Mungkin ramai yang tidak mengenali empunya nama Clay Dyer ini. Namun bagi pemancing profesional, Clay Dyer merupakan antara watak penting dalam lapangan sukan memancing profesional.

Antara sumbangannya yang paling bernilai ialah memberikan inspirasi kepada jutaan pemancing di luar sana.

 

Profil Clay Dyer

Tarikh Lahir : 23 Mei 1978

Tempat Lahir: Hamilton, Alabama, Amerika Syarikat

Kerjaya : Pemancing bass profesional, Jurulatih sukan

Kejayaan : 25 kejuaraan utama memancing, penyertaan lebih 100 kali

 

Ikon: Kenali Living Legend Clay Dyer

 

Clay Dyer boleh dikatakan figura yang memberikan inspirasi kepada jutaan orang terutama peminat hobi memancing.

Tiada istilah gagal dalam kamus hidupnya dalam mengejar impian dan dia membuktikan setiap orang mampu mengatasi sebarang halangan untuk mencapai impian.

 

IKLAN

Dilahirkan pada 23 Mei 1978, Clay mengenal dunia dalam keadaan serba kekurangan. Clay dilahirkan tanpa anggota badan bahagian bawah, tanpa tangan kiri dan hanya sebahagian lengan kanan.

Begitu pun, batasan ini tidak sedikit pun dapat mencalarkan keazaman yang tinggi, sikap serta semangat positif Clay.

 

Ikon: Kenali Living Legend Clay Dyer

 

Impian di lapangan pancing

 

Sejak kecil, Clay menunjukkan minat yang tinggi dalam sukan memancing dan aktiviti rekreasi luar. Dia mula mengenal dunia memancing seawal usia 5 tahun.

Dengan semangat kental dan sikap yang positif, Clay tidak mengambil masa yang lama untuk membuktikan bahawa dia merupakan pencabar dalam pertandingan memancing.

 

IKLAN

Clay tidak pernah menjadikan kekurangan fizikalnya sebagai alasan dan halangan kepadanya.

Menginjak usia 15 tahun, dia mula menyertai pertandingan memancing terutama pancingan ikan bass.

Pada tahun 1995, Clay menjadi pemancing profesional dan berjaya memenangi 4 kali kejuaraan utama dalam pancingan bass iaitu FLW Tour.

 

Ikon: Kenali Living Legend Clay Dyer

 

 

IF I CAN, YOU CAN!

 

IKLAN

Clay menjadikan ungkapan “If I can, you can” sebagai motto hidupnya dalam lapangan pancing. Motto ini telah memberikan inspirasi kepada jutaan peminatnya.

Kisahnya sering kali meninggalkan kesan positif yang mendalam kepada ramai orang. Kisah Clay mengajar kita untuk melihat dan fokus kepada apa yang kita ada dan bukannya fokus kepada apa yang kita tiada.

 

Selain itu, Clay juga banyak meluangkan masanya bagi berkongsi pengalamannya melalui persembahan secara motivasi termasuk bagi tujuan kebajikan.

Clay juga sering merupakan antara watak yang menyokong pemancing yang kelainan upaya selain merupakan jurulatih sukarela kepada atlet di Hamilton High School.

 

Ikon: Kenali Living Legend Clay Dyer

 

Banyak artikel berkaitan Clay telah diterbitkan termasuk daripada USA Today, Newsweek, Bassmaster, FLW Outdoor Magazine dan lain-lain.

Selain artikel berkaitan dirinya, Clay juga pernah menjadi jemputan dalam siri televisyen seperti ESPN, Outdoor Channel, Fox Sport dan banyak lagi.

Sekarang Clay aktif dalam pertandingan Bassmaster Open Series dan beberapa acara kebajikan.

 

Ikon: Kenali Living Legend Clay Dyer

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI