Soalan:

 

Saya amat berminat memancing ikan pacu dan leekoh yang banyak terdapat di bekas lombong dan kolam ternakan terbiar.

Boleh tak admin bagi tip umpan yang sesuai untuk memancingnya?

 

Jawapan:

 

IKLAN

Ikan pacu adalah sejenis ikan omnivor iaitu memiliki sifat memakan hampir apa saja makanan yang dijumpainya.

Sama ada memancing di kolam terbiar, bekas lombong atau kolam pancing komersial, kebanyakan pemancing memilih teknik dasar berumpankan campuran dedak atau roti dadu berperisa.

 

Selain dedak dan roti, pacu juga jarang menolak umpan alami seperti cengkerik, cacing tanah mahu pun lipan.

Turut dalam senarai umpan yang biasa digunapakai oleh pemancing ialah organ dalaman ayam seperti perut ataupun hati ayam.

IKLAN

 

Sekiranya anda penggemar teknik casting pula bolehlah cuba memikatnya dengan penggunaan gewang keras atau lembut (soft plastic).

Gewang yang sesuai ialah jenis permukaan dan selaman sederhana bergantung kepada kedalaman padan pancing. Sebaiknya juga gewang bersaiz kecil kerana pacu ialah ikan yang bermulut kecil.

 

IKLAN

Seperkara lain, memancingkan pacu memiliki barisan gigi tajam, perambut kasar dan jenis sulam menjadi pilihan.

 

Sementara Ikan leekoh pula suka makan di dasar. Ikan ini suka selongkar dasar, kehadirannya boleh dikesan melalui buih-buih halus timbul di permukaan.

Ikan ini juga boleh menyebabkan persekitaran air menjadi keruh.Sekiranya anda biasa memancing ikan rohu, maka umpan yang biasa digunakan untuk rohu boleh digunakan untuk leekoh.

 

Pada kebiasaannya campuran dedak dan perisa tertentu digunakan untuk memancing leekoh.

Mata kail pula sebaiknya mata kail berangkai yang halus dan ringan (dicucuk roti atau pellet) kerana leekoh adalah ikan yang tabiat makannya secara menyedut.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI