa orang kawan untuk turut serta. Pengalaman yang saya alami itu saya anggap sebagai satu dugaan kecil dan ia tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus memburu si sepit biru!
Boleh tak admin beritahu cara-cara menggunakan umpan katak hidup untuk mancing ikan haruan? Saya agak penggeli nak pegang katak tapi nak sangat mancing haruan guna katak sebab katak lebih cepat haruan ambil berbanding pakai gewang.
JAWAPAN:
Memang tidak dinafikan penggunaan katak hidup adalah lebih efektif berbanding katak tiruan untuk memperdaya ikan haruan. Memandangkan anda seorang penggeli, sebaiknya gunalah gewang atau katak tiruan saja. Tetapi, untuk tidak menghampakan anda, saya beritahu jugalah cara-cara nak guna katak.
Pertama sekali dan yang paling penting, anda perlu buang rasa geli seketika untuk memegang katak.
Selepas itu sebaiknya katak dipengsankan atau dimatikan dulu dengan menjentik kepala atau menghempasnya ke tanah.
Kemudian, cucuk pin atau kili dari bahagian bawah dagu sehingga tembus keluar di rahang atas.
Seeloknya gunalah pin yang besar dan jika perlu tajamkan sedikit bahagian hujung pin bagi memudahkan ia dicucuk pada katak.
Kemudian masukkan mata kail dengan saiz yang bersesuaian dengan besar katak. Saiz mata yang sesuai ia yang tidak terlalu panjang atau pendek.
Hujung mata kail itu kemudiannya dicucuk pada bahagian bawah badan katak sama ada pada bahagian punggung atau paha sekiranya mata kail agak panjang.
Jika perlu, potong bahagian kaki katak separas lutut bagi tujuan sambaran sempurna mengenai mata kail. Sebaiknya kaki katak dipotong selepas ia mati, bukan ketika ia masih bernyawa.
Sedikit tip tambahan, apabila haruan menyambar sebaiknya ambil masa beberapa saat sebelum melakukan sentapan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...