SOALAN:

Saya nak tau bagaimana nak memancing ikan senangin secara biasa… bukan dengan cara casting dan jigging. Boleh tak admin beritahu dari segi teknik, panjang perambut, mata kail

kerana ikan ini mencari makan di pertengahan air dan apakah umpan terbaik memancing senangin.

 

baca juga tip casting senangin

 

IKLAN

JAWAPAN:

 

Admin agak jarang memancing spesies senangin ini secara khusus atau mengadakan trip memancing khusus menyasarkan ikan ini.

Walau pernah berjaya mendaratkan spesies ini melalui teknik pancingan biasa namun ia lebih kepada sasaran umum. Oleh yang demikian admin cuba jawab berdasarkan teori yang diketahui.

 

IKLAN

Ikan senangin selalunya aktif pada masa air pasang surut serta bila arus laju, umpan yang sesuai adalah udang hidup, anak belanak, isi ikan parang (cabuk) dan isi ikan kembong.

Bagi tali perambut pula saya selalu menggunakan tali perambut 50 lb dari jenis tali florucarbon sepanjang 2 meter di mana mata kail jenis circle hook saiz no 2 atau 3 (bergantung pada besar umpan).

 

Tali perambut disambung ke tali utama dengan kili dan dipasang batu pemberat saiz no 3 atau 6 (bergantung pada arus) secara larian (running sinker) pada tali utama.

IKLAN

Apabila ikan menarik, anda perlu karau tali dengan perlahan sebab sekiranya sentap dengan kuat, bimbang mata kail jenis circle hook akan terlucut dari mulut.

 

Apabila melawan ikan senangin, anda perlu berjaga jaga kerana ikan senangin suka meluru ke hadapan jadi terpaksalah karau dengan kuat apabila ini berlaku. Tali pula mesti tegang sepanjang masa.

 

Sudah terjawab kemusykilan anda? Tinggalkan komen dan share, terima kasih!

Jangan lupa like, follow & see first Facebook Majalah Umpan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI