rpt

 

Ramai yang mempunyai anggapan bahawa penggunaan set UL ini hanya memancing ikan-ikan bersaiz kecil. Tetapi tanggapan itu sebenarnya silap.

Saiz ikan bukanlah faktor utama penggunaan set UL ini. Tetapi ia lebih kepada kreativiti dan kemahiran seseorang pemancing itu untuk mendaratkan hasil tangkapan yang kadang-

kadang boleh dikatakan mencapai saiz yang luar biasa dengan hanya menggunakan set yang terlampau ringan ini.

 

Ini hanyalah sebahagian keseronokan yang penulis dapat kongsikan. Selebihnya, apa kata kita pemancing lain.

 

Wacana: Apa syok sangat UL ni?!!

 

 ➡ AHMAD ASWADI

“Sukar hendak diungkapkan dengan perkataan! Itulah antara perasaan yang sering dialami oleh pemancing menggunakan UL ini ketika berjaya mendaratkan hasil pancingannya.

Selalunya hasil yang didaratkan itu bukanlah menjadi ukuran pemancing yang menggunakan UL tackle ini, tetapi apa yang lebih penting dari itu ialah tentang cabaran.

Keberanian pemancing menerima cabaran semasa bertarung dengan adil untuk mendaratkan hasil pancingan itulah yang dianggap sebagai satu kepuasan sebenar.”

 

 💡 MUHAMMAD FAIZUL

“UL ni best untuk kaki pancing yang melayan tarikan ikan. Dia kalau lagi besar ikan tu lagi best nak layan dan itu yang akan memberi kita kepuasan.

Macam sebelum ini saya menggunakan mainline 15lb bila tarik ikan takde kepuasan sangat.

Bila tukar guna UL ni baru tahu perasaan bila strike dan dari situ kita kena banyak bermain dengan teknik dan strategi untuk menaikkan ikan dengan set UL ini.”

 

 💡 KANICEN NIX

“Bagi saya, UL adalah seni untuk mencabar diri bagi mendapatkan extreme experience for maximum satisfaction.

UL adalah lebih kepada melayan ikan bukan menggunakan teknik force yang kebanyakan digunakan oleh klasifikasi pancingan lain. Kat sinilah seronoknya.”

 

 ➡ AMIRUL HAFIS

“Bagi saya yang paling best guna UL ni adalah adrenalin bila gewang atau umpan diragut ikan. Ketika itulah kita kena berjaga-jaga sebab UL ni guna tali yang poundagenya kecil seperti contoh 6lb ke bawah, rod UL 2-6lb ke bawah dan reel saiz 1000 ke bawah.

UL ni jugak jadi antara pancingan yang terbaik sebab ia tak menyakitkan ikan kerana kita perlu melayan ikan sehinga penat. Tapi ia memerlukan skil-skil tertentu.

Saya sendiri pun masih belum mahir dalam UL ini. Masih banyak yang perlu dipelajari.”

 

 💡 SAH RIZAL

“Bagi saya, UL ni bagi kita lebih thrill. Walaupun yang sangkut kat mata kail tu tak la besar mana tapi dia punya kepuasan melayan tu memang ditahap maksimum dan sukar untuk digambarkan.”

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI