Entrepreneur – Jig Tarian Menggila Yusry

Share

 

Nama: Yusri Abd Hamid

Nama Sosmed: Yusry Abd Hamid

Nama produk: KlikxLab (crazy dance)

 

 

UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha gewang?

YUSRY: Ia bermula tahun pada bulan Ogos 2016… dan ia tercetus tanpa dirancang.

Sebelum itu saya langsung tidak terfikir untuk menjadi salah seorang pemain dalam industry memancing ini.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?

YUSRY: Ia satu usaha yang sangat berkait rapat dengan minat yang diceburi. Saya seorang pemancing yang gemar menggunakan umpan tiruan.

Dalam hal ini saya menggemari jigging. Dan saya merasakan ia lebih seronok sekiranya dapat menghasilkan jig tersendiri dan jig tersebut berjaya pula menjinakkan ikan.

Ianya usaha yang menyenangkan kita dan tiada tekanan.

 

 

UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?

YUSRY: Rintangan pada permulaan agak susah untuk dipasarkan. Setelah sedikit sebanyak belajar ilmu keusahawanan dan kuat dari sokongan family dan rakan-rakan, ia semakin dipermudahkan untuk bergerak ke hadapan.

Harapan… saya akan terus berusaha memenuhi permintaan segala jenis umpan tiruan untuk kehendak pemancing.

Berharap dapat memperkembangkan perniagaan dan menjadi usahawan sepenuh masa akan datang.

 

 

UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?

YUSRY: Kualiti dan ketahanan produk setanding produk ternama. Dan Kelebihan kita sebagai pemancing tempatan yang kerap kali menyertai ‘trip’ serta meneroka seluruh

perairan tanah air, dengan hasil pengalaman dan kajian bersama-sama para sahabat memancing dan juga daripada tekong-tekong tentang warna jig yang dihasilkan lebih menyerupai warna diet makanan ikan di sekitar perairan kita sebab itulah terlahirnya

petikan ‘Fishing & Friendship’. Semestinya harga yang ditawarkan sangat berpatutan jika dibandingkan dengan produk-produk ternama.

 

 

UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan dalam memancing yang pernah diperoleh?

YUSRY: Berjaya mendaratkan ruby snapper bersaiz lebih 20kg dengan kaedah jigging perlahan dan akan terus berusaha mencari rekod peribadi yang lebih besar untuk ikan bawah (bersisik) dengan kaedah jigging.

 

tengok juga Pengasas Jaring Ketam Drone

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

IKLAN