Lipat dua tali sulam (sama panjang) kemudian masukkan bahagian hujung yang berlipat ke dalam cincin swivel.
Langkah Dua
Kembangkan (bulatkan) bahagian hujung yang berlipat setelah memasuki cincin swivel menjadi lingkaran dan ambil tali sulam yang belum memasuki cincin swivel ke dalam lingkaran.
Langkah Tiga
Tarik kedua-dua bahagian tali sulam sehingga satu jerutan terhasil pada cincin swivel.
Ads
Langkah Empat
Buatkan dua simpulan biasa dengan kedua-dua bahagian hujung tali sulam.
Langkah Lima
Kemudian jerutkan dengan kuat supaya menjadi ikatan mati pada cincin swivel.
Langkah Enam
Seterusnya buatkan satu ikatan dropper loop.
Ads
Langkah Tujuh
Buatkan tanda (lipat atau patahkan tali sulam) yang sama panjang untuk mengikat mata kail.
Langkah Lapan
Letakkan mata kail pada bahagian bertanda dan mulakan ikatan yang anda biasa gunakan.
Ads
Langkah Sembilan
Mata kail yang telah siap diikat.
Langkah Sepuluh
Ulangi proses yang sama pada tali sulam satu.
Langkah Sebelas
Perambut V 2 mata kail yang sama panjang telah pun siap.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Boleh tak admin ceritakan apa fungsi sonar yang digunakan untuk memancing?
JAWAPAN:
Perkataan sonar berasal daripada perkataan ‘SOund, NAvigation, Ranging’ (bunyi, panduan dan jarak). Jadi alat yang menggunakan bateri ini akan memaparkan apa sahaja yang ada di bawah bot termasuk ikan dan struktur muka bumi di bawah sana. Komponennya terdiri dari pemancar (transmiter), transduser, alat penerima dan skrin paparan.
Apabila ia di pasang, signal elektrik voltan rendah dari transmiter akan ditukar kepada gelombang bunyi oleh tranduser dan dipancarkan ke dalam air. Gelombang bunyi akan terpantul balik ke permukaan apabila mengenai objek dalam air. Sekali lagi gelombang bunyi ini akan ditukar kepada signal elektrik oleh alat penerima seterusnya dihantar kepada skrin paparan sama ada dalam bentuk hitam putih atau warna (lebih mahal harganya).
Sonar akan sentiasa menghantar dan menerima isyarat berulang kali dalam setiap saat. Ini kemudian akan memberi gambaran secara terus menerus pada skrin selagi pancaran bunyi dan signal elektrik tidak terganggu. Apa saja yang menghalang gelombang bunyi di dalam air akan dipaparkan pada skrin termasuk kedalaman air semasa.
Objek yang menghalang gelombang bunyi di pertengahan air sering diertikan sebagai ikan atau mungkin sampah dan sebagainya. Sonar berprestasi tinggi, merangkumi empat elemen penting iaitu pemancar berkuasa tinggi, transduser yang cekap, alat penerima sensitif dan skrin paparan beresolusi tinggi.
Di pasaran ketika ini terdapat pelbagai model dan terpulang kepada bajet anda. Bermula dari ratusan ringgit hingga mencecah ribuan ringgit. Ada yang berjenama, tidak kurang juga yang jenama ’cap ayam’. Pendek kata lagi mahal harganya, lebih tepat dan jelas kualiti paparannya serta terdapat fungsi lain yang disertakannya.
Dengan menggunakan sonar, pemancing boleh mengekplorasi lebih banyak lubuk. Tidak perlu lagi menunggu ikan datang untuk memakan umpan yang disuakan, sebaliknya anda terus menjejaki di mana ’rumah’ atau ikan yang banyak berkumpul. Bagi nelayan laut dalam, sonar, adalah alat terpenting bagi untuk mereka mencari rezeki.
Ramai yang bertanya rahsia perambut drifting (berhanyut) yang saya amalkn di muara sungai Kong-Kong Pura. Baiklah sudah sampai masanya saya share dengan rakan-rakan… bukan sebab saya menyorok atau lokek nak berahsia.
Tapi lebih kepada membuat kajian dari teknik perambut pancingan berhanyut atau melobang yang diguna pakai di Pulau Aur serta rasa gusar takut teknik yang saya amalkan ini tak akan menjadi kepada pemancing lain.
Perambut ini juga sesuai untuk pancingan botom di muara dan di perairan laut yang cetek… tapi kurang sesuai untuk pancingan laut dalam berarus laju yang lebih kepada penggunaan tanduk atau straw.
Teknik berhanyut ni juga banyak risikonya… batu ladong akan sentiasa berada di dasar. Tapi agak menyeronokkan kerana mata kita akan sentiasa tertumpu pada hujung joran… sehingga ladong kita tersangkut pun feel macam ikan merentap umpan kita.
Banyak modal yang perlu dikeluarkan… mata kail, batu ladong, tali perambut fluorocarbon dan masa membuat perambut setelah putus tersangkut karang yang tinggi.
Tenaga kita pula dapat diselamatkan kerana tiada penggunaan sauh sebab kekadang bila kita labuh untuk pancingan bottom banyak tempat kena beralih dan rakan-rakan pun terasa bengang asyik-asyik dia je yang kena mengangkat sauh. Akan tetapi bila berhanyut kos minyak bot pula kena dilebihkan sikit sebab bot kena selalu beralih dari satu lokasi ke lokasi lain.
Apa yg diperlukan ialah kesabaran yang tinggi bila drifting asyik tersangkut je… dan doa serta tawakal kepada hasil yang Allah SWT tentukan. Rezeki kita adalah rahsia Allah Yang Maha Mengetahui.
Apa yang diperlukan untuk pancingan berhanyut adalah:
PERALATAN
Joran
Carilah yang sesuai dan lembut (PE 0.6-1.5 atau PE 1-3)
Reel
Apa pun jenama saiz 3000- 4000
Mainline (tali utama)
10- 20lb tali sulam
Shock Leader
Sangat perlu dalam 2 depa flourocarbon 20lb
Perambut
Mata kail – apa pun jenama tak kisah tapi saya syorkan Maruto Chinu saiz no 6
Cili atau swivel jenis T. Kalau tak ada swivel T bolehlah buat stail letak manik diselangi dengan swivel atau cili.
Tali perambut – 20lb sedepa untuk perambut anak diikat dengan 2 mata kail untuk menyangkut seekor udang hidup (1 mata sangkut di ekor dan 1 mata sangkut kepala udang yang berkulit keras)
Tali perambut untuk ladung – 30lb sejengkal lebih sikit je dari ukuran batu ladung ke T atau manik swivel.
Saya berminat untuk melakukan casting dengan umpan ikan pelaling (kembung) dan sasarannya ikan tenggiri.
Persoalannya ialah bagaimana hendak memasang mata kail dan berapakah panjang perambut dawai yang diperlukan?
JAWAPAN:
Tidak dinafikan apabila hendak memancing spesies pemangsa bergigi tajam seperti tenggiri, penggunaan perambut dawai adalah kemestian bagi menjamin tenggiri tersebut berjaya ditewaskan.
Bagi mengikat mata kail pada perambut dawai anda boleh rujuk di Portal UMPAN dalam segmen DIY.
Sementara untuk menentukan berapa jumlah mata kail yang perlu diikat pada perambut dawai pula bergantung kepada saiz umpan yang ingin digunakan.
Sekiranya umpan kecil, satu mata kail sahaja sudah memadai. Namun saiz kebanyakan ikan umpan pelaling, sebaiknya guna 2 hingga 3 mata kail.
Sekiranya anda ingin melakukan teknik casting umpan ikan kembung maka sebaiknya gunalah perambut dawai tiga mata kail.
Apa yang penting ialah pastikanj jarak ketiga-tiga mata kail tidak boleh lebih panjang daripada umpan.
Panjang perambut dawai untuk casting tenggiri sebaiknya tidak terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek.
Perambut yang terlalu panjang akan menyulitkan untuk melakukan casting dan akan merencatkan aksi renangan umpan.
Sementara perambut yang terlalu pendek pula terdedah kepada risiko sambaran terkena pada tali utama dan putus.
Jadi, saya menyarankan maksimum perambut dawai tidak lebih dari sekaki panjang diikat bersama tiga bentuk mata kail saiz 3/0.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...