Saya bersetuju dengan anda bahawa hampir majoriti pemancing menggunakan overhead reel bila mengaplikasikan teknik slow pitch jigging. Berbanding spinning reel, kegunaan overhead reel ini lebih praktikal dalam banyak aspek. Dan atas sebab yang sama juga kenapa lebih ramai pemancing menggunakan spinning reel berbanding baitcaster atau overhead reel.
Jadi, jawapan kepada soalan anda ialah boleh. Anda boleh menggunakan baitcaster atau overhead reel untuk teknik light jigging. Sebenarnya bukan sedikit pemancing menggunakan overhead reel untuk light jigging. Secara peribadi, saya juga menggunakannya.
Sebaliknya pula saya merasakan overhead reel ini lebih menyeronokan berbanding spinning reel. Pertama, overhead reel lebih sensitif yang membolehkan sebarang ragutan ikan dapat dirasai walaupun ketika jig sedang turun ke dasar.
Malah untuk mencari overhead reel yang memiliki gear ratio tinggi lebih mudah berbanding spinning reel. Kebanyakan pemancing lebih senang menggunakan spinning reel mungkin disebabkan beberapa perkara.
Pertamanya, dengan menggunakan spinning reel lebih mudah untuk memainkan aksi jerking atau twitching ketika melakukan karauan pantas. Keduanya, spinning reel lebih mudah untuk melakukan cast pada sudut-sudut yang sukar.
Ketiga, penyeliaan selepas memancing menggunakan spinning reel lebih mudah berbanding overhead reel. Dan dari aspek ekonomi pula, spinning reel ini boleh digunakan untuk teknik pancingan lain sama ada di perairan air masin atau pun air tawar.
Jadi, jika sudah ada kekili yang boleh dipelbagaikan kegunaannya, kenapa perlu beli overhead reel yang agak terbatas kegunaannya.
Keli limbat atau ikan limbat merupakan salah satu spesies ikan daripada genus Clarias. Nama spesiesnya pula ialah C. nieuhofi dan biasanya mempunyai ukuran badan yang lebih panjang berbanding keli biasa dan warna badannya ialah kuning.
Spesies ini semakin sukar didapati namun biasanya lokasi pancingan sesuai bagi spesies ini termasuklah kawasan sawah, kawasan air yang sedikit mempunyai struktur kayu atau belukar dan juga kawasan yang tidak terlalu dalam.
Umpan yang sesuai bagi memancing limbat termasuklah cacing, serangga, cengkerik dan juga hati ayam. Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan teknik dan umpan yang sama dengan pancingan keli kerana sifat pemakanan bagi spesies ini masih sama dengan spesies daripada genus Clarias yang lain.
Untuk keterangan yang lebih lanjut berkenaan info spesies ikan limbat ini anda bolehlah layari laman web www.umpan.com.my dan buat cari IKAN LIMBAT dalam segmen IKAN AIR TAWAR. Anda juga boleh ketahui taktik & teknik pancingan ikan ini dalam segmen Tip & Info.
Saya sangat berharap agar admin dapat berikan tip bagaimana nak memancing ikan MJ (siakap merah) liar terutamanya di muara sungai?
JAWAPAN:
Lazimnya siakap merah atau mangrove jack (MJ) mendiami estuari sebelum bermigrasi ke laut lepas setelah mencapai usia matang. Namun peluang untuk memperoleh siakap merah dewasa juga ada apabila ia kembali ke muara untuk bertelur.
Walaupun juvenil, tentangan yang diberikan oleh siakap merah jauh lebih mendebarkan berbanding spesies penghuni muara lain. Justeru ia menjadi buruan utama di muara khususnya bagi penggemar teknik mengilat gewang atau lure casting.
Melalui kaedah pancingan dasar, siakap merah boleh dipancing dengan menggunakan umpan hidup ataupun mati. Umpan hidup yang paling sesuai adalah udang hidup atau ikan-ikan yang menjadi diet siakap merah di habitatnya.
Sementara umpan mati bolehlah juga menggunakan udang segar ataupun potongan ikan segar seperti belanak, tamban atau hirisan selayang. Teknik mengilat menggunakan gewang atau umpan tiruan (casting) merupakan kaedah pancingan paling popular dan digemari pemancing. Secara kasarnya kebanyakan gewang yang dipersembahkan kepada siakap merah dengan betul pasti akan dibahamnya.
Pilih gewang yang bersaiz lebih kecil daripada sasaran atau pun saiz diet ikan itu. Selain gewang, soft plastic boleh digunakan sebagai alternatif untuk gewang. Penggunaan umpan tiruan lebih berkesan jika dimainkan di kawasan berstruktur yang berpotensi.
Selain mengilat, gewang tiruan juga boleh digunakan menerusi teknik menunda atau trolling. Kaedah trolling dapat merentasi kawasan yang lebih luas berbanding mengilat dan gewang yang melalui betul-betul di atas struktur badan air ketika trolling paling berpotensi untuk menaikkan siakap merah.
Sementara teknik mengunjun jig atau jigging pula merupakan kaedah terbaharu dalam disiplin pancingan siakap merah. Teknik micro jigging (menggunakan jig mikro 5 gm hingga 20 gm) ini dikatakan paling berkesan untuk memperdaya siakap merah.
Berbanding teknik mengilat, gaya persembahannya sedikit berbeza begitu juga dengan spot untuk menggayakannya. Teknik micro jigging ini dilakukan secara unjunan menegak dan perlu dilakukan berhampiran spot berpotensi atau di alur aliran sungai.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...