Ikan sembilang atau nama binomialnya Plotosus canius merupakan ikan dalam keluarga catfish (ikan bermisai).

Spesies bermisai dan tidak bersisik ini juga dikenali dengan nama gray eel-catfish secara globalnya.

 

Di Malaysia pula, selain nama sembilang atau semilang, terdapat juga kebanyakan orang memanggil spesies ini dengan nama gemang atau sembilang gemang.

Ikan bersengat yang berada dalam senarai ikan berbisa tinggi ini boleh didapati di kebanyakan kawasan pesisir dan muara di Malaysia.

 

Kenali Ikan Sembilang

 

Bagi spesies P. canius, pola taburan dapat ditemui di kawasan Indo-Pasifik termasuk Lautan Hindi dan Lautan Pasifik merangkumi pesisir selatan India hingga ke timur Sri Lanka melalui pesisir Bangladesh dan Myanmar.

Taburan ini juga melangkaui gugusan kawasan kepulauan Indo-Australia Archipelago termasuklah Malaysia.

 

Di Malaysia, spesies ikan sembilang ini boleh dipancing dihampir kebanyakan kawasan muara dan kuala termasuk Sabah dan Sarawak.

Oleh kerana sembilang tergolong dalam kumpulan ikan brakishwater (air payau), diversiti habitatnya lebih meluas dan boleh dipancing di kawasan air masin, air payau dan air tawar.

 

Kenali Ikan Sembilang

 

Bagi pengelasan morfologi pula, spesies ikan sembilang merupakan spesies ikan dalam order siluriformes yang merujuk kepada pecahan kumpulan ikan bermisai (catfishes).

Ciri-ciri pengenalan utama ikan ini ialah mempunyai misai atau dipanggil barbel selain bentuk badan bujur dan memanjang.

 

IKLAN

Selain itu, spesies daripada genus Plotosus ini mempunyai bentuk ekor seakan ekor belut (eeltail).

Badannya tidak bersisik dan agak licin serta mempunyai warna hitam yang beransur polos memutih di bahagian abdomennya. Sirip dorsal ikan ini berwarna hitam pada hujungnya.

 

Kenali Ikan Sembilang

 

Selain itu, sirip dorsal dan kedua sirip pektoralnya mempunyai sengat yang boleh mendatangkan kesakitan.

Ikan sembilang tidak mempunyai sirip adipos yang biasanya hadir pada kebanyakan spesies ikan bermisai.

 

Spesies ini mempunyai 4 pasang barbel atau misai yang panjang dan mulut yang agak besar.

Spesies yang merupakan ikan pemakan dasar ini akan menggunakan barbel untuk mengesan makanan. Misai pada nostril sembilang memanjang melebihi bahagian matanya.

 

Kenali Ikan Sembilang

IKLAN

 

Sembilang atau gemang sering kali mendominasi kawasan-kawasan muara sungai sebagai habitatnya.

Habitat tertumpu kepada kawasan dasar yang berlumpur tetapi mempunyai struktur seperti reba, kayu mati dan sebagainya.

Biasanya spesies ini akan bergerak secara berkumpulan terutamanya pada waktu malam terutamanya juvenil ikan ini.

 

Spesies ikan demersal ini mampu mencapai panjang maksimum sehingga 150cm panjang.

Sembilang juga tergolong dalam kumpulan ikan amphidromous, di mana sering bermigrasi antara kawasan air tawar dan air masin.

 

Ikan sembilang merupakan spesies ikan demersal dan kumpulan ikan pemakan dasar (bottom feeder).

Diet utama bagi spesies P. canius pula tertumpu kepada krustasia, molluska, udang dan juga ikan-ikan kecil. Ini termasuklah kerang, kupang, siput dan organisma bentuk lain.

 

Kenali Ikan Sembilang

IKLAN

 

Dari aspek perikanan rekreasi, ikan sembilang merupakan spesies yang popular di kalangan pemancing tempatan.

Walaupun ikan sembilang tidaklah tergolong dalam senarai ikan sukan, namun ia tetap menaikkan adrenalin pemancing yang memancingnya.

Boleh dikatakan juga ia dipancing kerana kelazatan dagingnya yang sesuai untuk dimasak dengan pelbagai resepi. Terutamanya masak asam pedas atau goreng bercili!

 

TAKSONOMI

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Siluriformes

Family: Plotosidae

Genus: Plotosus

Binomial name: Plotosus canius (Hamilton, 1822)

 

Kenali Ikan Sembilang

baca juga Mistik – Mitos Kandungan Ghaib Akibat Memakan Ikan Sembilang!

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI