
SOALAN:
Saya sudah terbiasa menggunakan tali braided. Masalahnya, apabila saya memancing di kolam air tawar, saya telah dimarahi oleh pemancing otai kolam kerana menggunakan tali braided.
Ia membuatkan saya jadi terpinga-pinga kerana dimarahi tanpa sebab. Salah ke guna tali braided?
JAWAPAN:
Saya memahami malah pernah berhadapan dengan situasi yang anda alami. Bezanya, saya hanya ditanya kenapa pakai tali braided, bukannya ditegur apatah lagi dimarahi.
Lainlah kalau penggunaan tali braided menyalahi peraturan kolam. Sebenarnya, penggunaan tali tangsi ada kelebihan tersendiri berbanding penggunaan tali braided.
Tidak dinafikan masih ada sesetengah pemancing berstatus otai masih beranggapan tali braided akan menghasilkan dengungan di dalam dan dapat dilihat dengan jelas oleh ikan di dalam air.
Atas faktor-faktor itu ikan tidak mendekati umpan. Jika benar anggapan begitu maka tiadalah pukat atau jaring dihasilkan oleh fabrik selain tangsi sahaja.
Sekaligus tidak akan memakan umpannya jika anda memancing berdekatan dengannya.
Hakikat sebenarnya tali sulam dicipta dengan teknologi terkini untuk membelah air sekaligus tidak menghasilkan dengungan atau buih berbanding tali tangsi.
Malah soal ini langsung tidak timbul jika memancing di kolam yang hampir tiada arus.
Walaubagaimana pun penggunaan tali tangsi terbukti lebih berkesan berbanding tali braided. Penggunaan tali tangsi membolehkan mata kail tertancap kemas pada mulut ikan.
Begitu juga dengan peratusan strike. Sifat tali braided yang tiada memori menyebabkan mata kail mudah terlucut.
Dan yang paling utama apabila bersilang tali dengan pemancing lain, tali tangsi lebih mudah dileraikan berbanding tali braided.
Terminal tackle: Jenis-jenis klip – part 2/3!!

Snap atau klip (clip) adalah perkakasan terminal yang menyambung gewang (atau lain-lain aksesori) dengan peralatan utama pancing. Klip ini dipanggil dengan pelbagai nama.
Ada yang memanggil pin dan juga kili atau cili. Namun kili atau cili lebih merujuk kepada swivel iaitu perkakasan terminal kecil yang boleh berputaran bebas.
Untuk tidak menimbulkan kekeliruan, saya menamakannya klip atau snap.
Norman speed clip
Deskripsi:
Konsepnya hampir sama dengan Hawaiian clip tetapi ia terbentuk hasil daripada teknik pemulasan untuk menambah kekuatan dan membantu pengekalan klip serta gelung penyambung dengan tepat.
Ulasan:
Ia amat kuat bagi saiz sedemikian dan tentu cepat dan mudah digunakan. Anda boleh tambah kili atau swivel jika mahu. Bagaimanapun ia tidak muat untuk dimasukkan pada lubang seperti jighead kecil, kerana ketebalan wayarnya pada gelung penyambung adalah berganda.
Jika titik sambungan melibatkan dawai berdiameter lebih halus daripada speed clip, ia cenderung untuk terselit di antara gelung penyambung klip ini, menyebabkan gewang boleh terlepas keluar. Penambahan gegelung cincin (spilit ring) boleh mengatasi masalah ini.
Quick release clip
Deskripsi:
Klip ini adalah hasil kraftangan dan bentuknya mirip klip kertas, tetapi diperbuat daripada wayar yang lebih kuat dengan beberapa idea yang sangat bijak.
Sedikit bengkokan pada hujungnya membolehkan kemasukan gewang dengan mudah. Manakala lengkokan tersudut di hujung satu lagi menghalang gewang dari terlucut.
Ulasan:
Pertama kali melihatnya saya kagum. Ia amat kuat dan mudah digunakan. Anda boleh boleh tambah kili dengan mudah jika mahu, dan ia boleh disambung kepada apa saja jenis gewang. Walau bagaimana pun klip ini agar sukar ditemui di pasaran.
Duolock snap
Deskripsi:
Klip ini diperbuat daripada sebatang wayar halus yang dipulas untuk membentuk system cangkuk berspring bagi menutup kedua-dua hujungnya.
Ulasan:
Ia merupakan klip yang agak baik dan dipercayai untuk pancingan riangan. Cuma ia diperbuat daripada wayar yang lembut.
Oleh kerana ia sangat ringan, ia tidak terlalu mempengaruhi aksi gewang. Ia merupakan antara klip yang banyak digunakan oleh pengilat.
Cross lock snap
Deskripsi:
Klip ini sama seperti duolock snap kecuali ia diperbuat daripada wayar berkuatan tinggi dan system penguncinya terletak di atas seksyen wayar yang membuatkan ia lebih kuat dan selamat.
Ulasan:
Walaupun klip ini didatangi dengan saiz agak kecil, ia diperbuat untuk keperluan pancingan tugas berat yang membuatkannya agak berat.
Jadi untuk pancingan ringan, elok gunakan system klip yang lain. Ia merupakan klip pilihan saya untuk apa saja yang memerlukan klip kecil tetapi kuat dan ramai pemancing lain juga.
Gewang Tahyul Pancing Sebarau!!

Dari hasil casting 14 orang peserta di Empangan Banglang lalu, kami merumuskan bahawa anda tidak perlu membawa banyak jenis gewang ke sini.
Terutamanya gewang minnow atau crank tidak kiralah aksi selaman dalam atau cetek. Walau ada juga peserta yang berjaya hasil penggunaan gewang jenis ini, namun peratusannya amat kecil. J
ika 100 ekor sebarau yang berjaya dipancing, hanya 3-4 ekor sahaja yang diperoleh menggunakan gewang minnow. Sementara crankbait hampir sifar tangkapan.
➡ Spoon / Sesudu
Lebih 70% sebarau didaratkan menggunakan spoon atau sesudu. Ia bukan saja berkesan digunakan ketika sebarau sedang frenzy mengerjakan anak ikan, tetapi turut efisien mengambil ikan di pra permukaan dan dasar sungai.
Apa saja jenis spoon boleh digunakan namun spoon yang berbentuk lebar seperti Abu Island lebih berkesan. Di percayai juga spoon yang diletakkan blade berwarna merah lebih membantu.
Hal ini telah dibuktikan apabila kami menggunakan spoon sama jenis namun yang memiliki blade lebih tinggi peratusan strike.
Warna spoon juga memainkan peranan tersendiri. Memandangkan air tasik di sini agak jernih maka spoon kekuningan atau keemasan lebih efektif berbanding spoon berwarna kilat atau chrome.
Kadar peratusan strike lebih tinggi jika spoon dibiarkan tenggelam hingga ke dasar sebelum dikarau laju menaik.
Ini adalah kerana kebanyakan dasar lubuk di sini terdiri dari batu-batu bertindan dan berlubang yang menjadi kediaman mewah sebarau ketika cuaca panas. Namun peratusan spoon tersangkut juga tinggi.
Sementara penggunaan mata kail tunggal dapat membantu mengatasi perkara ini. Walaubagaimana pun peratusan strike pula lebih baik jika menggunakan mata tiga.
➡ Spinner blade
Sebagaimana viral penggunaan spinner blade ketika ini di tanah air, sebarau Thailand ternyata turut terpadaya dengan lenggokan blade dan kilauan spinnernya. M
odel Ima Spingulf yang digunakan oleh seorang peserta contohnya, menerima paling banyak patukan dan strike.
Ia laku keras sehinggalah `keras’ di dalam lubuk setelah tersangkut pada dahan pokok tenggelam di tengah tasik.
Sebagaimana penggunaan spoon, spinner blade ini turut menerima banyak strike dari sebarau pelbagai saiz.
Cuma peratusan hook up agak berkurang berikutan hanya menggunakan mata tiga kecil di bawah perut blade.
Kelemahan juga sama seperti spoon iaitu sukar untuk diselamatkan sekiranya tersangkut pada sesuatu objek di bawah air walaupun menggunakan lure retriever.
➡ Pencil
Sekiranya anda ingin satu game yang mengasyikkan dan mendambakan sambaran dari monster Tasik Banglang, maka gewang yang perlu anda fokus dan digunakan dengan tekun serta sabar adalah gewang permukaan.
Namun bukanlah popper, sebaliknya pencil. Boleh dikatakan popper yang kami gunakan langsung tiada sambutan.
Jika ingin mencuba juga ia perlulah digayakan hampir tiada gaya. Atau dalam bahasa mudahnya perlu dimainkan dengan amat perlahan.
Bunyi pop dan percikan air yang dihasilkan seperti langsung tidak mampu menarik perhatian sebarau.
Pencil seperti Duo Realis, Rapala Skitter V dan Ima Skimmer bukan saja mencakop malah berjaya memperdayakan sebarau-sebarau mega Banglang Dam.
Koleksi Gewang Air Masin Klasik 2

Bagi penggemar pancingan air masin yang menggunakan umpan tiruan, pasti mempunyai gewang pilihan tersendiri sebagai senjata ampuh untuk menjinakkan ikan. Di sini, kami kongsikan senarai gewang air masin terbaik sepanjang zaman yang dikumpul dari seluruh dunia. Mana tahu anda berkenan!
Bomber 16A / Bomber Long A
Gewang ini merupakan sejenis gewang plastik berbentuk minnow yang sesuai digayakan sama ada dari jeti, daratan pantai atau dari bot. Panjang gewang ini sekitar 7 ½ inci dengan bibir plastik yang panjang, gewang ini merupakan jenis floating.
Mata kail dan split ring asal gewang ini dikatakan mempunyai kualiti rendah dan ramai pemancing menukarnya dengan yang lebih berkualiti, namun persembahan gewang ini mampu menggoda ikan bersaiz besar. Hari ini, gewang ini dijual dengan menggunakan nama Bomber Long A.
Bucktail
Tidak kira apa jenama atau stail, leadhead atau jighead berwarna dengan padanan rerambut atau bulu putih rusa merupakan antara umpan tiruan paling mencakup pernah diinovasikan. Dikenali dengan nama bucktail, balingkan dan biar tenggelam sebelum gayakan dengan gaya slow jig atau gaya yoyo.
Warna pilihan di laut selalunya warna putih atau kuning. Jika anda perlu menggunakan satu gewang sahaja ketika memancing, bucktail merupakan pilihan yang bijak.
Bunker Spoon
Sesudu trolling gergasi ini direka hasil inspirasi daripada lampu kereta LaSalle. Di bawah jenama Montauk Striper, sesudu trolling dihasilkan untuk pasaran komersial di bawah seliaan Joe Julian iaitu pemancing veteran.
Semua bunker spoon dihasilkan untuk kegunaan trolling menggunakan rod istimewa yang panjang dan tali yang boleh memanipulasi kedalaman. Walaupun kelihatan tidak berpotensi, anda tidak boleh menidakkan sejarah keupayaan sesudu ini menaikkan ikan bersaiz besar.
Cedar Plug
Gabungan timah dan kayu cedar ini mungkin merupakan antara hasil ciptaan gewang tiruan terbaik untuk menundukkan ikan tuna. Cedar plug mungkin kelihatan tidak menarik, namun keupayaannya menarik perhatian spesies tuna tidak dapat dinafikan.
Cedar plug boleh datang dengan pelbagai warna, namun ramai pemancing bersetuju warna asal kayu cedar tanpa warna lain merupakan yang terbaik.
Creek Chub – Pikie
Pada 1920, Creek Chub Bait Company telah memperkenalkan salah satu rekaan gewang terbaiknya iaitu Pikie. Asalnya gewang kayu dengan mata kaca serta bibir besi ini direka untuk air tawar, namun beberapa ketika selepas itu sekitar 30-an dan 40-an, semakin popular untuk kegunaan air masin lantas syarikat tersebut mengeluarkan rekaan yang lebih besar untuk kegunaan air masin.
Danny Plug
Asalnya, Danny plug dibuat dan dijual oleh Danny Pinchney pada awal 1960 dan gewang bibir besi ini mendapat sambutan hangat. Gewang ini dimainkan perlahan dan akan memperlihatkan renangan kiri kanan yang menggoda ikan. Hari ini gewang Danny plug dibuat oleh Gibbs Lures dengan rekaan asal di Kepulauan Rhode.
D.O.A Shrimp
Umpan ini dihasilkan pada tahun 1989 oleh Mark Nichols. Dibesarkan di Gulf Coast, beliau menghabiskan banyak masa di atas bot menangkap udang dan menghabiskan masa lapangnya dengan memancing.
Pengalamannya banyak membantu dalam menghasilkan D.O.A Shrimp ini. Gewang rekaan asalnya sepanjang 3 inci sangat popular sekitar tahun 1993. Dalam beberapa tahun gewang ini terjual dengan banyaknya dan sesuai digunakan di perairan di mana ikan menjadikan udang sebagai diet utama. Hari ini gewang D.O.A Shrimp datang dengan pilihan 4 warna.
Diamond Jig
Pada tahun 1929, John Schumke telah menghasilkan jig besi empat sisi yang dipanggil Bridgeport Diamond Jig. Diperbuat oleh syarikat penghasilan barangan perak, jig ini terhasil dengan prestasi tangkapan yang mengagumkan sebelum dijual kepada Bead Tackle Company.
Jig ini mampu menaikkan spesies seperti bass, cod, tuna mahu pun grouper. Boleh digayakan dengan cara casting atau pun jigging menegak.