
Mekong River
Sungai mekong memiliki panjang sehingga 4425km dengan melalui negara China, Myanmar, Laos, Vietnam, Kemboja dan Thailand. Ia berakhir di Laut China Selatan. Banyak spesies ikan gergasi dari sungai ini termasuklah Mekong giant catfish. Ia merupakan sungai ke-6 terpanjang dunia.
Congo River
Sungai ini juga dikenal sebagai Sungai Zaire yang menjadi sungai terbesar di Afrika Tengah. Panjangnya mencapai 4700km. Alirannya dari pertemuan Sungai Lualap dan Luapula yang kemudian mengaliri hutan terbesar Amazon dan berakhir di lautan Atlantik. Ikan tiger fish sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan sungai ke-5 terpanjang dunia ini.

Hwang Ho River
Sungai Hwang Ho juga dikenali dengan nama Yellow River atau Sungai Kuning ini terletak di sekitar daerah China Utara. Memiliki panjang sampai 5464km dan akan terlihat jelas sekali bila difoto melalui udara. Aliranya dimulai dari Teluk Vhihli di bahagian barat China. Pelbagai spesies ikan kap terdapat di sini termasuklah hennan carp.
Yangtze River
Sungai ke-3 terpanjang ini termasuk juga sungai terluas dengan panjang mencapai 6300km dan menjadi sungai terluas ketiga dunia. Sebutan lain dari Sungai Yangtze iaitu Sungai Chang Jiang yang mengaliri Tibet dan berakhir di Laut China. Spesies yellow head catfish antara ikan popular di sini.

Amazon river
Sungai kedua terluas di dunia ini sepanjang 6516 km, ia menyumbang dari 1/5 bahagian keseluruhan sungai yang ada di dunia. Alirannya dimulai dari Tasik Fed di Peru yang kemudian mengaliri beberapa negara Amerika Latin dan berakhir tepat di Lautan Atlantik. Pelbagai spesies monster terdapat di sungai ini termasuklah araipama gigas.
Nile River
Walaupun terdapat perselisihan pendapat, sungai nil masih menduduki carta sungai terpanjang di dunia. Ia bermula dari Tasik victorial dan mengaliri di antara 9 negara iaitu Kenya, Zaire, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan, Ethiopia dan Mesir. Panjangnya mencapai 6853km. Nile perch atau kerakap Nil sememangnya spesies popular Sungai Nil ini.

5 Fishing Reel Termahal Sepanjang Zaman!!

Selain sistem drag paling lancar, banyak lagi ciri-ciri terbaik pada kekili ZeeBaaS ZX. Badan dan gelendung kekili yang diperbuat daripada aluminium agak tahan terhadap kakisan. Malah ZeeBaaS tidak teragak-agak untuk mengiklankan bahawa kekili ini kalis air masin. Ia dimateraikan sehingga pasir-pasir halus dan air tidak akan mampu memasuki sistem dalaman kekili.
Orang Jepun sememangnya bagaimana untuk menghasilkan kekili yang sangat baik, dan Daiwa ini tidak terkecuali. Ia satu rekacipta yang indah dan agak unik pada masa yang sama. Daiwa telah mencipta kekili ini dengan galas bebola magsealed di kedua-dua belah gear pemacu.
Ini memastikan bahawa reel akan bertahan lebih lama, menghalang pembentukan karat atau apa-apa jenis kerosakan lain. Kekili ini juga mempunyai badan aluminium, yang menjadikan gelendong itu sangat ringan.
Shimano merupakan jenama kegemaran di kalangan pemancing dari semua jenis pancingan, dan jenama itu lebih dikenali untuk kualitinya daripada apa sahaja. Stella F1, dikenali kerana mempunyai Drivetrain terbaik dan paling berkesan. Ini membuatkan kekili berfungsi dengan sangat mudah dan pantas -sesuatu yang anda akan hargai apabila pertempur dengan ikan. Shimano menghasilkan produk yang luar biasa, dan kekili ini adalah sesuatu yang mesti ada, sekiranya anda pecinta Shimano.
Sekiranya anda seorang pemancing layang, kekili Seigler ini adalah suatu keharusan untuk dimiliki. Ia akan memberi anda keupayaan yang tiada tandingan dengan kekili lain. Ia boleh menyimpan tali yang sangat panjang dengan bingkainya pada diameter 4.5 inci dan 1.75 inci lebar. Malah, ia boleh menyimpan kira-kira 400 meter garis. Kekili ini direka khas untuk menangkap spesies ikan besar seperti trevallies dan tarpons.
Satu je nak cakap…. perghhh! The Holy Grail telah dijual secara lelongan pada tahun 2011 di Angling Auctions. Kekili yang dihasilkan oleh Graham Turner menyatakan tiada kekili lain yang dapat menandingi kekili ini. Yang pasti, anda tidak akan berpeluang melihat kekili ini beraksi di padang pancing kerana ia menjadi barangan koleksi pemilik penghias bilik atau ruang tamu.
Trip Trobek – Misi Punggah Peacock Bass!!

Di dalam lombong ini tersebut terdapat banyak PB dan ikan berkenaan bukanlah ikan dalam senarai ternaknya dan menariknya, ia meminta rakan saya, Zul untuk mengeluarkan ikan tersebut dari lombongnya.
Ini kerana, PB yang ada di dalam kolamnya telah mendatangkan ancaman kepada benih-benih ikan baru yang dilepaskan di dalamnya. Sebagai seorang yang meminati teknik casting, kebenaran tersebut diibaratkan Zul sebagai bulan jatuh ke riba.
Jadi beberapa trip telah dibuat olehnya dan hasilnya memang cukup menyeronokkan. Dalam satu trip sahaja tidak sampai sehari, tidak kurang dari 20 kg PB berjaya dikeluarkan. Hinggalah saya dan enam orang rakan yang lain turut serta dalam salah satu trip. Apa lagi bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal kerana dapat memancing dengan izin empunya tuan tanah.
Awal pagi sebaik sahaja tiba, sebaik sahaja gewang yang dilontarkan, pasti sahaja. Disebabkan lombong ini berkeluasan hampir menyamai keluasan tiga buah padang bola sepak, kami bebas memancing dan menyusuri sepanjang tebing lombong yang di kelilingnya ditanam dengan kelapa sawit.
Kesemua PB yang diperolehi kami berikan kepada Zul, kerana menurutnya PB tersebut dijadikan pekasam oleh keluarganya. Bagi saya, ikan PB yang banyak kami perolehi tidaklah dibuang begitu sahaja seperti yang diminta oleh tuan empunya lombong ini. Setidak-tidaknya dapatlah juga memberi pendapatan sampingan buat Zul dan keluarganya.
Cerita Zul lagi, disebabkan lombong ini besar, setiap kali untuk menuai hasil, tuan punya lombong akan menyewa pukat tunda untuk kerja-kerja menjaring. Jadi walaupun PB akan terperangkap sama, bukan semuanya akan dapat dikeluarkan dan PB pula adalah jenis ikan yang cepat membiak sekaligus memberi ancaman kepada anak-anak ikan yang baru dilepaskan pada pusingan berikutnya.
Tidak hairanlah, hampir kesemua PB yang kami perolehi itu rata-ratanya lebih kurang sama sahaja saiznya iaitu antara 35-40cm. PB yang terbesar diperolehi adalah 47cm.
Sebelum trip, rakan saya ini juga memberitahu, agar membawa set pancing yang light sahaja bagi menambah keseronokan memancing. Manakala untuk umpan, apa sahaja jenis umpan sama ada hardlure atau soft lure yang dihulurkan mudah sahaja mendapat strike.
Disebabkan lombong ini dipenuhi ikan lain, kami tidak terkecuali memperoleh tangkapan bukan ikan sasaran, antara jelawat, lampam jawa, talapia dan rohu. Malah ikan tongsan pun terkena gewang pada badan dan ekornya.
Jadi mana-mana geng yang berjaya mendapat ikan selain dari PB walaupun tidak ‘bol’ pada mulutnya memang kecoh dibuatnya. Maklumlah dapat lesen ‘rare’. Jadi semasa memancing, riuh rendah jadinya bila ada yang sedang strike ikan ini. Mana yang dapat bersaiz besar terutama rohu, letih jugalah melayannya.
Lewat petang, selepas menamatkan sesi pancingan tersebut dalam keadaan hujan renyai-renyai kami berjaya memperoleh kira-kira 40kg PB yang kesemuanya dikumpulkan oleh Zul untuk dijadikan pekasam. Siapa sangka, ikan PB yang dahulunya tidak dihiraukan, hanya diberi sebagai makan kucing dan dianggap mendatangkan ancaman kepada ikan tempatan, kini tetapi telah berubah gara-gara si ikan pekasam.
Mistik : Disorok Ketika Mencari Siput sedut!!

“Jadi ke awak pergi mencari siput pagi ni?” Tanya Mak Leha apabila melihat suaminya sudah tersandar kekenyangan sambil menghisap rokok gulung daun.
“Jadi. Semalam Wak Barra datang lagi. Minta tambah lagi lima kilo. Semuanya yang dia nak dekat-dekat dua belas kilo juga,” jawab Pak Berahim sambil matanya ralit melihat si Jalak yang sedang berebut mematuk gandum yang baru dilempar oleh Mak Leha ke tanah.
“Banyak tu bang. Agak-agaknya berapa hari baru dapat kita kumpulkan siput sebanyak tu,” keluh Mak Leha.
Bukannya dia tak tahu, satu hari mahu mengumpul siput dua kilo pun agak sukar bagi mereka berdua. Kena turun dua kali pagi dan petang untuk mencarinya.
Kalau kena pada musimnya, sekali turun mencari senang-senang saja boleh dapat lima enam kilo tapi kalau di luar musim, memang agak sukar kecuali dikumpul sedikit demi sedikit.
“Insyaallah, lusa nanti dapatlah kita kumpulkan. Semalam pun dah ada dekat-dekat tiga kilo. Pagi ni awak tak payah tolong saya. Biar saya seorang yang pergi cari,” cadang Pak Berahim sambil bangun untuk menukar kain pelikat yang dipakai.
Tidak sampai sepuluh minit, dia sudah keluar dengan memakai seluar track suit lusuh dan baju kemeja lengan panjang.
Mak Leha menghulurkan termos air panas dan bekalan makanan berupa lempeng dan sambal tumis ikan bilis.
“Kalau tengah hari saya tak balik, maknanya saya Zuhur di sana ya. Insyaallah lepas Asar baru saya balik,” laung Pak Berahim sambil menghidupkan enjin motosikal Honda buruknya.
Dengan membawa baldi dan satu batang kayu pendek, motosikalnya menghala ke kawasan pinggir kayu bakau yang terletak hanya dua kilometer daripada rumahnya.
Sampai sahaja tempat dituju, terus Pak Berahim meletakkan motosikalnya di bawah pokok ru. Dengan ucapan Bismillah, langkahnya dihayun menuju ke arah belukar kayu bakau.
Tempat dia mencari rezeki dengan mengutip siput yang selalu juga dipanggil dengan nama ‘siput sedut’.
Jam sudah menghampiri ke angka lapan malam. Mak Leha menanggalkan telekung yang dipakai. Sudah habis doa dan surah Yassin yang dibaca namun kelibat suaminya masih belum kelihatan.
Kerisauan sudah bergayut di tangkai hati. Ke mana pulak dia pergi ni? Takkan tersesat pulak, bisiknya di dalam hati.
Apabila jam menghampiri jam sembilan, hati Mak Leha sudah tidak keruan lagi. Mak Leha mencapai telefon lalu mendail nombor anak sulungnya, Rohiman.
Marah juga Rohiman apabila ibunya lambat memberitahu tentang kehilangan ayahnya.
Bersama tiga orang kawan, mereka mencari Pak Berahim di kawasan paya bakau itu, namun hanya motosikal dan bekalan makanan yang dijumpai.
Bekalan makanan itu seolah-olah tidak diusik langsung!
Bimbang dengan keselamatan ayahnya, Rohiman membuat laporan polis tentang kehilangan ayahnya itu.
Satu pasukan yang dianggotai oleh pihak polis, bomba dan ahli dari Jabatan Pertahanan Awam segera dikerah untuk misi menyelamat.
Malam itu, penduduk Kampung Kuala Nerus gempar dengan kehilangan Pak Berahim yang keluar untuk mencari siput sedut.
Seluruh kawasan paya bakau itu diselongkar dengan bantuan anjing pengesan namun kelibat Pak Berahim masih belum ditemui.
Pihak keluarga meminta bantuan daripada pengamal perubatan tradisional untuk membantu mencari kerana dikhuatiri kehilangan Pak Berahim mungkin berkaitan dengan alam mistik namun usaha itu masih juga gagal.
Akhirnya, seorang ustaz muda meminta izin untuk mengalunkan azan sebanyak tujuh kali. Betul-betul di bawah sebatang pokok besar yang akarnya terjuntai hingga ke tanah.
Selesai azan kali ketujuh itu dilaungkan, ustaz muda itu membuat solat hajat dua rakaat.
Tidak sampai lima belas minit, terdengar suara riuh rendah mengatakan Pak Berahim sudah dijumpai dalam keadaan letih lesu berhampiran kawasan bakau.
Dia kelihatan seperti orang mamai dan tidak mampu bercakap. Hanya baldi birunya yang berisi siput sedut yang dipegang erat ketika dijumpai.
“Pak cik rasa sekarang pukul berapa?” Tanya seorang anggota bomba apabila Pak Berahim sudah diberikan rawatan oleh paramedik yang sedia menunggu.
“Agaknya tujuh malam…” jawab Pak Berahim dengan suara yang lemah. Dia jadi hairan apabila melihat orang ramai berada di situ.
Kenapa pula mereka semua berkampung ni? Bisiknya hairan.
“Pak cik, sekarang dah pukul empat setengah pagi. Hampir seharian pak cik hilang di sini. Apa yang terjadi sebenarnya?” Tanya pegawai bomba itu lagi.
Pak Berahim termenung. Mustahil….getus hatinya. Namun sempat dia mengerling jam tangan yang dipakai oleh Rohiman.
Memang sah, pukul empat setengah pagi. Ya Allah, rupanya dia sudah tersesat di kawasan yang sama hampir 19 jam lamanya.
Sebenarnya, pada perkiraan dirinya, dia cuma berlegar-legar di tempat yang sama.
Setiap kali dia cuba untuk melangkah mencari jalan pulang, dia akan menuju ke tempat yang sama.
Dia pasti itu tempat yang sama kerana di situlah dia memacak kayu pendek yang dibawanya ke dalam kawasan selut untuk tandaan kawasan.
Nasib baiklah air laut tidak pasang penuh dan melimpah masuk ke dalam kawasan paya bakau itu. Kalau tidak, tentu hanya mayatnya saja yang akan ditemui.
Sejak hari itu, Rohiman tidak membenarkan ayahnya keluar mencari siput sedut lagi. Sesungguhnya dunia Allah ini memang banyak misterinya yang tak terungkap!