Berikut salah satu cara membuat umpan untuk memancing ikan air tawar.
Siapkan jagung yang tidak terlalu tua, kemudian diparut atau boleh juga anda atau blender. Kemudian campurkan mentega. Kukuslah kedua bahan tersebut hingga matang.
Angkatlah kukusan tersebut, setelah itu sejukkannya. Setelah hasil kukusan menyejuk dan terlihat siap, tambahkan sedikit esen dan kemudian gaul sampai rata.
Ads
Untuk aroma esen, anda boleh saja gunakan perisa strawberi, durian, nangka atau apa saja perisa yang sering digunakan.
Ads
Untuk hasil yang lebih bagus, ramuan umpan itu seeloknya dicampur dengan sebiji telur itik ataupun belut kukus yang telah dibersihkan tulang dan juga isi perutnya.
Ads
Agar adunan tidak terlalu lembek, sebaiknya tambahkan ubi kayu yang telah dikukus. Seterusnya tambahkan juga mi segera kering yang telah ditumbuk halus atau diblender. Ia bertujuan untuk lebih meliatkan adunan tadi.
Umpan siap untuk digunakan. Tambahkan juga telur kerengga jika perlu. Cara penggunaanya hanya dengan meletakkannya pada mata kail.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Soalan saya, boleh tak kita guna teknik memancing pada waktu ketika memancing waktu malam? Contohnya macam teknik apung menggunakan ikan hidup seperti selar dan kembung?
Selain itu boleh tak jigging waktu malam? Atau ada teknik lain yang sesuai untuk pancingan malam?
JAWAPAN:
Memancing pada waktu malam merupakan satu kaedah yang amat saya gemari kerana lazimnya ikan-ikan monster lebih aktif pada waktu malam dan seperkara lagi, cuaca pada waktu malam lebih nyaman berbanding waktu siang.
Begitu pun, ada empat kaedah atau teknik yang boleh dipraktikan untuk pancingan malam.
Satu, memancing dengan menggunakan teknik apungan iaitu dengan penggunaan belon, styrofoam atau pelampung komersial.
Memancing cara ini di laut dengan menggunakan ikan atau sotong selalunya kita akan dapat ikan seperti ikan aruan tasik, alu-alu, tenggiri, gerepoh dan banyak lagi terutamanya
sekiranya kita melepaskan umpan anda lebih kurang 3 – 5 meter di luar kawasan cahaya lampu bot anda.
Dua, memancing dengan menggunakan teknik layang (drift), di mana sebiji batu ladung kecil bersaiz nombor 2 atau 3 dipasang lebih kurang 3-4meter dari umpan sekor ikan atau sotong.
Tali utama kemudian di lepas lebih kurang 30-40meter ke dasar laut. Cara ini adalah untuk memancing di kawasan pertengahan air untuk mencari ikan gerepoh, tenggiri, ebek dan pelbagai lagi ikan sukan berada di pertengahan air.
Tiga, teknik jigging sememangnya efektif pada waktu malam. Saya juga suka jigging pada waktu malam di mana saya selalu menggunakan jig jenis lut sinar atau luminous. Cara pergerakan mengarau perlulah pantas atau separa pantas.
Empat, satu lagi cara memancing adalah memancing dasar dengan menggunakan tanduk di mana ladung dibiarkan mencecah dasar laut dan diangkat lebih kurang 1 ke 2 kaki dari dasar.
Sekiranya memancing ikan jenahak saya selalunya membiarkan batu ladung mencecah dasar terus. Tali perambut pula lebih kurang 1 – 2meter panjang.
Boleh tak kalau kita nak guna soft plastic (SP) sebagai ganti gewang kalau kita casting dengan menggunakan sampan atau bot?
JAWAPAN:
Tidak dinafikan soft plastic (SP) banyak diaplikasikan dari tebing berbatu di kawasan persisiran pantai dan juga bagi pancingan air tawar yang pelbagai.
Namun pendekatan SP bagi kawasan yang lebih dalam memerlukan teknik yang sedikit berbeza.
Teknik penggunaan SP pada umumnya cukup berbeza berbanding gewang-gewang yang keras.
Faktor kelembutan dan aksinya di dalam air menyebabkan pendekatan berbeza ini akan memberikan hasil yang lebih lumayan.
Kelembutan SP menyebabkan ikan sukar memuntahkannya semula apabila cuba menangkapnya dengan mulut.
Faktor bau dan perisa turut membantu ikan cuba memakan SP. Menurut kajian, 90% ikan pemangsa akan cuba menyerang atau menangkap SP yang digunakan ketika ia sedang jatuh ke dasar.
Oleh sebab itu, persembahan yang agak realistik dengan jatuhan semula jadi lebih memberikan hasil yang baik, berbanding jatuhan yang agak laju sekiranya pemberat yang kurang sesuai digunakan.
Bagi keas pancingan dari kedalaman 10-15 meter (masih lagi cetek secara perbandingannya), pemberat adalah perlu untuk memastikan SP dapat jatuh ke dasar dan tidak dihanyutkan arus.
Jatuhan semulajadi tanpa pemberat adalah terlalu perlahan bagi kedalaman sebegini.
Namun pemberat yang keterlaluan akan menyebabkan SP tenggelam seperti seketul batu dan kemungkinan besar tidak akan menarik perhatian ikan.
Penggunaan SP yang besar dan pemberat (contohnya jighead) dapat membantu persembahan jatuhan yang agak semulajadi yang mungkin dapat menarik selera ikan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...