SOALAN:

Soalan saya, boleh tak kita guna teknik memancing pada waktu ketika memancing waktu malam? Contohnya macam teknik apung menggunakan ikan hidup seperti selar dan kembung?

Selain itu boleh tak jigging waktu malam? Atau ada teknik lain yang sesuai untuk pancingan malam?

 

JAWAPAN:

Memancing pada waktu malam merupakan satu kaedah yang amat saya gemari kerana lazimnya ikan-ikan monster lebih aktif pada waktu malam dan seperkara lagi, cuaca pada waktu malam lebih nyaman berbanding waktu siang.

Begitu pun, ada empat kaedah atau teknik yang boleh dipraktikan untuk pancingan malam.

 

IKLAN

Satu, memancing dengan menggunakan teknik apungan iaitu dengan penggunaan belon, styrofoam atau pelampung komersial.

Memancing cara ini di laut dengan menggunakan ikan atau sotong selalunya kita akan dapat ikan seperti ikan aruan tasik, alu-alu, tenggiri, gerepoh dan banyak lagi terutamanya

sekiranya kita melepaskan umpan anda lebih kurang 3 – 5 meter di luar kawasan cahaya lampu bot anda.

 

Dua, memancing dengan menggunakan teknik layang (drift), di mana sebiji batu ladung kecil bersaiz nombor 2 atau 3 dipasang lebih kurang 3-4meter dari umpan sekor ikan atau sotong.

Tali utama kemudian di lepas lebih kurang 30-40meter ke dasar laut. Cara ini adalah untuk memancing di kawasan pertengahan air untuk mencari ikan gerepoh, tenggiri, ebek dan pelbagai lagi ikan sukan berada di pertengahan air.

IKLAN

 

Tiga, teknik jigging sememangnya efektif pada waktu malam. Saya juga suka jigging pada waktu malam di mana saya selalu menggunakan jig jenis lut sinar atau luminous. Cara pergerakan mengarau perlulah pantas atau separa pantas.

 

Empat, satu lagi cara memancing adalah memancing dasar dengan menggunakan tanduk di mana ladung dibiarkan mencecah dasar laut dan diangkat lebih kurang 1 ke 2 kaki dari dasar.

Sekiranya memancing ikan jenahak saya selalunya membiarkan batu ladung mencecah dasar terus. Tali perambut pula lebih kurang 1 – 2meter panjang.

IKLAN

 

Korang Tanya Umpan Jawab – Apa Teknik Terbaik Bagi Memancing Waktu Malam??

baca juga Korang Tanya Umpan Jawab – Berapa Cincin Sepatutnya Pada Joran?

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI