Lazimnya tip atau bahagian hujung joran yang paling banyak patah pada sesebatang joran kerana ia point atau titik yang paling lemah dalam pembinaan joran. Namun insiden di luar memancing lebih kerap mematahkan tip ini berbanding ketika sedang memancing seperti patah ketika sedang menyimpan di dalam sarung, patah akibat terpijak, terhimpit atau tersepit pada pintu kereta.
Terutamanya bahagian dalam cincin yang diperbuat daripada seramik kerana jika terdapat sedikit tekanan yang dikenakan ke atasnya ia mudah pecah. Ini kerana sifat seramik itu sendiri yang keras tetapi rapuh. Sementara bahagian cincin yang perlu diberikan perhatian ialah cincin hujung kerana ia merupakan tumpuan utama tali dikenakan ke atasnya.
Ads
Gam atau varnis dan ikatan benang perlu bergabung antara satu sama umpama ikan dan air. Jika epoxy terkopek, ikatan benang akan terdedah dan mudah luka sekaligus menyebabkan ia mudah putus. Rajin-rajinlah periksa bahagian ini.
Ia berlaku kepada joran bersambung atau 2 pieces terutamanya joran yang diperbuat daripada fibre glass atau gentian kaca. Penyambung joran gentian kaca diperbuat daripada logam dan murah menggerutu akibat proses pengoksidaan.
Ads
Ads
Ia tidak mudah rosak tetapi terdedah kepada kerosakan kerana ramai pemancing yang gemar mencucuk mata kail pada pemegang joran. Selain itu ia juga perlu dibersihkan selalu agar tidak menjadi serangan kepada lipas.
Bahagian pemegang joran ini paling cerewet jika berlaku kerosakan. Tidak ramai pembuat joran custom sedia menerima tugas untuk menukar pemegang joran yang rosak. Bagi memastikan bahagian ini tidak cepat rosak, pastikan anda memasukkan tapak kekili dengan betul dan tidak mengetatkannya secara berlebihan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Apa yang anda dengar tu memang ada kebenarannya. Jika melihat pada diet ikan toman, apa saja haiwan bersaiz kecil yang jatuh atau berenang di permukaan air akan dilihat sebagai makanan bagi toman.
Terdapat dua kaedah memancing toman atau haruan menggunakan anak itik sebagai umpan. Pertama, kaedah ini pernah digunakan di negara kita suatu ketika dahulu terutamanya untuk memancing toman.
Caranya, mata kail diikat pada kaki anak itik dan kemudian anak itik tersebut dibiarkan berenang bebas di kawasan yang dipercayai adanya toman.
Teknik ini agak sedikit kejam kerana menjadikan anak itik tersebut sebagai umpan sepenuhnya.
Manakala satu lagi teknik ialah dengan menggunakan anak itik sebagai pengumpan. Yang mana salah satu tajur (diikatkan anak itik) digunakan untuk mengumpan toman atau
haruan, satu lagi tajur berumpan dan mata kail akan dihulurkan apa kelibat haruan atau toman muncul untuk membaham anak itik tersebut.
Namun sebagai seorang pemancing rekreasi, tidak perlulah kita mengaplikasikan teknik memancing menggunakan umpan anak itik.
Kita guna sajalah umpan tiruan atau gewang yang sedia ada untuk memancing haruan mahupun toman.
Saya kerap memancing di kelong, rumah rakit dan juga sangkar tapi tak pernah cuba teknik casting. Ada potensi tak kalau casting di kawasan macam ni? Kalau boleh, apa jenis gewang paling sesuai untuk digunakan? Untuk pengetahuan admin terdapat ikan pemangsa seperti siakap, barracuda dan senangin.
JAWAPAN:
Tentu saja boleh. Tiada masalah untuk anda cuba casting menggunakan jig atau gewang di kelong, rumah rakit atau sangkar ikan, namun penggunaan jig dan gewang selaman bergantung kepada kesesuaiannya dengan keadaan dasar air. Bagi penggunaan warna gewang pula, tiada warna khusus yang boleh diperkatakan kerana persembahan gewang dan persekitaran air turut memainkan peranan.
Bagaimanapun, bagi siakap liar, warna biru boleh dikatakan antara warna yang paling popular. Adalah bonus sekiranya, anda terlihat deburan air atau melihat ikan kecil seolah melarikan diri. Segeralah baling gewang setepat yang mungkin kerana ia petanda ikan besar dan di muara, prospek utamanya berkemungkinan besar adalah siakap.
Untuk senangin, anda boleh menggunakan jig kecil sama ada dengan cara cast jigging (menggunakan mikro jig) atau mengunjunnya dari atas ngkar (bergantung di manakah lokasi sangkar). Melalui kaedah ini, besar kemungkinan, spesies lain juga boleh dijerat seperti kerapu, baby GT, siakap merah yang mungkin berada di bawah tiang-tiang kelong atau rumah rakit.
Pada akhir 1890-an James Heddon merasmikan umpan tiruan buatan tangan di Tasik Dowagiac, Michigan, Amerika Syarikat. Ini menjadi penanda aras era baru – era memancing ikan buatan – untuk semua pemancing.
Diasaskan pada tahun 1894, Heddon Lures adalah perusahaan tertua yang masih memproduksi produk rekreasi perikanan berkualiti. Heddon adalah pengeluar umpan tiruan atau gewang legenda termasuklah Spook, Torpedo, Lucky 13 dan banyak lagi, dan gewang ini menepati visi inovatif yang sama diilhamkan James Heddon lebih dari 100 tahun yang lalu. Bass, redfish, trout, pike… antara tangkapan bersejarah memancing dengan Heddon Lures.
Heddon adalah produk gewang yang diasaskan oleh James Heddon, (pada awalnya peternak lebah) yang diiktiraf sebagai umpan buatan pertama yang terbuat dari kayu pada akhir 1890-an.
Perusahaan Heddon didirikan pada tahun 1902 untuk menjual gewang, yang pada awalnya dibuat dengan tangan di dapur rumah keluarga Heddon di Dowagiac, Michigan. Pada 1910 mereka memiliki pengedar jualan di Kanada dan kilang baru di Dowagiac.
Pada tahun 1950 jenamaHeddon sudah terkenal dan mereka memproduksi lebih dari 12,000 gewang sehari. Dalam tahun-tahun kemakmuran mereka, perusahaan juga membuat joran, kekili dan peralatan pancing lainnya.
Berikutan meningkatnya persaingan dan ingin berhenti ketika masih menguntungkan, keluarga Heddon menjual perniagaan mereka kepada keluarga Murchinson pada tahun 1955.
Sejak itu perusahaan telah dijual beberapa kali, akhirnya berakhir sebagai sebahagian dari EBSCO Industries. Banyak perusahaan pengeluar gewang masih dibuat oleh EBSCO dengan nama asli mereka.
Banyak gewang dibuat kembali oleh pemilik kemudian, dan masih dibuat seperti Lucky 13, Zara Spook, Meadow Mouse dan River Runt, yang kesemuanya tetap popular di kalangan pemancing.
Satu abad setelah pengenalan mereka, sebagai bukti populariti mereka, banyak gewang Heddon ditiru oleh perusahaan lain dengan beberapa perubahan halus untuk menghindari konflik undang-undang.
Trivia
1898 – Gewang pertama yang dihasilkan adalah replika katak yang diukir dari batang penyapu oleh James Heddon. Dia mendapat idea itu ketika dia melemparkan batang kayu yang telah diukirnya ke sebuah tasik yang dikenali sebagai Mill Pond, dan melihat ikan bass mematuknya.
1902 – Gewang buatan pertama dibuat oleh James dan anaknya Will. Will berpindah ke Florida untuk menguji dan mengembangkan gewang baru.
1932 – Gewang plastik pertama kali diperkenalkan. Mereka mendapatkan nama “Spook” kerana penampilan warna transparent mereka. Penciptaan awal ini awal ini mudah terdedah terhadap kerosakan berikutan dari campuran plastik yang buruk.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...