Home Hobi & Minat Ketahui Perbezaan Sepat Spesies Tempatan & Import

Ketahui Perbezaan Sepat Spesies Tempatan & Import

 

Ikan sepat ronggeng (T. trichopterus) merupakan salah satu daripada 4 spesies ikan sepat yang kita jumpai di Malaysia.

 

Seperti kumpulan ikan ini yang bertubuh lebih besar iaitu sepat Siam (T. pectoralis), ikan sepat ronggeng merupakan ikan yang dimakan dan disukai orang tempatan walau pun umumnya hanya untuk pasaran tempatan sahaja.

 

Disamping itu terdapat pula perbezaan pada badan ikan dimana corak hiasanya mempunyai beberapa warna menarik. Ikan ini juga adalah jenis ikan yang popular sebagai ikan hiasan didalam akuarium.

 

Ketahui Perbezaan Sepat Spesies Tempatan & Import

 

Walaupun ikan ini mempunyai banyak nama gelaran tempatan, ia dipanggil sebagai sepat rawa dan dalam bahasa Inggeris ikan ini dikenal dengan nama three spot gourami, blue gourami, cosby gourami, gold gourami, golden gourami serta opaline gourami.

 

Ikan sepat ronggeng ini lazimnya mempunyai bentuk badan yang pipih dan meruncing sempit di mana ukuran panjang sehingga 120mm. Ia mempunyai warna badan perak pudar atau kilat dengan sedikit warna kebiruan atau kehijauan Lazimnya terdapat beberapa jalur seakan bentuk pita yang senget berwarna gelap.

IKLAN

 

Ketahui Perbezaan Sepat Spesies Tempatan & Import

 

Ia kadang-kadang jelas berwarna kehitaman dengan hadir pada kedua-dua belah badan sepat ronggeng iaitu pada tengah sisi tubuh dan pada pangkal ekor. Nama three spot gourami yang diberi adalah merujuk pada kedua bintik hitam pada badannya dan ditambah dengan mata sebagai bintik yang ketiga. Sirip ekor berlekuk dangkal yang berbintik-bintik dengan jelas untuk pergerakan pantas dalam air.

 

Warna tubuh ikan ini amat bervariasi. Bergantung kepada spesies atau kualiti air, warna ikan sepat ini sama ada terang dan gelapnya mahu pun warna bintiknya pada tubuhnya amat berbeza.

 

Ketahui Perbezaan Sepat Spesies Tempatan & Import

IKLAN

 

Kalau diteliti juga bilangan jejari pada sirip-siripnya juga berbeza coraknya. Purata ikan sepat ronggeng sekitar 2.3-2.5 kali lebih panjang dari lebar badan. Sepat ini agak unik kerana ia mempunyai sepasang sesungut yang ketara panjang dibadan dimana ia berkedudukan di depan pada sirip perut.

 

Ikan Sepat Rawa terdapat di Malaysia, Indonesia dan kawasan di Indochina, terutama di Lembah Sungai Mekong dalam air tawar.

 

Ikan sepat Siam (T. pectoralis) atau dalam Bahasa Thai, pla salit adalah satu spesies ikan yang banyak dijadikan makanan atau ikan hiasan. Ikan ini boleh ditemui di rawa-rawa, danau, sungai dan parit-parit yang berair tenang, terutama yang banyak ditumbuhi tumbuhan air.

 

IKLAN

Ketahui Perbezaan Sepat Spesies Tempatan & Import

 

Juga kerap terbawa oleh banjir dan masuk ke kolam-kolam serta saluran-saluran air hingga ke sawah-sawah.

 

Sebagian besar makanan sepat siam adalah tumbuh-tumbuhan air dan lumut. Namun ikan ini juga memangsa haiwan-haiwan kecil di air, termasuk ikan-ikan kecil yang muat di mulutnya.

 

Ikan ini sering ditemui di tempat yang terlindung oleh tumbuhan atau sampah-sarap yang tersangkut di tepi air. Ikan sepat siam menyimpan telur-telurnya dalam sebuah sarang buih yang dijaga oleh si jantan.

 

Ketahui Perbezaan Sepat Spesies Tempatan & Import

 

Sebagaimana kerabat dekatnya dalam keluarga gurami, sepat Siam tergolong dalam rumpun Anabantoidei. Taburan asli ikan ini adalah di wilayah Asia Tenggara, terutama di lembah Sungai Mekong di Laos, Thailand, Kamboja dan Vietnam; juga dari lembah Sungai Chao Phraya. Ikan ini diperkenalkan ke Filipina, Malaysia, Indonesia, Singapura, Papua New Guenia, dan Sri Lanka.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI