Lapisan ini adalah terdiri dari sel-sel Malphigi dan menutupi semua bahagian luar ikan termasuk sirip dan ekor.

Lapisan ini adalah hidup dan boleh bertambah melalui proses pembahagian mitosis. Ketebalan lapisan ini bergantung kepada spesies, umur, tempat dan juga peringkat kematangan.

Biasanya ia lebih tebal bagi spesies ikan yang tiada atau kurang sisik (contoh keli dan belut) dan juga pada bahagian sirip. Pada lapisan ini juga terdapat sel deria.

 

Lapisan ini adalah terdiri daripada dua bahagian iaitu stratum spongiosum di luar dan stratum compactum dan lapisan ini dibekalkan dengan salur darah dan gentian saraf.

Di dalam stratum spongiosum dipenuhi dengan serabut kolagen dan retikulin, sel pigmen (kromatofor), sel mas (mast cell), sel pangkal sisik dan juga sel sisik.

IKLAN

Stratum compactum merupakan satu struktur yang menguatkan kulit. Dengan adanya kromatofor di dalam lapisan ini ikan berupaya bertukar warna untuk menyesuaikan diri di dalam air semasa pembiakan, sakit atau berlindung daripada musuh.

Selain daripada itu dermis memainkan peranan utama di dalam pembentukan sisik.

 

Info Spesies: Anatomi Ikan – Kulit Ikan!!

IKLAN

 

Lapisan hipodermis adalah terdiri daripada tisu adipos yang kurang padat dan lebih bervaskular jika dibandingkan dengan lapisan dermis.

Sisik ikan dihasilkan oleh sel-sel pada bahagian ini. Walaupun sisik ini keras tetapi ia boleh dilentur. Terdapat dua jenis sisik ikan teleosts, sisik stenoid dan sikloid.

IKLAN

Sisik sikloid adalah berbentuk seperti cakera sementara sisik stenoid mempunyai struktur menyerupai gigi sikat di pinggir permukaan posterior.

Contoh untuk ikan air tawar yang mempunyai sisik stenoid ialah ikan patung, betok dan lain-lain. Contoh ikan yang mempunyai sisik sikloid ialah ikan kelisa, ikan haruan dan lain.

 

Otot-otot pada badan ikan digunakan untuk pergerakan sirip. Ia meliputi kawasan dari tulang kepala hingga ke pangkal ekor ikan dan disusun dalam dua barisan di kedua-dua belah bahagian ikan.

Dua barisan otot ini (dorsal dan ventral) dipisahkan oleh tisu penyambung (conjunctive) mendatar. Bahagian rahang dan penutup insang juga mempunyai kumpulan ototnya sendiri.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI