Ikatan double San Diego jam knot merupakan ikatan san diego jam knot yang dipertingkatkan.
Yang pasti, sekiranya anda sudah biasa dengan san diego jam knot maka ia sama sekali tidak mendatangkan kesukaran untuk melakukannya.
Langkah 1
Ads
Lipat dua hujung tali perambut dalam anggaran sejengkal. Kemudian masukkan pangkal lipatan ke dalam cincin mata swivel atau mata kail.
Langkah 2
Ads
Mulakan lilitan pada tali perambut (tali yang dikembarkan dua kali) sekurang-kurangnya lima lililtan. Kemudian masukkan hujung lipatan tali ke dalam ruang antara tali masuk dan keluar dari swivel.
Langkah 3
Ads
Kemudian bawa pangkal lipatan tali itu dan masukkan ke dalam gelung pertama yang terhasil dari lilitan yang dihasilkan.
Langkah 4
Tarik perlahan-lahan gelung pangkal lipatan tali serta tali utama agar jerutan ikatan terbentuk. Kemudian tarik sehingga betul-betul ketat pada cincin swivel. Kemudian barulah potong lebihan tali.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Profil: Specialist custom paint / reel service & repair.
UMPAN: Sejak bila anda terlibat dengan kerja-kerja seni ini?
ALUNAZAR: Kisah perjalanan custom paint untuk gewang ni bermula pada akhir tahun 2013. Permulaan yang agak caca-merba pada awalnya.
Suatu hari ada seorang kawan nak tutup perniagaan cuci kereta sebab dapat tender untuk cafe sebuah IPT. Dia tawarkan sebiji compressor untuk dijual. Saya beli.
Esoknya saya ke kedai hardware untuk beli alat bengkel motor. Masa tu saya terpandang satu set airbrush dan tanpa fikir panjang terus saya beli.
Bila balik ke rumah, saya cuba untuk guna alat airbrush tu. Bermula dengan sebiji reel yang sudah teruk kondisi luarannya dan beberapa gewang sendiri yang telah tertanggal
warnanya, maka timbul idea untuk saya cuba menggunakan airbrush set yang saya beli itu.
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?
ALUNAZAR: Asalnya atas dasar untuk penjimatan kos saya sendiri sebenarnya. Sebagai seorang pemancing yang meminati casting, gewang-gewang yang digunakan telah banyak tercalar, lusuh dan tertanggal warnanya.
Begitu juga dengan reel. Jadi dengan adanya sedikit kemahiran untuk membaik pulih sendiri. Kemudian cuba memberanikan diri menghasilkan warna yang menarik pada gewang yang mana ianya mendatangkan satu kepuasan dalam diri.
Rakan-rakan juga banyak membantu dan memberi semangat. Mereka tak lokek untuk menghantar gewang dan reel mereka untuk diubahsuai warnanya.
Dari situ ia boleh menjana pendapatan sampingan.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
ALUNAZAR: Setiap usaha pasti ada rintangannya. Pada awalnya saya mmg buta bab airbrush ni.
Saya cuba beranikan diri buat eksperimentasi pada reel dan gewang milik sendiri. Panduan utama saya adalah Youtube dan latihan secara praktikal berterusan.
Dari situ saya banyak belajar skill airbrush. Saya juga banyak buat RnD untuk mendapatkan hasil terbaik.
Kerja ini memerlukan fokus yang tinggi dan amat memerlukan kesabaran. Sebiji gewang yang akan diairbrush perlu dibuat sekali jalan sahaja.
Andai ada kesilapan yang berlaku semasa proses dijalankan, ia akan dimulakan semula seperti awal proses. Begitu juga dengan reel.
Harapan saya… ingin mengembangkan usaha ini keperingkat yang lebih jauh dan cuba mencari perintis dalam bidang ni.
Bagi saya setiap kali pelanggan menghantar gewang dan reel untuk diairbrush, dalam hati ini terdetik biarlah pelanggan itu teruja dan tersenyum bila melihat hasil karya yang terhasil pada gewang dan reel tersebut.
Sesungguhnya maklum balas yang positif dari pelanggan adalah motivasi bagi diri sendiri.
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?
ALUNAZAR: Bercerita tentang kelebihan khidmat cat semula gewang dan reel ni salah satunya ialah diibaratkan seperti proses kitar semula.
Gewang-gewang yang teruk warnanya boleh dibaik pulih dan boleh dipakai semula. Begitu juga dengan reel… reel yang sudah teruk luarannya boleh dicustom paint mengikut design yang diminati pemilik reel itu sendiri.
Jiwa seorang pemancing ni penuh dengan keterujaan dan passion. Bukan sahaja ketika strike, bahkan dalam pemilihan warna gewang pun begitu juga.
Jadi inisiatif ini menjadi salah satu alternatif untuk mereka kekal tersenyum dan teruja apabila melihat gewang mereka siap dicat semula dengan warna baru.
UMPAN: Cerita sedikit pecapaian membanggakan dalam memancing yang pernah diperoleh?
ALUNAZA: Pencapaian yang boleh dibanggakan setakat ini saya pernah memenangi Rapala South East Asia custom paint contest.
Saya juga pernah menyertai Kenyir Snakehead battle yang dianjurkan oleh MHMH tackle setiap tahun. Berada di bawah naungan Lokoh crew di kenyir snakehead battle,
Alhamdulillah setiap tahun ada hasil yang terbaik bagi kategori berkumpulan. Selain itu saya juga pernah menyertai Terengganu Tenggiri Challange.
Tujuan saya menyertai acara sebegini adalah untuk mendedahkan diri dengan rakan-rakan sehobi, berkongsi pendapat dan beramah mesra dengan rakan-rakan yang belum pernah bertentang mata.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Saya ada sedikit soalan. Bolehkah kita melakukan floating pada waktu malam? Contohnya menggunakan ikan hidup seperti selar dan kembung? Sama juga, bolehkah kita jigging waktu malam? Apakah teknik yang sesuai selain dari floating dan jigging sekiranya pancingan malam?
JAWAPAN:
Memancing sewaktu malam adalah satu kaedah yang amat saya gemari sekali dan selalunya saya memancing dengan 4 kaedah iaitu:-
Pertama, memancing dengan menggunakan pelampung iaitu dengan penggunaan belon, styrofoam atau pelampung komersial.
Memancing cara ini di laut dengan menggunakan ikan atau sotong selalunya kita akan dapat ikan seperti ikan aruan tasik, alu-alu, tenggiri, gerepoh dan banyak lagi terutamanya sekira nya kita melepaskan umpan anda lebih kurang 3 – 5 meter di luar kawasan cahaya lampu bot anda.
Kedua, saya juga memancing secara tradisi yang dipanggil gek-gek (bahasa loghat Kedah) di mana sebiji batu ladung kecil bersaiz no 2 atau 3 dipasang lebih kurang 3 – 4 meter dari umpan sekor ikan atau sotong.
Tali utama kemudian dilepaskan lebih kurang 30 – 40 meter ke dasar laut. Cara ini adalah untuk memancing di kawasan pertengahan air untuk mencari ikan gerepoh, tenggiri, ebek dan pelbagai lagi ikan ‘sukan’ berada di pertengahan air.
Ketiga, saya juga suka jig pada waktu malam di mana saya selalu menggunakan jig jenis lut sinar atau luminous. Cara pergerakan mengarau perlulah pantas atau separa pantas.
Keempat, satu lagi cara memancing adalah memancing dasar dengan menggunakan tanduk di mana ladung di biarkan mencecah dasar laut dan diangkat lebih kurang 1 ke 2 kaki dari dasar.
Sekiranya memancing ikan jenahak saya selalunya membiarkan batu ladung mencecah dasar terus. Tali perambut pula lebih kurang 1-2 meter panjang.
Boleh tak admin buat info spesies ikan belin? Setakat ni saya belum pernah dapat lagi belin tapi ramai orang cakap kalau dapat belin jawabnya akan kumpau seharian. Pada saya itu yang spesial pasal ikan belin.
JAWAPAN:
Secara ringkas, ikan sesirat dan di sesetengah tempat dipanggil belin atau nama umumnya longfin snake-eel merupakan spesies ikan dari keluarga belut yang boleh ditemui di perairan ekstuari.
Dalam dunia memancing, sesirat merupakan antara tangkapan yang tidak dikehendaki oleh sesiapa pun. Ia dianggap sebagai ikan pengacau umpan sebagaimana ikan buntal, mengkerong dan sebagainya lagi. Malah, jika dibandingkan dengan buntal, ramai yang memilih biarlah buntal yang tersangkut pada mata kail dan bukannya sesirat.
Walaupun buntal mampu memutuskan perambut atau tali utama, perasaan benci terhadap sesirat jauh mengatasi segalanya. Kebencian ini berpunca daripada sifat sesirat yang mempunyai sejenis lendir berbau serta toksik yang menjadi alat pertahanan diri untuk ikan tersebut.
Apabila ia tersangkut pada mata kail ia akan bertindak bagi melepaskan diri dengan cara membelit dan bergumpal pada dan lendir akan dikeluarkan membuat perambut berbelit serta hanyir. Walau pun tiada bukti saintifik menyatakan perambut dan mata kail yang terkena lendir sesirat akan menyebabkan ikan akan datang dekat kepada perambut tersebut, adalah disarankan ganti sahaja perambut dan mata kail yang baru. Ia ibarat petua memancing yang diperturunkan oleh pemancing-pemancing terdahulu.
Jika difikir secara logiknya pula, ada sumber mengatakan lazimnya lubuk yang dihuni oleh sesirat ini tidak akan dihuni oleh ikan-ikan bergred tinggi. Kalau ada pun cuma belukang atau duri. Dikatakan juga kehadiran sesirat itu boleh menyebabkan ikan-ikan lain lari sesuatu lubuk, begitulah jugalah dengan kesan lendirnya pada perambut yang berkemungkinan besar akan menyebabkan ikan-ikan lain tidak akan mendekatinya.
Dari sudut lain yang ramai tidak tahu, sesirat ini juga merupakan salah satu umpan mujarab untuk memancing ikan pari. Lazimnya, ikan pari yang didaratkan menggunakan umpan sesirat, semuanya bersaiz besar. Untuk menggunakan sesirat sebagai umpan, ia perlulah dibiarkan kering seketika bagi menghilangkan lendirnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...