Di kawasan yang banyak rerumput samai pendek ini biasanya terdapat lubang yang menjadi tumpuan anak-anak ikan.
Lontarkan umpan anda di lubang ini kerana jika ada banyak ikan kecil maka lambat-laut akan datang ikan pemangsa atau ikan yang lebih besar.
Tumpukan ranting
Dalam tumpukan ranting yang terbentuk di suatu sudut paya atau rawa biasanya terdapat ikan yang mencari makan dengan memakan serangga atau makanan hanyut yang tersekat pada tumpukan ranting.
Ikan kaloi biasanya memang gemar berlegar di kawasan ini.
Ads
Perbatasan air
Di paya atau tasik kecil kecil biasanya ada kawasan yang perbatasan air cetek dengan air dalam. Sepanjang perbatasan itu merupakan lokasi berkumpulnya anak-anak ikan.
Banyaknya anak ikan inilah yang membuatkan ikan-ikan predator gemar meronda di kawasan ini.
Kawasan berlekuk atau teluk kecil
Ads
Di paya atau tasik kecil khususnya di kawasan pinggir terdapat kawasan yang berbentuk lekukan atau teluk yang kecil.
Di bahagian lekukan yang agak dalam, biasanya menjadi tempat persembunyian ikan-ikan yang hidup di dasar.
Pintu air
Ads
Apa yang dimaksudkan pintu air ialah lokasi masuknya air ke dalam paya atau tasik kecil.
Di kawasan ini biasanya ikan-ikan predator akan menunggu dan menyerang hendap anak-anak ikan dengan agresif.
Jangan lepaskan peluang untuk memancing di kawasan ini sama ada menggunakan umpan tiruan ataupun umpan alami.
Daratan tanjung
Jika ada lokasi daratan yang menghela ke paya atau tasik kecil seperti tanjung, ia juga merupakan lokasi yang banyak dihuni oleh ikan.
Spot-spot ini juga biasanya digemari oleh pemancing kerana dapat melabuhkan umpan atau memancing tanpa banyak rintangan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bagi sesetengah pemancing lama pasti terbiasa dengan ikatan sambungan tali pancing Albert atau Alberto Knot. Ikatan tersebut sememangnya popular dan digunakan secara meluas sehinggalah ikatan FG Knot mengambil alih.
Ramai yang tidak tahu ikatan Alberto Knot telah dikemaskini dan dinamakan Crazy Alberto Knot. Di sini kami dengan suka cita memperkenalkannya kepada anda. Jom buat!
Tutorial 1
Kembarkan tali perambut atau leader terlebih dahulu.
Tutorial 2
Masukkan kira-kira 12-15 cm tali utama (sulam) ke dalam simpulan perambut yang dikembarkan tadi.
Tutorial 3
Buat 7 lilitan hujung tali utama pada tali perambut yang telah dikembarkan.
Tutorial 4
Buat lagi 7 lilitan pada tali perambut pada arah yang berlawanan.
Tutorial 5
Kemudian masukkan hujung tali ke dalam gelung simpulan berlawanan arah bagaimana ia dimasukkan dalam tutorial 2.
Tutorial 6
Basahkan sedikit semua tali dengan air, pegang semua tali dan tarik dengan kuat hingga ikatan menjadi ketat.
Tutorial 7
Potong hujung kedua-dua tali. Bagi tali perambut sebaiknya potong sependek yang mungkin dan bakar sedikit hujungnya.
Spesies gergasi dari Lembah Amazon ini diakui menjadi spesies yang ganas. Spesies ini mula memasuki perairan tempatan atas kepentingan sebagai ikan hiasan dan juga ikan sukan. Arapaima tidak dinafikan lagi menjadi buruan bagi mana-mana kaki pancing.
Akibat pancingan tanpa kawalan, spesies ini dikatakan semakin sukar ditemui. Bagi ekosistem tempatan pula, ikan ini mampu menurunkan populasi spesies tempatan dengan drastik jika dilepaskan tanpa kawalan ke dalam satu ekosistem.
Spesies ini merupakan spesies yang berasal dari Amerika Selatan. Pengenalan spesies ini kepada habitat tempatan ialah menerusi kepentingan dalam bidang ikan hiasan serta ikan bagi buruan pemancing sukan.
Kekuatan ikan ini menjadikannya menjadi spesies ikan sukan yang semakin popular di kalangan pemancing tempatan. Terdapat kolam-kolam pancing komersial sudah mula memperkenalkan spesies ini di kolam mereka.
Walaupun diakui ganas, namun masih tiada rekod jelas menunjukkan ancaman risiko tinggi kepada ekosistem tempatan ataupun kemampuan spesies ini untuk membiak sendiri di ekosistem bebas tempatan.
Patin Mekong merupakan antara spesies ikan buruan kaki pancing yang terbesar. Patin Mekong berasal dari Sungai Mekong dan sehingga kini spesies ini dikatakan semakin berkurangan akibat eksploitasi tanpa kawalan.
Pengenalan spesies ini kepada perairan tempatan awalnya atas dasar penyelidikan perikanan dan akuakultur. Dewasa ini, spesies ini menjadi kegilaan bagi pemancing tempatan dan semakin banyak spesies ini boleh ditemui di kolam pancing komersial.
Tiada rekod jelas bagi spesies ini terlepas ke dalam ekosistem bebas, justeru tiada ancaman jelas terhadap spesies tempatan lain.
Giant pangasius atau lebih popular sebagai patin Chao Phraya berasal dari lembangan sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya ini telah disenaraikan dalam spesies yang terancam berikutan aktiviti penangkapan secara berlebihan.
Spesies benthopelagik dan bermigrasi ini menjadikan krustasea dan ikan ikan sebagai makanan utama. Ia kini menjadi ikan sukan khususnya di kolam-kolam pancing air tawar komersial dan sangat berbahaya sekiranya terlepas ke sistem badan sungai.
Ikan giant barb, Siamese carp atau kap Siam merupakan spesies Cyprinid terbesar di dunia dan hanya terdapat di Lembah Mae Klong, Mekong dan Chao Phraya di Indochina. Ia telah merosot secara drastik akibat kehilang habitan dan penangkapan ikan secara berlebihan dan kini dianggap kritikal terancam.
Ikan yang mampu membesar panjang sehingga 3 meter dan 300 kg berat ini kini lebih mudah ditemui kolam-kolam pancing dan di dalam industri akukultur.
Ikan catla atau juga dikenali sebagai karak adalah ikan air tawar Asia Selatan yang paling penting dari segi ekonomi di dalam keluarga Cyprinidae. Ia berasal dari sungai dan tasik di utara India, Nepal, Myanmar, Bangladesh dan Pakistan tetapi juga diperkenalkan di tempat lain di Asia Selatan dan dan biasanya diternak.
Ikan karak adalah ikan yang makan di permukaan dan pertengahan air. Catla mencapai kematangan usia purata 2 tahun dan purata berat 2 kg. Spesies yang terdapat di kebanyakan kolam air tawar malam ini tidak dapat dipastikan kesannya jika mencerobohi perairan kita.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Jika terdapat banyak selekoh di sesuatu sungai, pilihlah selekoh sungai yang banyak terdapat pokok di tebingnya. Pokok-pokok ini menyebabkan kawasan sungai menjadi redup dan ikan sememangnya menggemari lokasi yang tidak terkena cahaya terik matahari secara langsung. Selain itu akar-akar pokok yang menjalar di dalam air turut menyebabkan objek hanyut tersangkut termasuklah juga makanannya.
Air sungai yang mengalir dari tempat cetek ke tempat yang dalam akan mengakibatkan aliran sungai berputar membentuk pusaran. Kesan dari pusaran ke atas permukaan dasar akan menyebabkan terbentuknya lubang yang dalam atau palung. Air sungai yang membawa pelbagai material termasuk makanan ikan juga ikut berputar dan masuk lubang. Di sinilah ikan akan menanti untuk mengambil makanannya.
Pembinaan jambatan di sungai yang mana penanaman tiang di tengah sungai secara tidak langsung menjadi satu spot ikan untuk menunggu makanan yang hanyut dan tersangkut. Ia turut menjadi spot persembunyian ikan-ikan pemangsa untuk menyerang hendap mangsanya.
Pokok yang tumbang ke dalam sungai merupakan tempat persembunyian strategik ikan disebabkan arus sungai terhalang. Kesannya, arus di sebalik batang pokok akan menjadi perlahan. Sekaligus menjadi lokasi yang baik untuk ikan berehat, menunggu makanan hanyut atau juga menjadi pemangsa kepada ikan lain.
Tidak semua sungai terdapat bongkah batu besar yang menghalang arus sungai kecuali di sungai-sungai pergunungan. Lazimnya di sebalik bongkah batu itu terdapat ikan-ikan kecil dan udang serta makanan ikan lainnya. Tidak terkecuali ikan-ikan pemangsa bersaiz besar memasuki kawasan ini untuk memburu mangsanya.
Bahagian tepi sungai khususnya berarus perlahan lazimnya ditumbuhi rerumput yang agak banyak. Ia menjadi lokasi kegemaran ikan-ikan kecil mencari makanan. Sesetengah ikan betina turut menjadikannya kawasan bertelur. Maka ia merupakan lubuk yang tidak harus diketepikan untuk mencuba nasib.
Kawasan sungai yang cetek dan dipenuhi dengan batu-batu kecil yang mengakibatkan arus sungai berselerak juga merupakan habitat kegemaran ikan-ikan kecil dan udang mencari makanan. Apabila ada ikan kecil dan udang maka ia akan mengundang kehadiran ikan-ikan predator juga. Jika anda penggemar gaya pancingan mengilat atau casting, ia adalah spot yang sama sekali tidak boleh diabaikan.
Sampah semulajadi seperti ranting dan daun pokok yang dihanyutkan arus lazimnya akan berhenti di sesuatu lokasi dan akan menyebabkan arus terhambat. Dengan banyak longgokan sampah yang turut membawa makanan itu sekaligus membuatkan ikan gemar berkumpul. Jadi, labuhkanlah umpan anda di kawasan ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...