Kalau kena gigit pacat atau lintah boleh ramas-ramas daun ini dan tepeklah kat tempat kena gigit. Untuk luka kecil, layurkan dengan lighter kemudian ramas atau gentelkan hingga terasa getah daun tu kemudian sapukan pada kawasan luka. Satu lagi kalau nak basuh pinggan atau mestin tapi sabun tak bawak… gunalah daun senduduk bulu ni!
Senduduk bulu (Clidemia hirta) merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasa ditemui tumbuh liar di kawasan semak samun dan belukar. Ia merupakan spesis tumbuhan penceroboh di kebanyakan rantau tropika, ia mendatangkan kerosakan teruk pada tumbuhan lain.
Ads
Habitatnya sama seperti senduduk biasa memandangkan kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Clidemia hirta Don dari keluarga Melastomataceae satu kumpulan terbesar (taxon) terdiri daripada 200 genus dan kira-kira 4000 spesies dari herba, pokok dan tumbuhan renek tersebar luas di kawasan tropika.
Kira-kira 30 spesies dari keluarga tumbuhan ini digunakan bagi tujuan perubatan di Asia-Pasifik. Batang dan daunnya mempunyai bulu-bulu halus yang kesat. Permukaan daun berwarna hijau berkilat dan daunnya berbentuk bujur. Daunnya lebar dan meruncing di bahagian hujung.
Ads
Urat daun kecil dan banyak, membentuk petak di atas daun. Daun dibahagikan kepada beberapa bahagian (selalunya empat) oleh urat daun yang besar seolah-olah pangsa.
Ads
Bunganya muncul dalam bentuk jambak di hujung ranting. Bunga yang biasa ditemui berwarna putih atau merah jambu cair atau merah jambu muda. Buahnya berbentuk bulat dan berbulu halus. Warnanya hijau ketika muda dan akan menjadi hitam berkilat apabila ranum.
Buah hitamnya memanjang sehingga 8 milimeter dan rasanya sedikit seperti blueberry. Setiap buah mengandungi lebih daripada 100 biji benih kecil (0.5 mm). Ia berbunga dan berbuah sepanjang tahun jika berkeadaan lembab secukupnya. Satu pokok boleh menghasilkan lebih daripada 500 buah dalam satu tahun.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Saya berminat untuk memancing ikan sembilang, jadi boleh tak admin ceritakan sedikit tips umpan untuk memancing ikan sembilang? Sebenarnya saya dah banyak kali turun memancing sembilang tapi masih jugak tak berhasil.
JAWAPAN:
Ikan sembilang adalah antara spesies ikan yang dietnya beraneka jenis. Tidak kira umpan hidup, mati dan umpan bercengkerang turut tergolong dalam diet sembilang. Malah umpan busuk seperti sotong mati, udang mati yang merah kulitnya juga boleh dibuat umpan jika ada pemancing sanggup menahan baunya.
Memancing sembilang di dasar berselut amat sesuai berumpan perumpun yang merah badannya. Perumpun amat digemari sembilang kerana ia adalah haiwan yang turut mendiami dasar berselut.
Jadi, sembilang yang meronda di dasar turut memburu perumpun sebagai makanan. Masalah utama jika menggunakan perumpun ialah anak ikan turut sama menggerutu umpan itu sebelum dijumpai sembilang. Dalam erti kata lain, anda perlu bersabar untuk menerima strike sembilang.
Umpan seperti udang hidup, sotong dan isi ikan akan mengalami masalah yang sama, habis sebelum sembilang menjumpai umpan berkenaan. Masalah umpan diganggu anak ikan lain boleh diatasi dengan menggunakan umpan lintah sungai. Haiwan ini diketahui hanya sembilang saja yang menelannya.
Sekiranya kawasan berkenaan tiada gangguan anak ikan, perumpun urat atau sarang adalah yang terbaik.
Saya selalu juga tertengok pemancing guna set pancing yang tak sepadan. Contohnya macam guna rod spinning dengan reel baitcaster atau rod baitcaster dengan reel spinning. Boleh ke guna macam tu admin?
JAWAPAN:
Bercakap pasal boleh atau tidak ini agak subjektif sikit. Umpama memakai selipar terbalik. Tentu korang waktu kecil-kecil dulu pernah memakai selipar terbalik, kan? Boleh ke tak boleh pakai selipar terbalik? Boleh tu memanglah boleh cuma ia tidak selesa. Samalah keadaan jika menggunakan joran dan kekili yang tak sepadan.
Kekili menegak atau multiplier jika dipadankan dengan joran mendatar (spinning), kesannya akan mengurangkan kecekapan pada kekili dan juga joran. Salah satu sebabnya kekili menegak memerlukan joran yang mempunyai cincin yang lebih rapat berbanding kekili mendatar.
Ini dapat kita lihat sendiri pada joran kekili mendatar dan joran kekili menegak yang sama panjang. Sebagai contoh, jika joran kekili mendatar sepanjang 6 kaki memiliki 7 cincin, joran kekili menegak pula memiliki 9 cincin.
Ketika joran melentur, tali pancing akan ikut lenturan pada joran. Semakin kuat tekanan lenturan diterima, tali akan melepasi joran menjadikan joran akan melentur dalam keadaan yang tidak seimbang.
Kecekapan joran akan menurun dan tidak lagi mampu menampung daya lenturan yang dikenakan. Tali akan menyentuh joran ketika lenturan berlaku. Lenturan joran akan menjadi tidak seimbang.
Seperkara lagi, menggunakan kekili menegak dengan joran kekili mendatar umpama kita membongkok melawan arah. Apa akan jadi jika kita membongkok ke belakang?
Bagi teknik casting di kawasan berjeram atau sungai pergunungan, beberapa jenis gewang boleh digunakan. Namun gewang yang paling efisien untuk dimainkan adalah dari jenis sesudu atau spoon. Ini kerana sesudu tidak mudah hanyut dibawa arus sekaligus menjejaskan prestasi renangannya.
Terdapat banyak jenis sesudu yang ada sekarang ini di pasaran. Gewang bentuk Altima dan Abu Island paling banyaj digunakan. Nnamun saya mengesyorkan anda dapat seketul dua sesudu Tokwan Sodo. Penggunaan sesudu sudah banyak terbukti berkesan menjerat menjerat spesies penyerang dan kawasan berjeram seperti tengas, sebarau dan bujuk. Selain itu disyorkan juga menggunakan mata tunggal berbanding mata tiga.
Anda juga boleh menggunakan gewang shallow runner atau selaman cetek atau sederhana (minnow) jika bersesuaian. Anda perlulah bijak memilih gewang minnow yang mampu mengekalkan aksi renangan dengan ketika hanyut mengikut dan melawan arus. Elakkan menggunakan selaman dalam kerana kawasan berjeram selalunya mempunyai kedalaman yang sederhana sahaja.
Selain gewang, penggunaan kekili dengan ratio tinggi juga amat penting untuk kegunaan sungai berjeram. Pastikan anda gunakan kekili sama ada kekili menegak atau mendatar dengan nisbah ratio 6:1 dan ke atas.
Secara peribadi pula saya amat menggemari gewang Rapala Team Esko ketika casting di jeram. Kelebihan gewang ini ialah mampu berenang dengan sempurna ketika berada di dalam arus berjeram.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...