Terdapat dua cara untuk pancingan ikan rohu iaitu teknik apungan dan dasar. Pelampung biasanya digunakan apabila memancing di kawasan lombong ternakan itik dan teknik dasar lebih sesuai dipakai di kawasan lombong tinggal.

 

Ketahui Teknik Terbaik Memancing Rohu!!

 

Pancingan berpelampung biasanya untuk menjerat rohu bersaiz kecil dan sederhana berskala 2kg ke bawah. Caranya dengan meletakkan pelampung setengah meter dari umpan bom dan dilontar ke kawasan tengah lombong ataupun di kawasan sekitar tempat belaan itik. Tunggu saja pelampung tenggelam dan strike.

 

Pastikan drag dikendurkan sedikit untuk mengelakkan henjutan akhir yang kadangkala boleh memusnahkan impian anda.

 

Kebanyakan pemancing lebih gemar menggunakan teknik pancingan dasar daripada apungan, mungkin kurang thrill agaknya. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, rohu gemar bermain di geomorfologi lombong yang mempunyai kedalaman antara 1-5 meter.

 

IKLAN

Ketahui Teknik Terbaik Memancing Rohu!!

 

Jika lombong tersebut dalam melebihi 5meter, pelampung lebih sesuai digunakan kerana rohu biasanya akan bermain di kawasan permukaan, mungkin kerana bekalan oksigen tidak cukup banyak untuk spesies ini mencari makanan di kawasan yang dalam.

 

Tip yang paling penting untuk memikat rohu ialah merasuah dedak ayam di kawasan ikan itu bermain. Sebanyak 2-4 kg dedak ayam diperlukan. Campurkan dedak tersebut dengan, kemudian dikepal dan dilontarkan ke kawasan pancingan.

 

Cari kawasan berteluk yang terdapat teratai atau kiambang. Atau pun cari kawasan yang mempunyai kawasan lantai panjangnya kira 2 meter dari tebing sebelum drop off kerana ikan ini gemar bermain di antara tebing dan drop off.

IKLAN

 

Ketahui Teknik Terbaik Memancing Rohu!!

 

Setelah dirasuah, guna dua set pancing dan lontarkan di kawasan rasuah. Tunggu sehingga buih-buih kecil timbul di permukaan menandakan rohu sudah mula menyedut dedak tadi.

 

Rohu memakan umpan dengan getuan kecil sebelum menelan terus umpan yang disaji. Oleh itu, jika ada getuan, jangan sentap dahulu. Sabar dan tunggu sehingga ikan ini melarikan umpan kerana ikan ini akan menelan umpan setelah menggetu beberapa kali.

 

IKLAN

Cuma, kita perlu bersedia dengan henjutan pertama rohu apabila ia merasakan mata kail di dalam mulutnya dengan lariannya ibarat torpedo dan sukar dijangka. Sentap dengan perlahan dan pastikan sistem regangan diselaraskan dengan betul agar tidak rabut.

 

Pancing hendaklah sentiasa diangkat tinggi dan jangan kendurkan tali semasa bertarung. Ikan ini akan bertarung habis-habisan sehingga ke tebing. Mainkannya sehingga ikan letih dan gunakan tangguk atau lip grip untuk menaikkan ikan.

 

Ketahui Teknik Terbaik Memancing Rohu!!

 

Jika ikan tersebut melebihi 5kg sedangkan set pancing agak kecil, cuba kawal sistem regangan sebaiknya agar tali tidak putus. Ikan ini biasanya akan melarikan umpan ke kawasan reba atau berstruktur, teknik tekanan perlu digunakan.

 

Tahan ikan itu dengan sistem regangan yang ketat sedikit untuk mengajak ikan itu lari ke kawasan tengah air kemudian setkan regangan ke aras biasa biarkan ianya lari ke tengah lombong.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI