Pilih sotong yang segar. Sotong yang masih segar biasanya memiliki mata hitam bergelang putih dan berkilat. Pilihlah badan sotong yang kelihatan bersinar umpama pelangi apabila dilihat dari sudut yang terkena biasan cahaya. Lihatlah badan sotong dari berbagai sudut untuk memerhati biasan cahaya.

 

Cara Bijak Menggunakan Umpan Hirisan Sotong!!

 

Jika tidak ada sinaran seperti warna pelangi itu bermakna ia kurang efektif untuk dijadikan umpan. Jika masih ada sinar pelanginya itu bermakna sotong tersebut masih mempunyai pigmen yang berupaya untuk menyerap cahaya dan memantul kembali seperti luminous.

IKLAN

 

Sotong hendaklah disimpan dalam satu baris di dalam kotak atau tupperware. Jika sotong hendak diletakkan di dalam keadaan bertindan, sebaiknya anda letak kain lembut atau plastik di antara keduanya supaya tiada kesan tindanan di antara satu sama lain. Badan sotong yang bertindanan akan menyebabkan ia cepat rosak. Kemudian simpan dalam peti sejuk.

 

Jika anda memancing pada waktu malam, sebelum umpan sotong dilabuhkan, sebaiknya suluh dulu umpan tersebut dengan lampu suluh anda dalam anggaran 30-45 saat. Jika ada lampu biru atau cahaya ultraviolet atau lampu LED lebih baik.

IKLAN

 

Cara Bijak Menggunakan Umpan Hirisan Sotong!!

 

Pigmen pada badan sotong akan menyerap cahaya tersebut dan akan memancarkannya kembali di dalam air laut yg gelap. Ini akan membuatkan umpan kelihatan seperti sotong hidup yang dalam kesakitan.

IKLAN

 

Semua jenis sotong mempunyai pigmen tersebut, oleh itu pandai-pandailah anda memilih sotong untuk kegunaan pancingan anda.

 

Cara Bijak Menggunakan Umpan Hirisan Sotong!!

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI