Sebagaimana yang telah dinyatakan terdapat puluhan spesies seluang dalam genus Rasbora dan salah satunya ialah seluang bada atau nama umumnya slender rasbora. Slender rasbora membawa nama saintifik Rasbora daniconius, boleh ditemui di Malaysia, Singapura, Borneo mahupun di Indonesia.
Ikan seluang boleh hidup sekitar 3-6 tahun dan taburannya banyak ditemui di parit-parit ataupun sungai-sungai kecil yang berarus perlahan di Asia Tenggara. Antara ciri-ciri ikan seluang ialah, berbentuk pipih memanjang dengan sisik nipis dan ketika masih kecil ianya memiliki warna putih keperakan.
Ads
Apabila ianya dewasa di kedua-dua sisi tubuhnya terdapat garis berwarna kehitaman dan warna putih keperakan akan pudar digantikan dengan warna putih kekuningan. Seluang adalah bersifat omnivor iaitu pemakan segala jenis dari hidupan seperti cacing tanah, serangga, krutesia kecil, lumut dan bermacam lagi.
Ikan seluang bada mempunyai badan yang tirus bulat. Ia merupakan ikan yang mendiami kawasan permukaan air. Ikan seluang bada merupakan ikan air tawar yang mendiami kawasan air bertakung seperti rawa-rawa, tasik, lombong, dan air mengalir seperti sungai dan anak sungai.
Ikan seluang bada biasanya bergerak dalam kumpulan. Ikan Seluang bada merupakan ikan maserba. Ia juga makan cacing tanah, dan serangga seperti belalang, kerengga dan jentik-jentik. Ikan Seluang bada mampu hidup dalam air pada paras ph7.
Ads
Berdasarkan kajian Dr Herbert R Axelrod dalam Atlas of Freshwater Aquarium Fishes, ia dikatakan dapat membesar sehingga 20 sentimeter panjang.
Ads
Ikan-ikan seluang adalah di antara yang paling popular sebagai ikan akuarium. Penampilan rapi mereka, sering kali warna cerah dan menawan. Banyak spesies yang popular seperti Harlequin Rasboras) telah diternak dan merupakan spesies penting dari aspek perdagangan ikan hiasan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Di Malaysia terdapat dua jenis spesies ikan lampam yang popular. Selain lampam ekor merah (ikan asal), satu spesies lampam yang popular ialah lampam jawa (spesies import). Kedua-dua spesies ini datang daripada genus yang sama iaitu Barbonymus.
Perbezaan paling ketara bagi spesies ini terdapat pada nama umumnya. Sebagaimana namanya lampam jawa, spesies ini merupakan ikan pendatang dari Indonesia yang dibawa masuk ke Malaysia atas tujuan akuakultur. Sementara lampam ekor merah pula merupakan ikan natif atau ikan tempatan.
lampam jawa
Jika spesies bagi lampam ekor merah Barbonymus schwanenfeldii, nama saintifik bagi lampam jawa ialah Barbonymus gonianotus. Jika lampam ekor merah dikenali sebagai tinfoil barb, lampam jawa pula dikenali dengan nama silver barb.
Taksonomi Lampam Jawa
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Cypriniformes
Family: Cyprinidae
Genus: Barbonymus
Species: Barbonymus gonianotus
Nama lain: Lampam, Lampam jawa, silver barb
lampam ekor merah
Nama silver barb sepadan dengan morfologi luaran bagi lampam jawa yang mempunyai warna perak hampir keseluruhan badannya. Lampam jawa mempunyai bentuk badan yang lebih mampat berbanding lampam ekor merah yang kelihatan lebih lebar.
Selain itu lampam jawa mampu membesar sehingga 45 cm panjang. Dalam kebanyakan kes, ikan lampam jawa bersaiz kasar (melebehi 1 kg) lebih mudah ditemui berbanding lampam ekor merah.
Barbel pada bahagian mulut lampam jawa lebih pendek berbanding lampam ekor merah. Selain itu, bentuk kepala lampam jawa lebih kecil dan runcing berbanding lampam ekor merah.
Sirip lampam jawa pula berwarna perak atau kelabu dengan terdapat kehadiran warna merah pada hujung siripnya. Ini berbeza dengan lampam ekor merah yang mempunyai warna sirip merah dengan kehadiran margin hitam yang jelas.
Kupang atau kupang hijau merupakan sejenis siput (mollusk) iaitu dari keluarga siput yang popular di kalangan masyarakat Malaysia untuk hidangan istimewa makanan laut. Terdapat beberapa jenis kupang seperti kupang di dalam air laut (Pteriomorpha spp), kupang air tawar (Palaeoheterodonta spp) dan juga sejenis kupang zebra (Heterodonta spp).
Kupang hijau mempunyai kulit keras berwarna hijau coklat yang mengandungi bahagian isi kupang yang berwarna kuning oren dan hitam. Isi kupang akan melekat pada bahagian pangkal cengkerang dengan kuat dan ianya merupakan bahagian isi yang paling sedap dimakan sebagai makanan laut.
Kulit kupang akan terbuka di dalam air dan memerangkap plankton dalam air sebagai makanan (filtering process) dari ianya kecil sehingga membesar.
Benih anak kupang yang melekat pada tali akan berkumpul dan membentuk satu bongkah kupang sehingga seberat 100-300 kg satu tali (bergantung kepada musim dan lokasi).
Pemeriksaan dijalankan mengikut kesesuaian masa di mana kupang yang telah besar boleh dituai sementara yang kecil-kecil dibiarkan untuk membesar.
Pastikan ada giliran menjaga kawasan ternakan kupang pada waktu menuai kerana jika tidak dikawal maka orang lain akan datang menuainya.
Kupang segar bersaiz kecil biasa dijual dari bulan Mac-Jun dan bersaiz sederhana dari bulan Jun-Julai sementara selepas itu kebanyakkannya akan bersaiz besar. Kebanyakannya lebih suka kupang bersaiz sederhana kerana rasa isi kupang lebih manis dan tidak terlalu keras.
Industri ternakan kupang di Malaysia kena diteruskan dengan menyediakan permit penternakan dan teknologi lebih baik dari pihak tertentu. Masalah serangan perosak seperti jenis siput lain yang merosakan kupang perlu diatasi dan kempen kualiti logam berat juga perlu dipantau.
Sampel-sampel kupang sering dan perlu diperiksa mengikut jadual berkala untuk mempastikan keselamatan kupang dari menjadi makanan toksik kepada manusia terutama dalam kandungan logam berat dan organisma merbahaya.
Projek menternak kupang dilaksanakan dengan memasang tiang atau kayu nibung di dalam laut pesisir pantai disusun dan mengikat tali yang digantung dengan pemberat dalam air laut.
Di kawasan Laut Selat Johor (Tebrau dan Pontian) teknologi terkini menggunakan pelampung plastik dan tali kupang digantung di bawahnya.
Benih-benih kupang semulajadi akan melekat pada tali-tali tersebut dan membesar selama 7-10 bulan sebelum diperiksa untuk dituai.
Walaupun musim pembenihan dan penuaian kupang berbeza mengikut kawasan dan faktor cuaca, lazimnya musim panas (Januari-Febuari) adalah musim pembenihan dan mula menuai pada Julai (Kupang kecil) dan September-Disember (Kerang cukup besar). Penuaian juga dijalankan pada luar musim dengan membuat pemilihan pada tali.
Javelin grunter atau javelin grunt merupakan anggota dalam famili besar Haemulidae. Haemulidae pula terbahagi kepada dua sub famili, Haemulinae dan Plectorhynchinae (sweetlips).
Spesies dari genus Pomadasys dengan nama saintifik Pomadasys kaakan ini mendapat nama jolokan ‘grunts’ berikutan kemampuan mereka menghasilkan atau mengeluarkan bunyi yang kuat dengan melaga atau menggesel gigi pharyngeal mereka.
Terdapat kira-kira 19 genera dan 132 spesies Haemulidae di seluruh dunia. Di negara kita sendiri memiliki 5 genus dan 28 spesies Haemulidae. Terdapat 17 spesies sweetlips dan 11 spesies Haemulinae dari genus Pomadasys (grunters) sahaja.
Taburan Haemulidae (Pomadasyidae) boleh ditemui di lautan Atlantik, Hindi dan Pasifik. Indo-Pasifik Barat, Laut Merah dan pantai timur Afrika ke Asia Tenggara, utara ke Taiwan, selatan ke Queensland, Australia.
Javelin grunts mempunyai sirip dorsal tunggal berterusan 9 hingga 14 segmen duri dan 11 hingga 26 sinar lembut. Memiliki bentuk badan langsing, profil kepala sedikit cembung, bibir tidak menebal, dua liang dan alur pusat di bawah dagu. Tiada tulang belakang antrorse sebelum asal sirip dorsal; takuk mendalam antara spinous dan bahagian yang lembut di sirip dorsal.
Warna biasanya perak dengan warna keemasan di sisi, operkulum atas zaitun kuning, yang agak hitam muncungnya, ditindih dengan kuning. Spesimen juvenil mempunyai 7 hingga 11 band menegak di sisi atas, spesies matang ketara dengan band yang dibentuk oleh bintik sejajar dalam baris menegak.
Gerut-gerut berskala saiz 35 cm dianggap mencapai kematangan. Ia mampu membesar panjang sehingga 80 cm namun spesimen yang lazim diperoleh sekitar 50 cm sahaja. Spesies gerut-gerut ini mendiami lautan dasar keruh dengan berpasir pada kedalaman sehingga 75 meter.
Ia turut memasuki sistem muara sungai dan , boleh bertolak ansur dengan air dengan kemasinan rendah. Sering dikaitkan atau ditemui berhampiran bangkai kapal laut berhampiran pantai Manakala diet utama gerut-gerut adalah krustasea dan ikan yang lebih kecil.
Genus & Species
Pomadasys aheneus McKay & J. E. Randall, 1995 (Yellowback grunt)
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...