Ads

Korang Tanya UMPAN Jawab (S2S24) – Persoalan tentang bearing dalam kekili? *

SOALAN:

Admin, boleh tak jelaskan maksud bearing yang biasanya tertulis pada reel atau kekili? Ada yang 3 bearing, ada yang 6 sampai 10 pun ada.

JAWAPAN:

 

Ads

Boleh dikatakan ramai pemancing yang tidak mengendahkan jumlah bearing atau ball bearing yang digunakan dalam sistem kekili yang mereka beli. Kebanyakannya lebih memikirkan soal drag atau ratio sahaja.

 

Ads

Admin sendiri, semenjak menggunakan kekili yang sekadar ada 1 bearing hinggalah berbelas-belas bearing sekarang ini sendiri tidak kisah sangat soal bearing ni. Walau bagaimana pun tidaklah bermakna spesifikasi bearing itu tidak penting. Untuk menjadi pemancing yang berilmu, soal bearing ini eloklah kita faham juga.

 

Ads

Bearing yang dimaksudkan ialah jumlah alas bebola yang digunakan dalam sesebuah reel atau kekili. Contohnya jika pada reel itu tertera 5 ball bearing ia membawa maksud terdapat 5 alas bebola yang digunakan dalam kekili.

Bearing tu untuk apa? Bearing atau alas bebola adalah bertujuan untuk melancarkan pergerakan objek yang berpusing dengan mengurangkan rintangan di antara dua objek. Semakin banyak alas bebola yang digunakan maka semakin ringanlah rintangan tersebut sekaligus menyebabkan kayuhan terasa lebih lancar dan ringan.

Terdapat kekili yang dipasang dengan belasan alas bebola keluli tahan karat. Semakin banyak terdapat alas bebola semakin mahal kekili terbabit. Namun terdapat masalah lain pula di sebalik terlalu banyak alas bebola, jika tidak dijaga akan menyebabkan pergerakan kekili tersangkut-sangkut dan mengeluarkan bunyi yang tidak disenangi. Begitu pun, bearing atau alas bebola ini boleh diganti apabila sudah rosak atau pecah.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...