Bagi enjin sangkut bersaiz kecil ia diikat menggunakan 2 skru bagi memudahkan ia dipasang dan dibuka semula dan bagi enjin sangkut bersaiz besar ia di skru pada empat bahagian secara kekal namun boleh dibuka jika diperlukan untuk diselenggarakan.
Dua faktor yang menyebabkan bahagian ini rosak adalah kerana kayu di bahagian dalam telah dimamah usia. Walaupun ada bahagian yang disaluti penuh dengan fiber lama kelamaan ia menghakis dan merosakkan bahagian dalam.
Ads
Faktor kedua adalah perlanggaran enjin terhadap struktur yang keras yang boleh menyebabkan bahagian ini cepat pecah atau rosak. Lebih malang lagi, enjin boleh terkeluar dari kedudukannya jika dalam keadaan yang laju dan bot juga boleh terbalik.
Ads
Bagi mengatasi masalah ini, sila periksa setiap kali ingin memulakan perjalanan dan ketatkan enjin pada bahagian tapak pemegang dengan kemas dan berada di tengah-tengah bot.
Bagi bot yang sering dipisahkan enjin sebaiknya buat penanda kedudukan enjin agar memudahkan ia dipasang setiap kali turun memancing.
Ads
Jika papan pemegang enjin ditukar sebaiknya dicat menggunakan cat anti karat dan di salut dengan fiber dengan kemas supaya air tidak boleh meresapi kayu secara maksima.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Pemancing profesional, traveler, penulis dan pengacara siri dokumenteri River Monsters, Jeremy Wade (JW) pernah berkata bahawa kebanyakan sungai telah kehilangan sebahagian besar ikan monster dalam kurun waktu 50 hingga 100 tahun terakhir, terutamanya akibat tangkapan berlebihan atau overfishing. Lokasi terpencil juga sudah tidak lagi menjadi jaminan bahawa para monster masih menghuni sungainya.
Dalam kembara ke pelbagai penjuru dunia untuk memancing sehingga ke sungai-sungai terpencil, Jeremy menemukan beberapa sungai di dunia dengan ikan ukuran monster.
Sungai Kongo
Sungai pertama yang disebut oleh JW memiliki ikan monster ialah Sungai Kongo yang terletak di Republik Kongo. Sungai didiami ikan dari spesies goliath tigerfish yang mampu membesar sehingga mencapai berat 45 kg. Menurut JW, Goliath tigerfish memiliki gigi yang tajam seperti piranha, tapi mereka membesar dengan ukuran manusia. Ikan yang beliau pernah daratkan dan dirakam fotonya memiliki gigi yang panjangnya sama seperti great white shark.
Sungai Okavango
Hampir 100 jenis ikan, 150 amfibia dan reptilia hidup di sekitar delta Sungai Okavango di Botswana. Saiz ukurannya pun pelbagai khususnya ikan. Sungai ini juga menjadi kediaman ikan-ikan berstatus monster. “Di sini, spesimen tigerfish yang ditemui berukuran lebih dari 10lb atau 4.5 kg,” menurut kata JW.
Sungai Ebro
Aliran air yang sederhana panas dan kaya akan nutrisi membuatkan Sungai Ebro di timur laut Sepanyol ini memboleh ikan dari jenis catfish (keli) membesar dengan sihat. Dengan mudah ikan catfish membesar sehingga memiliki berat 90 kg.
Sungai Trinity
Terletak di Texas, Amerika Syarikat, Sungai Trinity juga dihuni ikan monster. Di sini, para pemancing boleh menangkap spesies yang popular seperti alligator gar. Alligator gar merupakan ikan monster air tawar terbesar dan hanya ada di Amerika Utara. Alligator gar mampu memiliki berat sehingga 90 kg.
Sungai Delger Muron
Taimen adalah salah satu ikan yang masuk dalam keluarga salmon. Mereka hidup di Mongolia, tepatnya Sungai Delger Muron. Taimen memiliki gigi yang tajam, biasanya digunakan untuk menyerang itik atau tikus yang sedang berenang. “Taimen, lenok trout dan grayling adalah jenis ikan yang biasa ditemukan di Sungai Delger Muron,” ujar JW.
Sungai Nil, Uganda
Kehidupan liar di barat laut Uganda ternyata juga menjadi habitat ikan monster, atau lebih tepat lagi di aliran Sungai Nil. Sungai yang juga dikenal dengan sebutan Victoria Nile ini dihuni oleh barramundi atau Nile perch berukuran sehingga 45 kg.
Sungai Teles Pires
Sungai Teles Pires yang terletak di Brazil ini memiliki pelbagai jenis ikan spesies catfish yang berukuran sangat besar, sepanjang saiz orang dewasa. Namun untuk menangkapnya, anda harus menyiapkan tenaga ekstra karena arus di sungai ini amat deras.
Sediakan bekas, masukkan minyak masak secukup rasa (bergantung kepada seberapa banyak umpan yang ingin dibuat).
Langkah 2
Masukkan pes perisa pandan sebanyak 6 penutup botol.
Langkah 3
Masukkan minyak serai senyak 6 penutup botol.
Langkah 4
Seterusnya masukkan esen tebu sebanyak 2 penutup dan esen pisang juga sebanyak 2 penutup botol.
Langkah 5
Bancuh campuran minyak, pes dan perisa ini hingga ia sebati.
Langkah 6
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga memperolehi adunan bersesuian dengan kemahuan anda.
Langkah 7
Adunan yang bagus ialah tidak terlalu keras dan tidak pula terlalu lembik. Sekadar membolehkan ia dikepal dengan baik pada mata kail dan tidak berderai ketika membuat lontaran.
Boleh tak admin ceritakan sikit apa kelebihan gewang rattling berbanding gewang yang lain?
JAWAPAN:
Gewang rattling atau rattlebaits merupakan gewang jenis tanpa bibir (lipless rattlebaits). Gewang jenis ini tidak terlalu fokus pada gaya renangan sebaliknya lebih kepada sistem getaran.
Gewang rattlin juga mempunyai prinsip yang sama seperti blade, sejenis gewang seakan sesudu namun diposisikan dan memberikan impak seperti gewang rattling.
Kelebihan gewang rattlin ialah getaran yang menghasilkan bunyi gemerincing yang mampu menarik perhatian ikan.
Malah gabungan goyangan yang menggoda dan bunyi gemerincing dalam frekuensi tinggi mampu menarik perhatian ikan berbanding gewang renangan biasa.
Gewang rattlebaits dianggap gewang yang versatil kerana selain faktor goyangan, getaran dan bunyi gemerincing, ia turut hadir dengan pilihan warna yang bukan saja menarik perhatian ikan malah mata pengilat untuk memilikinya.
Saya sendiri meminati gewang rattling ini kerana ia boleh menghasilkan balingan yang.
Apabila ingin mencari pemangsa yang bersembunyi jauh ke dalam lubuk, gewang rattling dari jenis tenggelam ini akan mudah disuakan di depan pemangsa.
Lantaran ia mampu beraksi dengan baik baik dalam variasi kelajuan maka peluang untuk merasai strike itu lebih cerah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...