Di Malaysia, ikan tengas ini juga dikenali sebagai ikan kejor. Taksonomi ikan ini masih kurang jelas kerana terdapat beberapa kekeliruan dan pertindihan nama spesiesnya.
Ikan-ikan dari genus ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi.
Secara amnya, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan haiwan-haiwan kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar.
Namun begitu di Malaysia, Ikan tengas dari spesies (Neolissochilus soroides) lebih mudah ditemui di kawasan hulu sungai air tawar yang jernih, berbatu dan terletak dikawasan jeram yang tinggi di Semenanjung Malaysia.
Ads
Ia pernah dilaporkan mudah ditemui di hulu-hulu sungai di Hulu Perak, Pulau Pinang, Langkawi dan Kedah. Ikan tengas spesies ini kelihatan agak mirip dengan Ikan Kelah (Tor tambroides), satu lagi spesies ikan air tawar yang amat terkenal di Malaysia.
Namun kedua-dua ikan ini dapat dibezakan dengan struktur cuping median yang terletak di bibir bawah ikan yang ada pada ikan kelah namun tiada pada ikan tengas, ini membuatkan seakan-akan ikan tengas kelihatan tiada atau sedikit bibir bawahnya.
Ads
Harga ikan tengas adalah agak mahal kerana, menangkapnya sukar utuk dilakukan kerana secara semulajadinya ia hanya boleh didapati melalui kaedah pengkapan secara tradisional menggunakan jala atau joran di hulu sungai yang berair jernih, sejuk, berbatu dan berjeram yang nun jauh ke dalam hutan.
Tidak ramai pengusaha yang menternak ikan tengas secara serius untuk penjualan di pasaran terbuka. Ikan tengas juga lebih sedap dimasak pekasam. Di Malaysia antara sungai yang menjadi habitat bagi ikan tengas ialah di daerah Batu Kurau seperti Sungai Lata Sempeneh, Sungai Lata Air Hitam, Sungai Lata Telaga Tujuh dan Sungai Lata Puteh.
Ads
Sekurang-kurangnya terdapat 2 spesies ikan tengas yang utama iaitu Neolissochilus soroides & Neolissochilus hendersoni. Hendersoni saiz ikan dewasanya lebih kecil dari spesies soroides.
Ikan tengas spesies Neolissochilus hexagonolepis sebenarnya sukar ditemui di Malaysia. Ikan daun (Poropuntius smedleyi) juga mirp dengan ikan tengah tetapi berlainan genus dari Neolissochilus sp.
Tengas batu
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan patin memiliki bentuk tubuh memanjang, berwarna putih perak dengan atas badan berwarna hitam kebiruan. Ikan patin tidak memiliki sisik, kepala ikan patin relatif kecil dengan mulut terletak di hujung kepala agak ke bawah. Hal ini merupakan ciri utama keluarga catfish.
Panjang tubuhnya dapat mencapai 120cm. Sudut mulutnya terdapat dua pasang kumis pendek (barbel) yang berguna sebagai deria pengesan.
Sirip dorsal memiliki duri keras yang berubah menjadi patil yang besar serta bergerigi di tepiannya, sedangkan duri-duri lembut pada sirip dorsal terdapat 6 – 7 unit.
Pada permukaan belakang badannya ada sirip dorsal kedua (adipose fin) yang ukurannya sangat kecil dan sirip kaudalnya membentuk cagak dengan bentuk simetris.
Sirip analnya agak panjang dan mempunyai 30 – 33 duri-duri lembut lunak, sirip pelviknya terdapat 6 duri-duri lembut.
Sedangkan sirip pektoral terdapat satu duri keras yang berubah menjadi senjata yang dikenal sebagai patil (sengat) dan memiliki 12-13 duri lembut.
Habitat ikan patin ialah di tepi sungai–sungai besar dan di muara-muara sungai dan tasik. Jika dilihat dari bentuk mulut ikan patin yang letaknya sedikit agak ke bawah, maka ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar perairan.
Ikan patin begitu terkenal dan digemari oleh masyarakat kerana daging yang enak dikonsumsi. Patin dikenali sebagai haiwan yang bersifat nokturnal, iaitu melakukan aktiviti atau aktif pada malam hari. Ikan ini suka bersembunyi di liang-liang tepi sungai.
Larva ikan patin di alam semulajadi biasanya bergerombolan dan sesekali muncul di permukaan air untuk menghirup oksigen dari udara pada menjelang awal pagi.
Untuk ternakan ikan patin, medium atau lingkungan yang diperlukan tidaklah rumit, kerana patin termasuk golongan ikan yang mampu bertahan pada lingkungan perairan yang berkualiti rendah.
Walaupun patin dikenal ikan yang mampu hidup pada lingkungan perairan yang rendah kualiti, namun ikan ini lebih menyukai perairan dengan kondisi perairan bersih.
Ikan spesies demersal adalah ikan yang habitatnya (makan dan hidup) di dasar laut. Ia berlawan dengan sifat ikan pelagik. Terdapat pelbagai spesies ikan demersal namun dalam sukan memancing jigging perlahan yang berkonsepkan pancingan ikan dasar, terdapat beberapa spesies demersal yang menjadi sasaran utama atau target species para pengamal teknik pancingan yang berkiblatkan negara Jepun ini.
JENAHAK
Nama saintifik: Lutjanus Johnil
Nama Inggeris: Golden Snaper, John’s Snapper
Nama Tempatan: Jenahak, jenak, ungah
Nama Hokkien: Ang Zho
Ikan yang tergolong dalam keluarga Lutjanidae ini merupakan spesies yang paling popular dalam 60 genus lutjanus yang memakai nama jenahak. Ikan jenahak boleh hidup sihat dan berenang bebas di kawasan laut beriklim tropika dan sub-tropika.
Ia mampu membesar sehingga satu meter panjang dan seberat 13 kilogram. Ia mudah dikenali dengan tompok hitam bulat di bahagian belakang badannya. Dalam disiplin jigging perlahan, ia merupakan ‘ikan sisik’ yang berada di ranking paling atas dalam spesies buruan utama.
Bahkan dalam sesuatu trip jigging perlahan, trip berkenaan boleh dianggap gagal atau kumpau jika gagal mendaratkan jenahak.
KERAPU
Nama saintifik: Epinephelus malabaricus
Nama Inggeris: Malabar Grouper
Nama tempatan: Kerapu, boron, tong gas
Nama Hokkien: Koay Gau
Kerapu atau boron ini mampu survival dalam pelbagai habitat. Ia mampu hidup di kawasan terumbu karang, terumbu berbatu, muara, kawasan paya bakau serta lautan hingga kedalaman 150 meter. Boron atau turut digelar ‘tong gas’ merupakan hidupan laut yang lasak. Dengan kepala coklat dan badan panjang.
Badannya dilitupi bintik hitam kecoklatan yang meningkat jumlahnya seiring usia. Ia mampu membesar sehingga 120 cm dan 150 kilogram berat. Dalam disiplin jigging perlahan, ia menjadi spesies buruan utama dari aspek saiz dan daya juangnya yang padu. Walaupun daya juangnya cuma seketika namun aksinya selepas membaham jig itulah yang dirindukan.
KAKAP MERAH
Nama saintifik: Lutjanus argentimaculatus
Nama Inggeris: Mangrove jack
Nama tempatan: Kakap merah, siakap merah, tambong
Nama Hokkien: Ciak Zho
Ikan kakap atau lebih popular dengan panggilan MJ di kalangan pemancing lazimnya hidup di kawasan muara sebagai tempat perlindungan dan mencari makanan. Apabila matang ia akan berhijrah ke laut lepas. Justeru ia menimbulkan kekeliruan kepada sesetengah pemancing untuk membezakan kakap merah yang didapati di muara dengan kakap merah di laut dalam.
Dalam disiplin jigging perlahan, kakap merah dianggap rare species berikutan peluang untuk mendaratkannya amat tipis walaupun berpuluh kali trip memancing diadakan. Hingga dikatakan hanya jigger tahap masta saja yang bejaya mendaratkannya.
KACI
Nama saintifik: Diagramma pictum
Nama Inggeris: Grunts (sweetlips)
Nama tempatan: Kaci, mandi abu
Nama hokkien: Ka Chee
Ciri-ciri untuk mengenali kaci atau mandi abu ini memiliki 9-10 duri pada sirip dorsal, 20-24 tompok sinar lembut. Kaci juvana atau sub dewasa memiliki tompok atau jalur. Ia mampu membesar sehingga 100 cm namun saiz biasa yang ditemui sekitar 45 cm.
Dalam dunia memancing khususnya pancingan kolam air masin, kaci ini lebih merujuk kepada panggilan kakap merah. Sementara dalam disiplin jigging perlahan, spesies ini hampir tidak tersenarai dalam buruan utama berikutan ia pernah dianggap tidak membaham jig kecuali jig yang ‘berumpan’.
Namun tentangan yang diberikan kaci sehingga ke permukaan membuatkan ia kini menjadi spesies yang ingin diburu.
MERAH
Nama Saintifik: Lutjanus erythropterus
Nama Inggeris: Crimson Snapper
Nama tempatan: Merah, merah pucat
Nama Hokkien: Ang Sai, Ang Koi
Spesies yang mudah dikenali berikutan keseluruhan badannya termasuklah sirip berwarna merah atau merah jambu. Profil dorsalnya berkepala curam dan bermulut kecil. Ia mampu membesar sehingga 60 cm namun pada kebiasaannya yang didaratkan dalam lingkungan saiz 45 sahaja.
Ia merupakan spesies buruan utama dalam dunia pancingan dasar. Namun dalam disiplin jigging perlahan, spesies ini masih menjadi satu persoalan yang tidak terjawab sama ada ia benar-benar membaham jig. Atau dalam erti kata lain, bukannya jig hybrid atau jig yang diletakkan umpan.
KERAPU SUNOH BARA
Nama saintifik: Plectropomus leopardus
Nama Inggeris: Common coral trout, leopard coral grouper
Nama tempatan: Sunoh, kerapu bara, kerapu bintang
Nama Hokkien: Ang Gau
Kerapu ini dapat dikenali menerusi badannya yang dilimpahi titik biru kecil. Bulatan cincin biru yang tersendiri di sekeliling mata. Dan sirip pektoral yang polos tanpa warna. Ia mampu membesar sehingga 120 cm panjang namun saiz yang lazim didapati sekitar 35cm sahaja.
Dalam disiplin jigging perlahan ia merupakan spesies tangkapan impian berikutan kesukaran untuk mendapatkannya, khususnya di perairan Selat Melaka yang merupakan padang pancing utama jigging perlahan.
Selaku ikan dalam keluarga flathead, ikan baji memiliki kepala yang leper mendatar. Mulut di bahagian bawah panjang sedikit dari rahang atas dan terdapat sekelompok gigi tajam yang meruncing ke dalam. Bentuk gigi sebegini bertujuan untuk mengelakkan mangsa terlepas apabila dicengkam.
Matanya kecil terletak di bahagian atas kepala yang lebar dari badannya sendiri. Bentuk badannya menirus ke belakang dan agak lebar saiznya. Berwarna coklat dan berbelang hitam di badan dan boleh menyamai warna lumpur yang menjadi habitatnya. Selain itu ia juga untuk tujuan penyamaran ketika menanamkan sebahagian badan pada lumpur dasar. Ekornya berjalur hitam putih dan separuh bulat. Bahagian bawah perut keseluruhannya cerah.
Pada asasnya ikan baji tidak menggigit atau memiliki sirip berduri yang berbisa. Tetapi perlu awas pada dua baji (duri tajam) di kiri dan kanan berdekatan bahagian kepala. Elakkan memegang bahagian kepala ikan ini dengan tangan kerana duri yang terselindung di bahagian kepala ini boleh melukakan tangan anda dengan mudah dan setajam pisau. Gunakan playar atau alatan yang sesuai untuk mengeluarkan mata kail dari mulutnya.
Ikan baji boleh menjangkau panjang sehingga 1 meter tetapi spesimen sebegini jarang ditemui di pengairan negara kita. Setakat ini tiada kajian dilakukan untuk memastikan secara saintifik kenapa ikan baji yang terdapat di negara kita jauh lebih kecil berbanding di Australia. Spesimen yang biasa diperolehi di perairan tempatan sekitar 20 cm hingga 30 cm sahaja.
Taburan ikan baji agak meluas dari India hingga Australia, terutama Queensland dan Selatan Jepun hingga di perairan negara kita. Ikan berkepala leper mendatar ini mudah ditemui di kawasan perairan cetek yang mempunyai dasar berlumpur dan berselut.
Kadang kala ia turut mendiami kawasan pantai berpasir tetapi spesies yang suka membenamkan diri ini lebih tertumpu di kawasan pasir halus serta lembut.
Paling banyak ia dipancing ialah di sekitar kawasan berlumpur di pesisran pantai Barat semenanjung terutama berdekatan dengan Jambatan Pulau Indah, Sekitar pelabuhan Kelang dan persisiran pantai Segari, Perak.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...