Dunia pancing bukanlah berkaitan memancing ikan sahaja. Hari ini skop memancing itu sendiri lebih luas apabila disuntik dengan elemen kreativiti dan seni pada senjata masing-masing.

 

Terma custom, buatan tangan atau handmade serta crafter sudah menjadi sebahagian daripada istilah yang dekat dengan dunia pancing hari ini.

 

Ikon: Hassan Craft – rod handle kayu

 

Bagi Hassan Bin Haji Mohamed, dia turut mempunyai cara tersendiri dalam menginterpretasikan definisi seni dan kreativitinya iaitu dalam pembuatan handle rod daripada kayu.

 

Hassan yang mula terjebak dalam dunia pancing sejak tahun 1994/1995 bukan sahaja mempunyai kebolehan membuat handle rod buatan tangan malah turut menawarkan perkhidmatan servis kekili.

 

Ikon: Hassan Craft – rod handle kayu

baca juga Pengusaha rod custom

Motivasi sebagai crafter

Menurut Hassan, motivasi awalnya untuk mula mempelajari bagaimana untuk membuat handle rod daripada kayu ini ialah kerana dia mahukan keselesaan pegangan rod dan kekili sewaktu mengilat.

Lantas timbul idea untuk membuat handle rod sendiri dengan menggunakan kayu.

 

“Saya tertarik untuk membuat handle rod menggunakan kayu kerana urat dan corak pada kayu mempunyai keunikan yang tersendiri,” jelas Hassan lagi.

IKLAN

 

Ikon: Hassan Craft – rod handle kayu

 

Hassan sempat mengimbau cerita handle pertama buatannya yang diperbuat daripada lebihan kayu pallet yang tidak lagi digunakan.

Bermula dari situ, dia mula mempelbagaikan jenis kayu dan hari ini dia mula menggunakan kayu kedondong, serian, kundang dan sesetengah kayu yang dimahukan sendiri oleh pelanggannya.

 

Ujarnya lagi, setiap kayu yang dijadikan handle rod memiliki keunikan tersendiri bersandarkan pada urat kayu dan coraknya.

Ini turut menambahkan lagi nilainya kerana setiap handle yang dibuat hanya satu seumpamanya di dunia.

 

Ikon: Hassan Craft – rod handle kayu

 

Hingga ke hari ini, permintaan untuk handle rod buatan tangan Hassan amat menggalakkan.

IKLAN

Setiap bulan, pasti ada sahaja tempahan yang diterima daripada kaki pancing. Malah apa yang menggembirakannya terdapat juga tempahan yang diterima daripada pemancing di Indonesia yang membuat tempahan handle rod daripada Hassan.

 

Ia sedikit sebanyak memberikan lebih kepuasan kepada Hassan ialah apabila melihat pemancing dari luar negara juga amat mengagumi hasil kerja tangannya.

Harapan Bercakap tentang harapan, Hassan mengharapkan ada individu yang boleh menyambung legasi pembuatan handle rod daripada kayu ini.

 

Ikon: Hassan Craft – rod handle kayu

 

Biarpun generasi sekarang terutama golongan muda kurang berminat dalam pembuatan handle rod kayu ini, dia masih mengharapkan ada yang boleh meneruskan keunikan kerja tangan ini.

 

Hassan juga sering mengingatkan kepada individu yang ingin bergiat dan mempelajari ilmu wood crafter atau rod crafter ini agar menumpukan kepada idea sendiri.

 

IKLAN

“Cuba fokus pada idea sendiri dan terjemahkannya ketika anda menghasilkan rod atau handle, itu yang lebih memberikan kepuasan,” tambah Hassan lagi.

 

Ikon: Hassan Craft – rod handle kayu

baca insiden joran patah

Kepuasan dalam hasil kerja tangan tidak akan tercapai selagi anda terlalu fokus pada spesifikasi dan tetapan tertentu dan perkara ini boleh menjadi dinding penghalang kepada kreativiti yang lebih luas.

 

Cara ukiran dan hasil tangan seseorang itu akan lebih terserlah keunikannya jika dibuat dengan kreativiti sendiri dan keghairahan untuk membuatnya.

 

Profil ringkas

Nama : Hassan Bin Haji Mohamed

Asal : Perak

Umur : 50 tahun

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI