Tak kira apa saja jenis umpun-umpun, ia perlu disimpan di dalam bekas dan di tempat yang lembap dan jauh dari cahaya terus matahari.
Sekiranya anda membelinya terlebih awal, sebaiknya simpan ia di kawasan sejuk dan tidak terkena cahaya matahari.
Panduan 2
Lebih elok jika umpun-umpun dapat disimpan bersama tanah atau selut yang merupakan habitat asalnya.
Tanah dan selutnya ini perlu dipastikan agar sentiasa lembab dan basahkan dengan air apabila ia mengering.
Panduan 3
Sekiranya umpun-umpun disimpan di dalam air masin, pastikan air tersebut ditukar ganti bagi tempoh tertentu. Air yang terlalu lama akan berasid dan menyebabkan umpun-umpun cepat mati.
Panduan 4
Sekiranya memancing di atas bot, bekas simpanan umpun-umpun sebaiknya lebar dan dapat membekalkan oksigen yang secukupnya.
Airnya juga perlu ditukar baru selepas beberapa jam (anggaran 3 hingga 4 jam).
Panduan 5
Jika menggunakan umpun-umpun sarang, pastikan ia tidak dikeluarkan dari sarang sehinggalah hendak digunakan.
Pastikan juga sarangnya dilembabkan dengan air laut dan disimpan di kawasan teduh.
Panduan 6
Adalah penting untuk anda mengenali bahagian kepala dan ekor umpun-umpun sebab bahagian ekor perlu digunakan dahulu.
Potong bahagian ekor terlebih dulu kerana bahagian kepala mampu bertahan lebih dari 3 hari jika kekal lembap.
Panduan 7
Rajimkan diri untuk melihat keadaan umpun-umpun di dalam bekas simpanan. Tengok kalau-kalau ada yang sudah mati.
Segera asingkan umpun-umpun yang sudah mati dengan umpun-umpun yang masih hidup.
Panduan 8
Jika ada kertas surat khabar, gunakan ia sebagai alas pelindungan tambahan. Lembabkan kertas surat khabar dengan air laut dan untuk kekalkan kesegaran umpun-umpun, tukar surat khabar yang baru selepas tempoh tertentu.
Panduan 9
Sekarang ini sudah ada pengeluar umpun-umpun segar yang telah dikeringkan. Jika tiada alternative untuk dapatkan umpun-umpun segar, bolehlah bawa umpun-umpun kering ini ke mana saja destinasi pancingan anda.
Gewang sesudu atau lebih popular di kalangan pemancing sebagai spoon, merupakan umpan tiruan yang cukup banyak digunakan dalam teknik pancingan mengilat. Spoon merupakan peralatan terminal yang wajib ada di dalam tackle box pemancing jika ingin memburu ikan pemangsa air tawar atau pun air masin.
Sebagaimana gewang lain, spoon ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Kita tengok dulu apa kelebihan gewang sesudu dulu.
Pertamanya, gewang sesudu ini murah harganya dan boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual peralatan memancing. Harganya semurah RM2.10 hinggalah yang mahal melebihi RM50 atau lebih, bergantung kepada kemampuan anda.
Kerana harganya yang berpatutan, jika sangkut dan putus tidak terasa ralat sangat. Ia juga selalu digunakan sebagai gewang penduga kawasan baru untuk memantau keadaan struktur di dalam air. Tak kurang juga kejadian strike berlaku dalam proses mencuba ini.
Bentuk sesudu menyerupai ikan perimpin atau anak-anak ikan lain yang menghuni perairan lombong menyebabkan ia realitik pada pandangan ikan. Kilatan pada sesudu juga sangat menyerupai kilatan yang terdapat pada sisik ikan-ikan kecil.
Fluttering atau gelekan sesudu menghasilkan sinaran berkilat lebih-lebih lagi apabila dipanah cahaya matahari yang terik. Sinaran kilatan ini secara tidak langsung akan menarik perhatian ikan untuk melihat atau mengejar sesudu.
Malah kilatan ini menyerupai ikan-ikan kecil yang sedang sakit atau panik ketakutan, ini lebih cepat menarik perhatian pemangsa walau sebagaimana degil sekalipun.
Perimeter permainan sesudu adalah pelbagai. Ia boleh dimainkan di permukaan air, kolum pertengah dan heretan dasar. Dalam erti kata lain, seketul sesudu dapat memainkan tugas 3 jenis gewang lain.
Sesudu biasanya berat dan ia mudah dilemparkan jika anda menggnakan baitcaster. Ia adalah gewang mesra pemancing. Khususnya pemancing yang baru berjinak-jinak dengan teknik mengilat menggunakan baitcasting reel.
Jangan segan untuk bertanya kepada tekong tentang peralatan pancing yang sesuai untuk digunakan. Ia lebih baik kelihatan seperti tak tahu apa-apa daripada berlagak pandai. Dari jenis kekili, joran, kekuatan tali, jenis perambut, mata kail dan batu ladung, sebaiknya tanyalah pada tekong kerana tekong sudah pastinya lebih arif.
Jangan kedekut umpan
Sotong kurita dan udang lipan merupakan umpan yang paling efektif di perairan ini khususnya untuk memancing ikan merah, jenahak dan kerapu. Namun harga bagi seekor umpan terutamanya sotong kurita semakin hari semakin melambung harganya. Tetapi, jika anda terlalu berkira-kira untuk membeli dan `sayang’ untuk menggunakannya, usahlah bermimpi untuk pulang dengan hasil penuh di dalam tong.
Putus dan rabut
Mana-mana tekong pasti akan meradang apabila kejadian rabut dan putus berlaku berulang kali terutamanya di lubuk ikan merah. Atas sebab itulah anda sangat-sangat digalakkan mendapatkan nasihat tekong terlebih dahulu terutamanya pemilihan perambut dan jenis ikatan yang bersesuaian. Jika putus juga itu cerita lain. Sekurang-kurangnya tekong tiada modal untuk menyalahkan anda lagi.
Tinjau pergerakan kapal
Jangan menunggu sehingga kapal membunyikan hon amaran sebagai tanda untuk beredar dari laluannya. Anda pula jangan bergantung kepada tekong sahaja untuk memantau kedudukan kapal yang lalu lalang di kawasan anda berhanyut. Ada kalanya tekong terlepas pandang juga. Bila mendapati ada kapal yang bergerak ke arah bot, cepat-cepatlah beritahu tekong walaupun ikan sedang galak membaham umpan di lubuk berkenaan.
Jangan semua tidur!
Ada ketikanya tekong akan terlelap juga ketika berhanyut terutamanya jika menotol pada waktu malam. Kalau lihat tekong tertidur ataupun sememangnya tidur untuk seketika, jangan pula ikut sama tidur. Lagi parah kalau kesemua ahli trip ikut sama tidur. Dan ia akan menjadi tragedi lebih parah jika kapten kapal dagang yang sedap bergerak laju ke arah anda juga tertidur.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...