Segmen DIY kali ini kami ingin menampilkan cara menghasilkan single assist hook yang terawal pernah dihasilkan. Cara menghasilkannya juga amat mudah tidak sebagaimana menghasilkan assist hook berkembar tetapi ketahanan dan kekuatannya sudah terbukti.
Step 1
Potong kevlar anggaran 6-8 inci (bergantung kepada saiz jig yang digunakan) dan lipat dua. Kemudian buat simpulan pada bahagian hujung kevlar pada teras mata kail.
Step 2
Ketatkan simpulan kemudian ikat bahagian U kevlar dengan tali yang lebih halus dan masukkan ke dalam lubang cincin. Tujuan tali halus ini adalah untuk memudahkan kevlar ditarik masuk ke dalam lubang cincin.
Ads
Step 3
Tarik hujung kevlar sehingga bahagian simpulan rapat pada gelang cincin mata kail. Potong bahagian lebihan kevlar dengan kemas.
Ads
Step 4
Potong shrink tube kira-kira 1 inci ke dan masukkan melalui kevlar.
Ads
Step 5
Bakar bahagian tengah shrink tube yang menghubungkan mata kail dan kevlar. Tujuan shrink tube ini adalah untuk melindungi bahagian simpulan.
Step 6
Ikat atau buat simpulan biasa solid ring pada bahagian hujung kevlar. Single assist hook ini sudah siap untuk digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Mohon penjelasan sikit tentang konsep sebenar tangkap dan lepas (CnR). Saya ada mendengar konsep tangkap dan lepas ni kena lepaskan ikan yang besar saja. Betul tak admin?
JAWAPAN:
Betul, betul dan memang betul apa yang anda dengar tersebut. Cuma mungkin anda tak dengar habis saja.
Jika dinamakan konsep tangkap dan lepas sepatutnya bukan ikan yang besar sajalah yang wajib dilepaskan, ikan yang kecil pun kena lepaskan jugak.
Katakanlah seorang pengamal konsep tangkap dan lepas dapat ikan kecil (biasanya memang dapat kecil pun) takkan ikan tersebut nak tapau sedangkan hukum tapau adalah ‘HARAM’ bagi seorang pengamal konsep tangkap dan lepas?
Yang sebenarnya dalam konsep tangkap dan lepas, melepaskan ikan yang besar atau matang merupakan langkah yang lebih berkesan berbanding melepaskan ikan kecil.
Ini kerana, secara saintifiknya, melepaskan induk matang akan meningkatkan peratusan untuk induk itu melahirkan ribuan malah jutaan anak ikan kecil, sedangkan ikan yang kecil belum tentu akan dapat membesar menjadi induk yang baik.
Tapi apa yang berlaku kat Malaysia ni kebanyakannya terbalik. Boleh dikatakan kebanyakan ikan yang kecil dilepaskan semula walaupun oleh bukan pengamal tangkap dan lepas.
Alasannya mudah, ikan kecil buat apa nak ambik. Atau untuk beri peluang ikan tersebut membesar dan akan bertarung lagi bila dah besar nanti.
Saya ada terbaca di Facebook seorang pemancing yang mengatakan ikan sebarau dan badong adalah ikan yang berbeza.
Sedangkan setahu saya sebarau dan badong adalah ikan yang sama cuma saiz yang berbeza. Boleh tak admin jelaskan perbezaan antara sebarau dan badong?
JAWAPAN:
Pada tahun 1823, saintis Kuhl dan Van Haselt telah merekodkan bahawa 6 spesies ikan di dalam genus Hampala, di dalam keluarga besar ikan kap (Cyprinadae).
Dari 6 spesies ikan itu, 3 daripadanya hanya ditemui di Asia Tenggara. Ketiga-tiga spesies ini ialah Hampala macrolepidota, Hampala bimaculata dan Hampala ampalong.
H. macrolepidota atau biasa disebut sebagai jungle barb atau sebarau boleh ditemui di perairan Thailand, Semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo. Namun bagi spesies H. bimaculata dan H. ampalong hanya boleh ditemui di kepulauan Borneo sahaja.
H. bimaculata merupakan spesies sebarau dua belang manakala H. ampalong adalah sebarau kecil yang mampu membesar panjang sehingga 155 ml sahaja spesies ini dikatakan hampir pupus.
Atau dalam erti kata lain hanya satu spesies sebarau (belang tunggal) sahaja yang boleh ditemui di Semenanjung Malaysia.
Dalam pengelasan saintifik ini hanya ikan sebarau yang disebut dan nama badong langsung tidak hadir.
Ini jelas menunjukkan badong hanyalah nama lain atau gelaran yang diberikan kepada sebarau atas sebab-sebab tertentu.
Jika ada pemancing yang berkata ikan sebarau dan badong adalah spesies yang berbeza maka bolehlah anda meminta beliau buat pengelasan saintifik bagi kedua-dua spesies ikan tersebut.
Sesetengah ikan seperti sembilang, toman, keli, malong, tenggiri, duri, tuka, pari, alu-alu mampu mendatangkan kecederaan sekiranya tidak dikendalikan dengan baik sewaktu berjaya memperolehnya. Sengat duri sembilang misalnya cukup berbisa jika terkena tangan dan perlu gunakan playar untuk memotong durinya. Gunakan juga gancu, sauk atau lip grip ketika mengendalikan ikan-ikan jenis berduri dan bersengat ini.
Risiko Kecederaan
Sentiasa berhati-hati ketika memancing di kawasan yang licin dan berbatu-batu. Gunakan kasut yang sesuai yang tapak kasutnya mampu memijak dengan baik. Sukar digambarkan sekiranya berlaku terseliuh atau lebih parah lagi patah ketika memancing di kawasan hutan pegunungan, tebing atau pinggir pantai berbatu. Elakkan memancing atau pergi di kawasan yang berbahaya dan pastikan kasut dan pakaian yang sesuai untuk mengelak kecederaan. Untuk kawasan memancing yang tiada liputan telefon, pemancing atau grup trip berkenaan perlu ada telefon satelit bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Mabuk Laut
Risiko yang kerap terjadi kepada kaki pancing yang tidak biasa atau tidak selalu turun memancing di laut. Kepada yang alah dan mabuk laut, tetapi mahu turun memancing di laut, persediaan perlulah dilakukan dengan baik. Telan pil tahan mabuk setengah atau sejam sebelum menaiki bot. Selain itu elakkan makan makanan yang berminyak dan berlemak sebelum menaiki bot. Rehat dan tidur yang cukup sebelum trip ke laut adalah tonik terbaik sebelum anda seronok memancing tanpa diganggu mabuk laut. Buat persiapan awal setup memancing.
Mangsa Kecurian
Barangan peribadi seperti telefon bimbit, kamera antara gajet yang majoritinya kaki pancing akan bawa setiap kali memancing. Kaki pancing perlu bersedia dengan beg kalis air untuk melindungi dua barangan ini dari terkena hujan atau jatuh ke dalam air. Elakkan meninggalkan kereta di kawasan yang terpencil dan dalam tempoh yang lama tanpa sebarang pengawasan. Kes tayar kereta hilang dicuri, kereta di pecah masuk atau hilang antara kes-kes yang pernah berlaku. Jangan jadikan anda mangsa keadaan.
Ancaman Kumpau
`Kumpau` atau `kumpau berdarah` adalah istilah terma yang masyhur dan sering diguna pakai dalam hobi ini bila tidak dapat ikan. Ia adalah risiko yang kaki pancing perlu sedar. Ingat, hobi memancing bukanlah satu bentuk pekerjaan, sebaliknya ia lebih kepada satu hobi yang mampu memberi keasyikan dan ketenangan diri pada ketika bertarung menaikkan ikan buat insan-insan yang terpilih.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...