Admin… untuk casting ikan air tawar macam sebarau dan peacock bass, mana lebih sesuai untuk dijadikan leader, leader yang lembut atau keras?
JAWAPAN:
Saya mengandaikan leader lembut yang dimaksudkan adalah monofilament shock leader dan leader keras ialah fluorocarbon.
Pada asasnya kedua-dua leader ini sesuai dan boleh digunakan. Tujuan leader digunakan adalah sebagai penyerap hentakan berikutan penggunaan tali sulam yang tiada memori.
IKLAN
Namun secara peribadi saya lebih selesa menggunakan monofilament shock leader untuk casting di air tawar. Untuk casting air masin pula saya memilih fluorocarbon.
Saya lebih selesa menggunakan monofilament leader atas beberapa sebab. Pertama, sifat elastik monofilament berbanding fluorocarbon yang agak kejung sedikit sebanyak ia tidak mengganggu aksi gewang terutamanya gewang-gewang kecil.
IKLAN
Kedua, sifat monofilament yang lebih elastik dan lembut juga membolehkan ia digunakan lebih panjang sehingga boleh dimuatkan ke dalam gelendung kekili.
Ia tidak seperti leader fluorocarbon yang akan menjejaskan kelancaran balingan apabila disambung terlalu panjang sehingga ke dalam gelendung.
Semakin panjang leader bermakna semakin jauh jarak halimunan gewang dengan tali utama.
IKLAN
Ketiga, monofilament leader lebih ringan berbanding fluorocarbon sekaligus menyebabkan ia lebih lambat tenggelam.
Perbezaan ini boleh dikenal pasti jika menggunakan gewang permukaan. Fluorocarbon yang berat dan mudah tenggelam akan menyebabkan gewang permukaan akan mendongak ke bawah sekaligus menjejaskan sedikit aksi renangannya.
Dan keempat, kebanyakan perairan air tawar tidak memiliki stuktur atau objek tajam sebagaimana di perairan air masin.
Oleh yang demikian ia tidak memerlukan leader yang keras dan tahan lasak menangkis geseran.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Selamat malam min…boleh terangkan sikit tak ultra light dengan light jig dan jigging ni apa beza?
Keadaan yang sesuai untuk teknik tu lain-lain ke? Terima kasih min… harap dapat membantu saya baru nak berjinak dengan light jigging.
JAWAPAN:
Untuk mengetahui apa perbezaan ultra light, light jig, jigging dan light jigging maka perlulah saya jelaskannya satu persatu.
Secara umumnya, ultra light lebih merujuk kepada setting peralatan memancing yang digunakan.
Sebagai contoh joran, kekili dan tali pancing yang digunakan ditetapkan tidak melebihi 6lb dari segi kuasa atau kekuatannya.
Skop pancingan ultra light ini tidak tertakluk kepada pancingan air tawar semata-mata. Ia juga boleh dipraktikkan di laut dalam dalam ia lebih pratikal di kawasan air tawar dan air masin yang cetek.
Light jig pula merujuk kepada perkakasan terminal berupa umpan tiruan atau gewang yang diperbuat daripada logam menyerupai bentuk dan aksi hidupan laut seperti ikan dan sotong.
Gewang yang dinamakan jig ini pula terdapat pelbagai bentuk saiz dan berat. Berat jig inilah yang menentukan kelasnya dari mikro hinggalah heavy.
Lazimnya jig yang dikelaskan sebagai light jig memiliki berat dari 30gm hingga 120gm.
Sementara jigging pula adalah terma memancing sebagaimana bottom fishing, fly fishing atau casting.
Ia dinamakan jigging berikutan teknik pancingan mengunjun kepingan besi atau metal jig. Jigging ini lebih praktikal dilakukan di perairan air masin melalui kaedah horizontal dan vertical jigging.
Ia kurang dilakukan di perairan tawar kecuali di tasik-tasik yang dalam.
Manakala light jigging yang anda ingin ceburi itu ialah teknik jigging menggunakan peralatan kelas ringan.
Ia merangkumi joran kelas ringan sehingga PE 1.5, tali pancing kurang dari 30lb dan jig tidak melebihi berat 120 gm.
Teknik karauan pula bergantung kepada spesies buruan. Jika menyasarkan ikan pelagik maka jig perlu dimainkan dengan laju dan digayakan dengan perlahan jika menyasarkan ikan demersal.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
UMPAN: Sejak bila memancing dan memiliki boathouse sendiri?
CF YUNUS: Pengalaman memancing di Tasik Kenyir bermula pada tahun 1996 semasa berumur 17 tahun dan mula bergiat aktif memancing dan jadikan hobi sejak 2004. Mula memiliki houseboat sendiri pada Januari 2020 dan mempunyai 3 orang krew.
UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?
CF YUNUS: Kerjaya sampingan ini kerana ia berkait rapat dengan hobi utama saya iaitu memancing dengan teknik mengilat (casting) disamping memang mempunyai ramai sahabat pancing di dalam Malaysia.
UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong/guide?
CF YUNUS: Pada pendapat saya, seorang tekong bukan hanya sebagai guide membawa pelancong ke lubuk memancing tetapi perlu mengetahui juga latar belakang sejarah tasik dan ilmu lain seperti pertolongan cemas dan perlu tahu bagaimana untuk hadapi situasi yang kita tidak ingini.
Selain itu, guide juga perlu tahu seluruh laluan masuk sungai yang terdapat di Tasik Kenyir dan perlu memberi pemahaman kepada pemancing atau pelancong tentang umpan yang sesuai dengan musim.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
CF YUNUS: Tidak wujud masalah besar setakat ni melainkan masalah kecil yang dapat diatasi dengan segera dan harapan saya untuk melihat industri houseboat dan bot laju ini terus relevan dalam memartabatkan industri pelancong & membantu ekonomi penduduk setempat.
Bidang bot ini telah banyak membawa masuk pelancong dari dalam dan luar negara ke Tasik Kenyir semenjak penghujung tahun 80-an lagi.
UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?
CF YUNUS: Pengalaman manis saya sewaktu trip memancing ialah ketika meraikan tetamu 2 orang guide dari Berau iaitu Pak Welie dan Pak Asyikin yang mana ketika itu kawan-kawan sy seperti Halimi Hanip, Akashah, Hj Azman Din dan Abng Zul dari Alucast turut serta dalam trip dua negara itu.
Dalam trip tu saya berjaya mendaratkan siakap kenyir walaupun hanya berskala 4 kg dan merasa sangat bersyukur kerana misi ketika itu memang ingin mendaratkan siakap. 3 ekor siakap, 3 toman berskala 4kg dan sebarau berjaya dinaikkan walaupun cuaca pada bulan Mac 2012 itu agak panas.
Pengalaman pahit pula ialah enjin speed boat saya rosak pada jam 6.00 petang di Air terjun Lata buaya ketika menjadi guide kepada seorang peserta AMCT 2017 namun saya berjaya pulang pada jam 8.50 malam selepas masalah enjin bot selesai namun terpaksa meredah hujan lebat & ribut seketika sepanjang perjalanan pulang ke houseboat.
UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?
CF YUNUS: Tasik Kenyir sangat subjektif untuk dibincangkan hasil tangkapan kerana ikan aktif pada musim monsun namun begitu sekiranya waktu musim panas tipsnya ialah mencari lubuk atau sungai yang mempunyai air terjun dan sumber air sungai mengalir aktif sepanjang tahun.
Ini adalah kerana sungai dan air terjun ini menjadi tempat tumpuan anak-anak ikan bermain dan memudahkan ikan-ikan pemangsa seperti toman, belida, sebarau mendapat sumber makanan. Struktur berkayu juga merupakan spot berpontensi untuk mendaratkan ikan-ikan pemangsa.
Pakej
Nama bot: CF Houseboat Kenyir (TKP 162)
Saiz: 83kaki x 28kaki
Kapasiti: Maksimum 30. 25-26 orang masih cukup selesa.
Harga sewa (pakej):
DAY TRIP – RM1900
2 Hari 1 Malam – RM2300
3 Hari 2 Malam – RM4300
Kemudahan:
9 bilik tidur
2 buah speedboat + enjin
Ruang Dapur & alatan memasak
1 freezer & 1 peti sejuk
3 tandas & bilik mandi
1 ruang tamu (karaoke & astro)
Ruang makan
Peralatan BBQ
Ruang memancing yang luas & selesa
2 Genset (operasi 24 jam)
Lokasi memancing: Sg Kian, Sg Mandak, Sg Siput, Sg Setuang, Sg Tembat, Air terjun Lasir, Lata Berua, Sg Kelebu, Taman Negara (Sg Cacing, Sg Cicir, Sg Perpek, Gua Bewah, Sg Chendana), Sg Belimbing, Sg Lawit, Sg Papan, Air terjun Lata Buaya, Sg Lepar, Sg Leban Kerbat & Sg Malar di Tasik Kenyir.
Jeti: Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kamera mahal sebenarnya bukanlah ukuran untuk menghasilkan imej yang cantik dan menepati cita rasa yang kita mahukan. Asal kena gaya, kamera kompak atau kamera handphone pun boleh pakai. Cuma ada sesetengah kaki pancing malas nak tangkap gambar atau terlupa bila habuan sampai ke tangan.
Gambar-gambar hasil tangkapan sebenarnya banyak membawa makna bagi seseorang sekiranya mereka dapat banyak ikan, berjaya dapat ikan kerapu berat 40 kg ke, atau mengambil gambar sewaktu buat teknik casting kat tepi sungai mahupun laut.
Aspek paling penting tanpa mengira kamera ialah teknik merakam gambar itu sendiri. Sama juga ketika memancing, walau joran mahal sekalipun tapi kalau tak tau teknik memancing, tak guna juga.
Jadi, ikuti beberapa teknik di bawah ini yang pastinya dapat membantu anda merakam memori terindah setelah penat mencari habuan.
PASTIKAN MATAHARI SENTIASA DI BELAKANG ANDA.
Ini akan memberi cahaya yang lebih cantik pada ikan atau subjek yang ingin ditangkap. Sekiranya menangkap gambar matahari kat depan, ia akan menyebabkan cahaya berlebihan akan masuk menyebabkan subjek jadi legap, imej flare akan terbentuk dan seperti imej silhouette.
KALAU BOLEH, CUBA JAUHKAN DARI MENGAMBIL GAMBAR DI KAWASAN TEDUH.
Ini juga akan menyebabkan kamera anda lebih fokus ke arah cahaya matahari berlebihan. Bukan itu sahaja, subjek akan jadi legap.
JANGAN CROP GAMBAR TERLALU DEKAT.
Maksudnya ialah, cuba ambil beberapa shot seperti gambar penuh, gambar separa dan gambar close-up. Jangan hanya fokus close-up sahaja, anda mungkin akan tertinggal angle menarik selain close-up.
AMBIL GAMBAR SAMA PARAS DENGAN ARAS MATA SUBJEK.
Maksudnya ialah jika pemancing memegang ikan dalam keadaan dia duduk, anda juga hendaklah mengambil gambar secara berlutut. Ia bukan sahaja memberi imej yang lebih cantik bahkan juga anda akan berasa lebih seimbang dan gambar tidak gegar. Anda boleh guna pelbagai angle tapi pastikan shot hadapan telah diambil terlebih dahulu.
PASTIKAN LATAR BELAKANG SUBJEK CANTIK ATAU BERSIH.
Bukan apa, kalau dapat ikan terbaik tapi latar belakang sampah sarap, tak cantik juga. Kepuasan merakam imej menggunakan gambar sama seperti kepuasan anda menyambar ikan setelah berjam lamanya menunggu. Biar ia sentiasa dibawa dan dipikul supaya anda tak terlepas memahat memori indah yang tidak berulang lagi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...