Bagi peminat pancingan air tawar, spesies sebarau pasti antara spesies yang menduduki carta tertinggi ikan yang mahu dipancing.

Dengan kekuatan dan kepantasan renangannya, sebarau atau badong menjadi kegilaan ramai pemancing air tawar lebih-lebih lagi kaki mengilat.

Sifat agresif dan kekuatan spesies pemangsa ini diumpamakan seperti serigala air tawar.

 

Spesies ikan sebarau sering dikenali sebagai pemangsa air tawar yang mampu menaikkan adrenalin kaki pancing sewaktu ikan ini di hujung tali.

Sebarau paling terkenal di kalangan kaki mengilat dan kegilaan merasai tentangan spesies ini membuatkan sesudu dan gewang laris bak goreng pisang.

baca organizer trip sebarau antarabangsa

Kenali spesies sebarau satu belang (Hampala macrolepidota)

 

Di Malaysia, sebarau juga dikenali sebagai badong yang selalunya merujuk kepada spesies sama yang bersaiz besar sekitar 2 kg ke atas.

Dalam pengelasan taksonomi, Hampala macrolepidota merupakan nama Latin bagi sebarau dan nama global lain termasuklah hampala barb dan jungle perch.

 

Taburan Spesies 

 

Spesies Hampala macrolepidota ini cukup terkenal bagi kebanyakan kaki pancing di Malaysia.

Selain kekuatan henjutan dan hentaman ikan ini, faktor yang menambahkan keterujaan memancing spesies ini mungkin kerana sebarau merupakan spesies asal perairan Malaysia.

 

Kenali spesies sebarau satu belang (Hampala macrolepidota)

 

Selain perairan Malaysia, taburan spesies ini turut merangkumi perairan Indonesia, Thailand, Myanmar, Laos, Vietnam dan Sumatera.

Ikan sebarau boleh ditemui di aliran Sungai Mekong, Chao Phraya dan Mae Klong.

baca cara bottom ikan sebarau

Selain itu, tasik dan lembah sungai juga menjadi tumpuan bagi spesies ini. Di Malaysia, sebarau boleh ditemui dibanyak kawasan sungai-sungai dan tasik.

Sungai-sungai kawasan pergunungan pula menjadi antara lokasi yang paling mudah untuk menjejak spesies ini.

Antara lokasi tumpuan dan terkenal bagi sebarau ialah Tasik Kenyir, Royal Belum, Empangan Chenderoh, Temenggor dan banyak lagi.

 

Kenali spesies sebarau satu belang (Hampala macrolepidota)

 

Bagi sebarau di Kepulauan Borneo, majoriti sebaraunya sedikit berbeza kerana memiliki dua belang berbanding sebarau di semenanjung.

Nama serigala air tawar ini juga bukan sedikit namanya, ada macam-macam nama mengikut dialek masyarakat kaum di sana.

 

Habiat dan Tabiat

 

Secara umumnya, habitat ikan sebarau lebih tertumpu kepada kawasan sungai-sungai berair jernih, mempunyai kadar oksigen terlarut yang tinggi, kawasan larian air yang berbatu dan berpasir.

Begitu pun, ikan sebarau juga mempunyai daya kesesuaian dalam kawasan tanah tinggi mahu pun tanah rendah dan boleh menghuni kawasan yang berlumpur dan tanpa arus seperti tasik.

 

Kenali spesies sebarau satu belang (Hampala macrolepidota)

 

Sewaktu musim hujan atau musim tengkujuh, sebarau akan bermigrasi ke kawasan hulu yang dinaiki air untuk tujuan mengawan dan pembiakan.

Jadi, kawasan sungai pergunungan menjadi habitat yang paling mudah untuk menemui spesies ini.

 

Bagi kebanyakan spesies sebarau yang bersaiz lebih besar, biasanya sukar ditemui di kawasan sungai berarus deras, jernih dan cetek.

Spesimen yang lebih besar gemar menghuni kawasan yang lebih dalam dan sering tertumpu kepada kawasan yang mempunyai objek seperti kayu atau reba.

 

baca panduan casting di jeram

Kenali spesies sebarau satu belang (Hampala macrolepidota)

 

Sebarau merupakan spesies pemangsa yang memburu lantas menjadikannya spesies karnivor. Ikan sebarau biasanya menjadikan ikan yang lebih kecil sebagai makanannya.

Selain itu, dalam habitat semula jadinya, serangga dan hidupan akuatik lain turut dijadikan sebagai mangsa dalam buruannya.

 

Bagi sebarau juvenil, serangga kecil menjadi diet utama selain daripada zooplankton. Spesies pemangsa ini juga menjadikan mamalia akuatik sebagai diet makanannya

terutama yang sering bermain di kawasan permukaan air selain krustasia yang turut menjadi pilihannya.

 

 

Morfologi

 

Sifat luaran bagi sebarau yang paling mudah dikenali ialah garisan hitam yang menegak pada badannya.

Paten warna hitam pada badannya menegak merentasi garisan lateral sehingga ke bawah. Ekor atau sirip kaudalnya pula berwarna oren kemerahan yang terang dan terdapat garisan margin berwarna hitam pada garisan luar ekornya.

 

Kenali spesies sebarau satu belang (Hampala macrolepidota)

 

Taksonomi

 

Kingdom : Animalia

Phylum : Chordata

Class : Actinopterygii

Order : Cypriniformes

Family : Cyprinidae

Species : H. macrolepidota (Kuhl & van Hasselt, 1823)

Binomial name : Hampala macrolepidota

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI