Soalan:

Saya berminat nak layan teknik pancingan ultralight dan boleh tak admin bagi contoh setting leader yang terbaik untuk ultralight?

baca juga apa syok sangat UL ni?

 

Jawapan:

Sebelum leader disambung pada sebarang mainline untuk ultralight biasanya ia dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Antaranya ikan sasaran, lokasi padang pancing dan kebiasaan bagi pemancing itu sendiri.

 

IKLAN

Secara idealnya, nisbah saiz ukuran leader biasanya satu hingga dua kali kekuatan mainline dengan panjang 30-150cm.

Jika menggunakan mainline ukuran 6lb, maka kekuatan leader maksimum adalah 12lbs.

 

Beberapa pengamal ultralight ada yang menggunakan leader melebihi 12lb kerana beberapa faktor.

Antaranya menyasarkan ikan yang lebih besar, lokasi mancing yang ekstrem dan kurang kepercayaan diri terutama bagi nubis.

IKLAN

 

Sebenarnya penggunaan leader yang lebih kasar bukanlah tidak boleh, tetapi kesan dari leader yang besar ini akan menyebabkan ikatan sambungan juga menjadi tebal dan secara

tidak langsung akan mengganggu kelancaran tali pancing melalui cincin joran dan akan mempengaruhi jaran lontaran gewang.

 

Perkara ini akan lebih terasa jika menggunakan gewang di bawah 4gm. Selain itu, gerakan semulajadi gewang akan lebih sulit dihasilkan kerana leader besar dari gewang.

IKLAN

Jadi, gunalah leader setepat mungkin agar keseimbangan peralatan memancing tetap terjaga.

Penggunaan leader yang lebih kecil dan halus memungkinkan peluang stike yang lebih dan menghasilkan sensitiviti yang tinggi ketika bertarung dengan ikan.

baca juga pengaruh musim tengkujuh pada ikan

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI