IKLAN

 

Bagi kaki casting, penggunaan motor kipas elektrik adalah cara terbaik untuk mereka menghampiri seberapa dekat yang boleh spot ikan sasaran tanpa membuatkan ikan culas, bahkan tidak lagi memenatkan, berbanding penggunaan dayung.

Malah hari ini juga, telah ada teknologi motor kipas elektrik yang lebih baik baik dan berkuasa hingga mampu menggantikan enjin sangkut untuk bergerak lebih jauh.

 

Kebiasaannya, motor kipas elektrik digunakan oleh bot-bot kecil untuk sesi memancing di lombong, sungai atau tasik.

IKLAN

Bagi sungai yang berarus deras, penggunaan motor kipas elektrik ini adalah tidak sesuai. Semakin banyak aliran tenaga yang digunakan dari bateri, semakin cepatlah kuasa motor kipas elektrik menurun berbanding penggunaannya di kawasan padang pancing yang tenang.

 

motor kipas elektrik didatangkan dengan pelbagai kuasa yang dibahagikan mengikut kiraan berat dia antara 30lb hingga 55lb. Perbezaan berat ini adalah bagi menandakan kekuatan yang mampu dijana oleh sesebuah motor kipas elektrik.

IKLAN

Semakin tinggi paun motor kipas elektrik tersebut semakin laju knot yang mampu dicipta oleh kelajuan bot menyusuri air.

 

Penggunaan bateri selalunya perkara yang paling rumit untuk difikirkan apabila motor kipas elektrik ini. Bagi bateri basah ia perlu dicas dan mengambil masa yang agak lama untuk penuh.

Bayangkan setiap kali ingin turun memancing, persediaan awal untuk mengecas bateri perlu dilakukan supaya tidak berkayuh semasa kehabisan bateri. Jalan terbaik adalah dengan menggunakan bateri marin yang mampu mengecas semula apabila digunakan.

Namun harganya mungkin dua kali ganda mahal berbanding bateri basah atau kering bagi model biasa.

 

Penting atau tidak, memiliki motor kipas elektrik adalah satu kelebihan bagi sesiapa yang memiliki bot. Kehadiran pemancing yang lebih senyap dan kawalan bot lebih mudah membolehkan pemancing memasuki pelosok anak sungai dan memperolehi hasil yang lebih baik.