Ambil tali perambut yang korang suka berkekuatan 20-50lb bergantung kepada saiz ikan yang korang target.
Buat dalam 1 depa hingga 3 depa bergantung pada kedalaman kolam tu macam mana. Lepas tu bahagi sama panjang dan buat satu simpulan dropper loop.
Ads
Kalau tak tau nak buat dropper loop, korang boleh buat carian dalam website umpan ni ada tutorial siap video lagi.
Batu ladung
Ikat la batu ladung ikut saiz dan bentuk yang korang berkenan. Batu ladung memainkan peranan dalam menanam (menggantung) umpan korang dan juga jarak balingan umpan. Batu ladung yang terlalu ringan akan menyebab umpan korang timbul.
Ads
Perambut mata kail
Hujung perambut gantung satu lagi korang ikat la mata kail. Terlebih dahulu saya suka buat sambungan perambut dengan tali sulam dengan teknik ikatan improved Albright. Tali sulam berkekuatan 50 lb yang disulamkan sikit lebihan talinya.
Ads
Umpan
Bancuh la roti dadu dengan umpan pilihan korang. Sebelum cucuk roti dadu pada mata kail, korang cucuk dulu marshmellow melepasi mata kail. Tujuan marshmellow ini untuk mengapungkan lagi umpan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan kecil atau ikan yang tidak diperlukan untuk hidangan juga boleh dijadikan umpan. Jangan fikir anak-anak ikan sebegini tiada nilai dan dicampak begitu saja.
Caranya buangkan sisik dan kemudiannya hiris badan ikan berkenaan untuk ambil isinya. Kemudian potong kecil mengikut saiz mata kail anda. Kemudian lontarkan sahaja ke lubuk. Bagi ikan predator seperti baung, sebarau atau lain-lain pasti akan tergoda juga untuk melahap umpan ini walaupun kecil.
Berbeza dengan pancingan air tawar yang majoriti boleh menggunakan apa sahaja jenis isi ikan (terbaik gunakan ikan terbul), di laut, umpan isi ikan yang paling sesuai digunakan adalah ikan belanak, tongkol, kembong.
Kerana ia cukup liat dan tidak mudah di getu ikan kecil berbanding isi udang pasar yang bukan sahaja cepat habis, tetapi juga mahal harganya. Caranya sama sahaja, buang sisik, hiris, potong dan cangkuk pada mata kail.
Kelebihan umpan isi ikan
Lebih tahan lama di dalam air kerana isi ikan biasanya liat dan tidak mudah dihabiskan oleh ikan-ikan pengacau umpan. Jimat dan tidak perlukan sebarang kos.
Cuma kena rajin cari atau pancing.
Boleh digunakan berulang kali pada tangkapan berikutnya.
Kelemahan umpan isi ikan
Agak lambat mendapat strike, terutama jika dilontarkan bukan di kawasan lubuk atau air yang mengalir deras, kerana ia tidak berbau kuat.
Saya bukanlah kaki kolam tapi bila ada masa saya turun la memancing ke kolam berbayar air tawar. Masalahnya, orang lain pancing asyik tarik ikan terutamanya rohu, tetapi saya asyik membangau. Padahal saya pun guna umpan dedak dan roti sama seperti mereka. Apakah saya sudah terkena badi kumpau?
JAWAPAN:
Berbanding pancingan sungai atau laut, pancingan di kolam berbayar sebenarnya paling mencabar. Malah memancing ikan air tawar terutamanya ikan patin dan spesies lain seperti tongsan atau rohu sememangnya sangat teknikal dan berseni.
Perkara asas nombor satu yang perlu dilakukan jika ingin memancing di kolam berbayar ialah bertanya. Jangan segan atau malu untuk bertanya sama ada kepada pemancing lain atau pemilik kolam sendiri. Tanyalah umpan apa yang harus digunakan.
Harus diingat, dedak atau roti hanyalah bersifat makanan ikan. Ia umpama nasi. Tentu saja kita tidak mahu makan nasi kosong saja. Tanpa lauk, nasi tidak bermakna apa-apa walaupun ia tetap akan mengenyangkan perut. Begitu juga dengan ikan, perlu ada bahan perisa ditambahkan pada umpan roti atau dedak bagi menarik deria bau ikan tersebut.
Lazimnya pemancing lain tidak akan mendedahkan seratus umpan (perisa) yang mereka gunakan. Ia bergantung kepada kebijaksanaan anda untuk memperoleh rahsianya. Namun pada kebiasaannya perisa pandan dan strawberi merupakan bahan asas yang banyak digunakan oleh pemancing bagi menyediakan umpan.
Selain umpan, teknik yang digunakan juga perlu diperhatikan. Lazimnya mana-mana pemancing kolam tidak akan berahsia soal teknik. Apatah lagi korang boleh lihat sendiri teknik yang digunakan. Jika pemancing lain mengamalkan teknik apung, maka kita gunalah teknik apung. Kalau teknik dasar lebih berkesan, maka kita gunalah teknik dasar. Selebihnya, bergantung kepada nasib dan rezeki.
Bagi penggemar pancingan air masin yang menggunakan umpan tiruan, pasti mempunyai gewang pilihan tersendiri sebagai senjata ampuh untuk menjinakkan ikan. Di sini, kami kongsikan senarai gewang air masin terbaik sepanjang zaman yang dikumpul dari seluruh dunia. Mana tahu anda berkenan!
Bomber 16A / Bomber Long A
Gewang ini merupakan sejenis gewang plastik berbentuk minnow yang sesuai digayakan sama ada dari jeti, daratan pantai atau dari bot. Panjang gewang ini sekitar 7 ½ inci dengan bibir plastik yang panjang, gewang ini merupakan jenis floating.
Mata kail dan split ring asal gewang ini dikatakan mempunyai kualiti rendah dan ramai pemancing menukarnya dengan yang lebih berkualiti, namun persembahan gewang ini mampu menggoda ikan bersaiz besar. Hari ini, gewang ini dijual dengan menggunakan nama Bomber Long A.
Bucktail
Tidak kira apa jenama atau stail, leadhead atau jighead berwarna dengan padanan rerambut atau bulu putih rusa merupakan antara umpan tiruan paling mencakup pernah diinovasikan. Dikenali dengan nama bucktail, balingkan dan biar tenggelam sebelum gayakan dengan gaya slow jig atau gaya yoyo.
Warna pilihan di laut selalunya warna putih atau kuning. Jika anda perlu menggunakan satu gewang sahaja ketika memancing, bucktail merupakan pilihan yang bijak.
Bunker Spoon
Sesudu trolling gergasi ini direka hasil inspirasi daripada lampu kereta LaSalle. Di bawah jenama Montauk Striper, sesudu trolling dihasilkan untuk pasaran komersial di bawah seliaan Joe Julian iaitu pemancing veteran.
Semua bunker spoon dihasilkan untuk kegunaan trolling menggunakan rod istimewa yang panjang dan tali yang boleh memanipulasi kedalaman. Walaupun kelihatan tidak berpotensi, anda tidak boleh menidakkan sejarah keupayaan sesudu ini menaikkan ikan bersaiz besar.
Cedar Plug
Gabungan timah dan kayu cedar ini mungkin merupakan antara hasil ciptaan gewang tiruan terbaik untuk menundukkan ikan tuna. Cedar plug mungkin kelihatan tidak menarik, namun keupayaannya menarik perhatian spesies tuna tidak dapat dinafikan.
Cedar plug boleh datang dengan pelbagai warna, namun ramai pemancing bersetuju warna asal kayu cedar tanpa warna lain merupakan yang terbaik.
Creek Chub – Pikie
Pada 1920, Creek Chub Bait Company telah memperkenalkan salah satu rekaan gewang terbaiknya iaitu Pikie. Asalnya gewang kayu dengan mata kaca serta bibir besi ini direka untuk air tawar, namun beberapa ketika selepas itu sekitar 30-an dan 40-an, semakin popular untuk kegunaan air masin lantas syarikat tersebut mengeluarkan rekaan yang lebih besar untuk kegunaan air masin.
Danny Plug
Asalnya, Danny plug dibuat dan dijual oleh Danny Pinchney pada awal 1960 dan gewang bibir besi ini mendapat sambutan hangat. Gewang ini dimainkan perlahan dan akan memperlihatkan renangan kiri kanan yang menggoda ikan. Hari ini gewang Danny plug dibuat oleh Gibbs Lures dengan rekaan asal di Kepulauan Rhode.
D.O.A Shrimp
Umpan ini dihasilkan pada tahun 1989 oleh Mark Nichols. Dibesarkan di Gulf Coast, beliau menghabiskan banyak masa di atas bot menangkap udang dan menghabiskan masa lapangnya dengan memancing.
Pengalamannya banyak membantu dalam menghasilkan D.O.A Shrimp ini. Gewang rekaan asalnya sepanjang 3 inci sangat popular sekitar tahun 1993. Dalam beberapa tahun gewang ini terjual dengan banyaknya dan sesuai digunakan di perairan di mana ikan menjadikan udang sebagai diet utama. Hari ini gewang D.O.A Shrimp datang dengan pilihan 4 warna.
Diamond Jig
Pada tahun 1929, John Schumke telah menghasilkan jig besi empat sisi yang dipanggil Bridgeport Diamond Jig. Diperbuat oleh syarikat penghasilan barangan perak, jig ini terhasil dengan prestasi tangkapan yang mengagumkan sebelum dijual kepada Bead Tackle Company.
Jig ini mampu menaikkan spesies seperti bass, cod, tuna mahu pun grouper. Boleh digayakan dengan cara casting atau pun jigging menegak.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...