SOALAN:

Boleh tak admin ceritakan apa fungsi sonar yang digunakan untuk memancing?

 

JAWAPAN:

Perkataan sonar berasal daripada perkataan ‘SOund, NAvigation, Ranging’ (bunyi, panduan dan jarak). Jadi alat yang menggunakan bateri ini akan memaparkan apa sahaja yang ada di bawah bot termasuk ikan dan struktur muka bumi di bawah sana. Komponennya terdiri dari pemancar (transmiter), transduser, alat penerima dan skrin paparan.

 

IKLAN

Apabila ia di pasang, signal elektrik voltan rendah dari transmiter akan ditukar kepada gelombang bunyi oleh tranduser dan dipancarkan ke dalam air. Gelombang bunyi akan terpantul balik ke permukaan apabila mengenai objek dalam air. Sekali lagi gelombang bunyi ini akan ditukar kepada signal elektrik oleh alat penerima seterusnya dihantar kepada skrin paparan sama ada dalam bentuk hitam putih atau warna (lebih mahal harganya).

 

Sonar akan sentiasa menghantar dan menerima isyarat berulang kali dalam setiap saat. Ini kemudian akan memberi gambaran secara terus menerus pada skrin selagi pancaran bunyi dan signal elektrik tidak terganggu. Apa saja yang menghalang gelombang bunyi di dalam air akan dipaparkan pada skrin termasuk kedalaman air semasa.

IKLAN

 

Objek yang menghalang gelombang bunyi di pertengahan air sering diertikan sebagai ikan atau mungkin sampah dan sebagainya. Sonar berprestasi tinggi, merangkumi empat elemen penting iaitu pemancar berkuasa tinggi, transduser yang cekap, alat penerima sensitif dan skrin paparan beresolusi tinggi.

 

IKLAN

Korang Tanya UMPAN Jawab (S3S3) – Fungsi Sonar?

 

Di pasaran ketika ini terdapat pelbagai model dan terpulang kepada bajet anda. Bermula dari ratusan ringgit hingga mencecah ribuan ringgit. Ada yang berjenama, tidak kurang juga yang jenama ’cap ayam’. Pendek kata lagi mahal harganya, lebih tepat dan jelas kualiti paparannya serta terdapat fungsi lain yang disertakannya.

 

Dengan menggunakan sonar, pemancing boleh mengekplorasi lebih banyak lubuk. Tidak perlu lagi menunggu ikan datang untuk memakan umpan yang disuakan, sebaliknya anda terus menjejaki di mana ’rumah’ atau ikan yang banyak berkumpul. Bagi nelayan laut dalam, sonar, adalah alat terpenting bagi untuk mereka mencari rezeki.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI