Salah satu cara ikan untuk mengesan makanan adalah melalui deria bau. Sensor mengesan bau yang ada pada ikan bahkan lebih efektif berbanding deria penglihatan khususnya mengesan makanan di dalam air yang keruh atau kawasan yang kurang ditembusi cahaya.
Salah satu medium penyebaran bau yang bagus di dalam air minyak. Khususnya minyak yang telah diadun menjadi umpan untuk memikat ikan. Umpan 3D ini sesuai digunakan untuk menambah daya pikat pancingan air tawar dan air masin.
Langkah 1
Kelar sedikit umpan ikan yang akan digunakan.
Ads
Langkah 2
Picitkan minyak Umpan 3D ke bahagian yang dikelar.
Langkah 3
Ads
Untuk lebih berkesan, boleh dicurahkan pula serbuk Matsumoto cacing tanah. Kemudian perapkan seketika sebelum dijadikan umpan.
Untuk pancingan air masin.
Ads
Kopek kulit udang kemudian hiris atau kelar sedikit badan udang.
Picit minyak Umpan 3D pada badan umpan dan kemudian biarkan seketika minyak tersebut menyerap pada udang.
Cucukkan udang atau umpan tersebut pada mata kail.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Musim panas terik tidak membantutkan semangat kaki pancing untuk turun ke lubuk baru. Baik sungai, kolam mahupun laut, pasti ada sahaja kelibat mereka untuk menaikkan habuan terberat. Sabar adalah tonggak kekuatan walaupun senja semakin melabuhkan tirainya.
Pemandangan waktu senja sememangnya menarik ramai kaki pancing mengambil peluang untuk merakam gambar suasana waktu tersebut. Ada yang menggunakan teknik Silhoutte dan teknik Low Key Lighting dengan mengambil kira cahaya di belakang objek yang lebih natural seperti cahaya matahari terbenam.
Jika anda menggunakan teknik Silhouette, bukaan cahaya (exposure) ditentukan melalui bacaan background dengan penggunaan Aperture 9 hingga 11 dan Shutter Speed antara jarak 120 hingga 200.
SENTIASA BERSEDIA
Anda hendaklah sentiasa peka dengan perubahan cuaca yang berlaku di sekeliling anda. Sama ada matahari terbit atau terbenam, anda hendaklah bersedia sekurang-kurangnya setengah jam sebelum matahari tersebut berada di kedudukannya. Lihat juga perubahan langit kerana ia memberi pelbagai lapisan warna dan bentuk berbeza pada satu-satu masa.
TEKNIK KOMPOSISI
Ambil gambar dengan menggunakan pelbagai teknik focal lengths sama ada menggunakan Wide Angle atau teknik zooming. Penggunaan tripod perlu sekiranya anda menggunakan lensa 200mm ke atas. Anda juga hendaklah menggunakan teknik Rule Of Third dengan memastikan kedudukan matahari tersebut berada di komposisi yang sesuai dan ia juga mampu membantu menaikkan mood sesuatu gambar nanti.
Menariknya mengenai gambar matahari terbenam ini ialah tiada satu pun exposure yang tepat bagi mendapatkan hasil yang terbaik untuk gambar matahari terbenam ini.
Anda juga hendaklah sentiasa rajin bermain dengan shutter speed dan aperture kerana imej yang dihasilkan berbeza antara satu sama lain.
ELAKKAN MENGGUNAKAN SETTING AUTO WHITE BALANCE
Pastikan anda menukar kepada Mode Auto White Balance kepada setting Cloudy atau Shade bagi mendapatkan hasil imej berbeza warna. Ini kerana penggunaan mode auto White Balance akan menjejaskan tona warna asli matahari terbit mahupun matahari terbenam.
TIPS PERLU TAHU!
Bawa tripod sama penting dengan anda bawa peralatan memancing. Walaupun anda menggunakan kamera kompak, kestabilan sesuatu imej bergantung dengan cara kita mengambil gambar dan pengawalan nafas.
Lihat sekeliling dan peka dengan keadaan yang berlaku.
Teknik Silhoutte dan teknik Low Key Lighting dengan mengambil kira cahaya di belakang objek yang lebih natural seperti cahaya matahari terbenam.
Apa hukumnya jika kita menjemput rakan-rakan dari kalangan bukan beragama Islam ke majlis berbuka puasa bersama-sama?
Jawapan:
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
(Surah al-Mumtahanah, ayat 8).
➡ Hukum menjemput bukan Islam atau non-Muslim ke majlis berbuka puasa adalah harus dan dibolehkan dalam Islam.
Dalam pada itu, lokasi berbuka puasa yang dipilih dan pakaian yang dikenakan haruslah bersesuaian.
Manakala adab-adab berbuka puasa haruslah dijaga dan dipatuhi.
(Jawapan dari: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah persekutuan)
Secara peribadi, rekod pancingan saya di perairan gugusan Pulau Sembilan begitu mengecewakan.
Setelah beberapa kali turun memancing, tidak ada satu pun trip memancing yang disertai bersemadi indah dalam ingatan.
Hanya setelah dua hari menyertai trip memancing bersama tekong Lebai Mael, ia seperti membuka tanggapan baru saya terhadap Pulau Sembilan.
Barulah saya kembali yakin gugusan Pulau Sembilan masih berupaya kekal sebagai salah satu padang pancing berpotensi yang ada di Negara kita.
Lebai Mael sebenarnya bukanlah nama baru dalam industri memancing. Malah berperanan sebagai nadi dalam industri dengan menawarkan pakej memancing.
Hanya setelah mencatatkan rekod tersendiri apabila mendaratkan kerapu seberat 21 kilogram melalui teknik jigging perlahan, secara tidak langsung khidmat Lebai Mael sebagai tekong jigging perlahan mula ditagih oleh penggemar teknik memancing ini.
Memancing bersama Lebai Mael cukup mudah berikutan sikapnya yang fleksibel. Apa saja teknik pancingan yang ingin digayakan, semuanya boleh dimainkan tanpa halangan.
Tak kiralah sama ada teknik jigging perlahan, jigging ringan, casting atau bottom, semuanya akan dituruti.
Sebaliknya jika sesuatu teknik pancingan itu kurang berhasil, Lebai Mael tidak teragak-agak mencadangkan pelanggannya bertukar teknik pancingan.
Sikap tolenrasi begitulah yang dipamerkan oleh Lebai Mael ketika melayan saya dan rakan-rakan memancing.
Setelah hampir setengah hari menghabiskan masa dengan jigging perlahan dengan hasil yang kurang memberangsangkan, Lebai Mael memberi cadangan kepada kami untuk casting dan light jigging bagi meredakan sedikit ketegangan.
Ternyata cara tersebut berhasil atau setidak-tidaknya dapatlah juga melayan tarikan talang, alu-alu dan gerepoh juvenil sementara.
Buat seketika Lebai Mael akan membawa kami ke spot melayan eging atau memancing sotong mengabang.
Kemudian sebelum berakhirnya trip memancing, sotong mengabang itu akan dijadikan umpan pula melalui teknik pancingan dasar.
Melalui teknik pancingan dasar menggunakan sotong mengabang inilah sebenarnya membuktikan populasi ikan masih lumayan di gugusan Pulau Sembilan.
Hanya dengan umpan, teknik dan lubuk yang betul sahaja mampu menduga penghuninya.
Info Tekong
*untuk maklumat pakej terkini bolehlah hubungi Lebai Mael
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...