Masukkan kelapa parut ke dalam bekas atau tong plastik bertutup. Kemudian curahkan sebotol sebotol umpan perah ke atas kelapa parut.
STEP 2
Tuangkan pula 200 ml air nira kelapa asli.
STEP 3
Ads
Masukkan minyak masak sebanyak 300 ml.
STEP 4
Masukkan satu paket yis segera.
STEP 5
Ads
Masukkan sebotol esen pisang. Kemudian masukkan pula esen pandan. Seterusnya masukkan pula sebotol esen ros.
STEP 6
Setelah dimasukkan kesemua 7 bahan tersebut, ia perlu digaul sehingga sebati.
STEP 7
Ads
Seterusnya adalah proses perapan. Setelah digaul sebati, tutup bekas dengan rapat dan jemur di tengah panas dan biarkan ia terperap selama 3 minggu. Tong dibiarkan terdedah berhujan dan berpanas.
STEP 8
Setelah selesai proses perapan selama 3 minggu, buat pula proses pengasingan antara bahan dengan cara menapisnya dengan kain bagi mendapatkan cecair yang terdiri dari campuran air dan minyak
STEP 9
Step terakhir adalah proses pengasingan minyak dan air. Proses mendapan perlu dilakukan sehinggalah minyak dan air berpisah. Kemudian ambillah minyaknya sahaja. Minyak inilah yang dinamakan minyak penyedap!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Saya merupakan peminat baru jenama Abu Garcia… boleh tak admin ceritakan serba sedikit sejarah latar belakang produk Abu Garcia ni?
JAWAPAN:
ABU Garcia (pada awalnya dikenali sebagai AB Urfabriken, kemudian ABU Svängsta) mula diperkenalkan pada tahun 1921 di Morrum River di daerah Svangsta Sweden.
Pada asalnya ia adalah sebuah kilang jam tangan sehinggalah mereka mula mereka cipta kekili pancing pada awal 30-an.
Dikatakan, pada awalnya peralatan memancing ini direka bagi memenuhi tuntutan hobi semata-mata.
Namun, apabila melihat kepada keperluan dan satu bentuk perniagaan yang menguntungkan, ia diberi suntikan untuk berkembang maju.
Anak pengasas ABU Garcia sendiri bernama Gote Borgstrom merupakan individu yang bersungguh-sungguh menceburi perniagaan peralatan memancing ini.
Dari peringkat awal lagi pembuatan kekili (reel) ini amat menekankan ketepatan dan kejituan reka bentuk.
Ciri-ciri ini diberi penekanan dan telah meyakinkan ramai penguna di seluruh dunia termasuklah negara kita. Bermula dengan nama ABU Garcia, kemudian ABU AMBASSADEUR siri diperkenalkan pula pada awal 50-an.
Kemunculan ABU AMBASSADEUR ini menjadi satu fenomena dan cukup popular di kalangan pengemar kekili bersaiz lebih kecil tetapi diyakini prestasinya. Dari situ jenama ABU semakin mendapat perhatian.
Pada tahun 1965 siri Abu Cardinal (spinning reel atau kekili mendatar) mula diperkenalkan.
Sehingga kini, dari masa ke masa siri-siri Abu Garcia, Ambassadeur dan Carnidal direka bentuk dalam pelbagai saiz dan model.
Hampir 100 tahun jenama peralatan pancing ABU Garcia berada di pasaran, ternyata ia berjaya mengekalkan produk dengan harga sederhana tetapi berkualiti setanding produk yang jauh lebih tinggi harganya.
Bermula sebagai tempat penternakan ikan dalam sangkar, kini ia mampu membangun dan menjadi sebuah chalet terapung yang gah di utara tanah air.
Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok, Kedah yang dibina dengan peruntukan RM1.6 juta ini bolehlah dianggap sebagai sebuah tempat peranginan yang ideal buat kaki pancing, terutama buat mereka yang ingin membawa keluarga.
Mula beroperasi Januari 2010 yang mana hanya terdapat 3 buah chalet dan 1 dewan mesyuarat ketika itu, hari ini chalet ini semakin mengorak langkah apabila menaik taraf
kemudahan dan menambah bilangan chalet hingga menjadi 8 buah, termasuk 6 dormitori, 4 bilik penginapan tambahan dan 1 dewan untuk pengunjung.
Menurut Pengurus Chalet Terapung PPK yang lebih mesra dipanggil Encik Hamdan,
“Terhasilnya idea untuk membangunkan chalet terapung ini ialah apabila projek ternakan ikan mengalami kerugian hampir RM2.1 juta yang diakibatkan bencana tsunami sedikit masa dahulu.
Oleh itu, kerajaan negeri telah memberi peruntukan sebanyak RM300,000 dan dari situlah kami mula mendapat ilham untuk membangunkan sebuah kawasan penginapan ala terapung kerana ianya kelihatan unik dan masih belum banyak terdapat di Malaysia.”
“Malah lebih menarik lagi, chalet ini berlatar belakangkan panorama hutan simpan kekal paya bakau Sungai Merbok yang menjadi habitat 32 spesies pokok bakau, burung, unggas
dan pelbagai hidupan marin. Apatah lagi apabila Sungai Merbok ini dikatakan sebagai antara hutan paya bakau tercantik di dunia,” tambahnya lagi.
Menurut Encik Hamdan lagi, jalinan kerjasama antara Chalet Terapung PPK Merbok dengan Tourism Kedah, Pejabat Daerah Kuala Muda dan agensi-agensi pelancongan yang lain
sedikit sebanyak telah membantu menaikkan nama chalet terapung ini, bukan sahaja kepada pelancong tempatan, malahan luar negara.
Percutian kaki pancing
Selain dihiasi pemandangan paya bakau yang indah dan menghijau, chalet terapung PPK juga boleh menjadi percutian yang ideal buat kaki pancing.
Sungai Merbok selain terkenal dengan tinggalan sejarah turut didiami pelbagai spesies ikan yang pastinya mampu mengujakan percutian memancing anda.
Siakap, senangin, kerapu, semilang, duri, dan pelbagai lagi ikan sering menjadi habuan pemancing yang berkunjung ke sini.
Malah, hasil yang ada di sini juga kadangkala di luar jangkaan! Bila tiba musim ikan masuk, ada yang sampai tak muat tong ikan dibuatnya.
Yang menariknya di sini, anda boleh memancing di sekitar balkoni chalet anda sahaja.
Pastinya sungguh mengujakan bila dapat melontarkan joran sambil menghirup udara segar hutan paya bakau ini.
Malah, sesi pancingan anda tidak hanya terhad di chalet anda menginap sahaja. Anda masih boleh memilih untuk memancing di tiga pelantar yang disediakan yang mana
pelantar ini terletak di tengah-tengah laluan sungai dan sering menjadi tumpuan kaki pancing yang berkunjung ke sini.
Bagi yang bercadang untuk memancing sahaja tanpa menginap, jangan risau! Dengan bayaran hanya RM15 anda berpeluang memancing tanpa had masa di sini.
Malah, anda juga diberi peluang menggunakan kemudahan yang ada di sini seperti tandas, tempat memasak dan sebagainya.
Selain daripada memancing, terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah jungle trekking, bersiar-siar menaiki bot, tangkap ketam guna tangkul,
berkayak dan bermacam-macam lagi. Jadi, buat kaki pancing yang ingin membawa keluarga bercuti, Chalet Terapung PPK Merbok adalah antara destinasi terbaik buat anda.
Sebarang pertanyaan hubungi Facebook Chalet Terapung PPK Merbok, Kedah.
** share artikel ini jika anda pernah berkunjung ke sini
Tumpang tanya sikit tuan admin. Boleh tak tuan admin cadangkan set peralatan pancing yang sesuai untuk digunakan dalam teknik casting tenggiri. Saya tak biasa sangat main casting tenggiri jadi kurang tahu untuk dapat setup terbaik. Terima kasih tuan admin!
JAWAPAN:
Timbul persoalan apakah kekili dan joran yang sesuai untuk casting tenggiri? Ini persoalan yang agak asas kerana tidak semua kekili dan joran sesuai digunakan untuk teknik ini.
Seeloknya peralatan casting kelas ringan sahaja digunakan. Tidak kiralah set pancing mahal atau murah. ini kerana kekuatan tenggiri terletak pada pecutannya dan cara larian tenggiri yang akan menghadap ke arah pemancing… tidak seperti GT yang mempunyai stamina dan kedegilan untuk memalingkan kepala ke arah pemancing.
Disebabkan itu saya lebih suka menyarankan penggunaan peralatan casting kolam, asalkan ia sesuai dan boleh memuatkan tali yang lebih panjang. Maklumlah tenggiri kadangkala kuat melawan dan berupaya menarik tali sejauh berpuluh meter sebelum berpusing semula ke arah kita.
Joran yang sesuai untuk casting tenggiri pula mestilah panjang sekitar 6 hingga 7 kaki, ringan dan tidak terlalu keras. Ini untuk memudahkan lontaran dibuat dan memastikan umpan jatuh tepat ke kawasan yang dilalui tenggiri. Reel jenis saltwater dan ratio tinggi adalah sangat disarankan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...