Nama penuh: Mohd Samsuri Mustapa

FB: Mohd Samsuri Mustapa

Usia : 34

Status: Guide / trip organizer

 

UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi organizer trip / guide?

SAMSURI: Memancing ni minat dari bangku sekolah lagi, berasal dari keluarga susah.Waktu terluang selalu sangat ikut ayah dan arwah datuk mengail di baruh.

Selain hobi, hasil yang kami pancing dijadikan santapan sekeluarga, boleh la berjimat cermat.

 

Mula menceburi teknik pancingan mengilat bermula 2010 sekadar hobi. Sudah lumrah dunia pancingan,spot-spot baru yang berpotensi adalah idaman setiap pemancing.

Isteri saya berasal dari pekan Yingo, jajahan Narathiwat selain dibantu kenalan di sini memberi satu kelebihan buat saya untuk mencari lubuk-lubuk pancingan baharu di selatan

negeri gajah putih ini yang pada pengamatan masih baharu untuk teknik pancingan mengilat sehinggalah satu trip diatur ke sebuah tasik takungan yang diberi nama BANGLANG DAM.

 

Fishing Guide – Samsuri, Pelopor Trip Sebby Siam

 

IKLAN

UMPAN: Kenapa anda melakukan usaha ini & namakan lokasi padang pancing yang anda organize?

SAMSURI: Trip pertama di Banglang Dam pada mei 2018 memberi hasil yang memberangsangkan di mana kami berjaya mendaratkan sebilangan besar sebarau berskala

1-3kg pada musim panas yang sememangnya sedia maklum bukan waktu yang sesuai utk memburu sebarau.

Memuat naik di laman sosial hasil-hasil tangkapan membuka satu peluang untuk kami apabila ramai sahabat pancingan merasa teruja dan ingin turut sama merasai kemeriahan sebarau Banglang.

 

Fishing Guide – Samsuri, Pelopor Trip Sebby Siam

 

Sejak itulah trip SEBARAU HALABALA bermula selain ingin membantu menaikkan indutri pelancongan sekaligus satu punca ekonomi penduduk yang rata-rata bekerja sebagai petani dan penoreh getah di kebun sekitar tasik.

 

Untuk makluman, Banglang Dam terletak di wilayah jajahan Bacho, Yala, selatan Thailand berkeluasan 2,080km persegi didiami pelbagai spesies ikan termasuk baung, baung ekor

IKLAN

merah, patin Mekong, tilapia hitam, lampam, belida, haruan, dan spesies asal jeram seperti kelah, tengas dan sebarau.

Menjadikan Banglang Dam sebuah syurga pancingan untuk spesies sebarau adalah disebabkan toman (giant snakehead) tidak wujud di tasik ini membolehkan kawanan sebarau membesar tanpa ada saingan.

 

Fishing Guide – Samsuri, Pelopor Trip Sebby Siam

 

Musim memburu sebarau di sini tidak jauh beza berbanding di Malaysia, musim tengkujuh adalah waktu frenzy bagi spisis ini.

Walau bagaimanapun pada musim panas penggunaan gewang jenis permukaan seperti pencil dan popper lebih laku berbanding gewang lain.

Antara diet sebarau di sini adalah seluang buluh & ikan jenjulong menjadikan gewang jenis panjang dan tirus mempunyai lebih potensi untuk strike berbanding gewang lain.

 

IKLAN

Fishing Guide – Samsuri, Pelopor Trip Sebby Siam

 

UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi guide / organizer?

SAMSURI: Guide / organizer tidaklah memerlukan kriteria yang spesifik sebenarnya, cukup dengan menghormati adat tempat orang dan tepati masa.

Trip sukses bukan sekadar tangkapan yang baik, tapi pengalaman dan memori yang terlakar pada setiap trip itulah yang lebih bernilai bagi setiap pemancing.

 

Fishing Guide – Samsuri, Pelopor Trip Sebby Siam

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?

SAMSURI: Selatan Thailand sebenarnya masih belum pulih sepenuhnya dari pergolakan politik.

Saban hari ada sahaja insiden tembak menembak, letusan bom dan sebagainya. Oleh yang demikian, bagi yang berhajat utk memancing di Banglang Dam dinasihatkan masuk melalui saluran yang betul, memiliki dokumen yang sah selain mengambil insurans perjalanan.

Etika dan tata tertib yang baik harus diamalkan, jaga kebersihan, amalkan tangkap dan lepas (selected harvest) dan bagi yang memandu sendiri, pandulah secara berkhemah kerana undang-undang di Thailand berbeza berbanding di Malaysia.

 

Fishing Guide – Samsuri, Pelopor Trip Sebby Siam

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI