Tali berapa lb yang sesuai digunakan? Persoalan ini sering berlegar di dalam minda mereka yang baru berjinak-jinak untuk jigging. Tali utama atau main line untuk jigging atau slow pitch jigging mestilah menggunakan tali braided yang berdiameter halus dan kuat.

 

Jika kita menggunakan tali yang kasar maka kita perlu menggunakan jig yang lebih berat untuk ia turun sampai ke dasar pada masa yang paling cepat kerana tali diameter yang besar akan mudah dibawa arus.

 

Kelengkapan Asas Teknik Slow Jigging Untuk Beginner (siri 2)

 

Untuk slow pitch jigging, saya sering menggunakan jig beratnya 120g-250g dan untuk perairan kita, saya mengesyorkan cukup menggunakan tali utama braided 25lb-30lb atau PE2, PE2.5 atau PE3 sudah mencukupi.

 

Dalam pemikiran kita, tidak sepatutnya ada pemikiran ‘tali kasar tidak senang putus’. Inilah yang selalu berlegar di dalam minda kaki pemancing. Harus diingat, jika tali bergeser dengan batu, tali 80lb pun boleh putus juga.

 

Kelengkapan Asas Teknik Slow Jigging Untuk Beginner (siri 2)

 

IKLAN

Dalam kaedah slow pitch jigging, percayalah kepada tali halus, ia kuat! Kelebihan tali halus, ia memotong air, kita boleh merasai jig kita dan apa yang berlaku di hujung tali kita.

 

Leader / Perambut

 

Tali perambut (leader) Untuk tali perambut mestilah menggunakan flourocarbon shock Leader. Berapa LB yang sesuai? Ia terpulang kepada lubuk dan jika lubuk itu selalunya terdapat ikan jerun atau ikan yang besar maka kita boleh menggunakan perambut yang lebih besar. Untuk perairan kita, 40lb-60lb sudah mencukupi.

 

Kelengkapan Asas Teknik Slow Jigging Untuk Beginner (siri 2)

 

IKLAN

Jig

 

Terdapat semakin banyak jig khusus untuk slow pitch jigging di pasaran. Terdapat pelbagai bentuk dan warna tetapi satu persamaan adalah bahawa mereka adalah seimbang di tengah.

 

Faktor utama slow pitch jigging adalah untuk mendapatkan jig dalam kedudukan mendatar. Biasanya berbentuk berdaun, dan tidak simetri, satu bahagian adalah rata dan satu bahagian lebih tebal dan dibentuk.

 

Kelengkapan Asas Teknik Slow Jigging Untuk Beginner (siri 2)

IKLAN

 

Jenama dari Jepun mengeluarkan jig untuk slow pitch jigging. Antara yang terbaik adalah dari jenama Evergreen Caprice, Xesta Flap Slap Slow Emotion, Bassday Bottom Contact dan Shout Strobe. Jig pilihan untuk slow pitch jigging terdiri daripada jenama Shout Flash, Bassday Bottom Contact, Xesta Slow Emotion Flap, Evergreen Caprice, Xesta After Burner.

 

Kelengkapan Asas Teknik Slow Jigging Untuk Beginner (siri 2)

 

Hook

 

Untuk kaedah ini, setup untuk mata kail adalah berlainan dan ia memerlukan mata kail berkembar di atas dan di bawah. Ini disebabkan, ikan bukan selalu aktif dan kadang kala ikan stidak mahu makan dan apabila melihat jig seakan ikan cedera ia akan membuatkan ikan mendekati jig dan ikan mungkin hanya hendak melanggar atau merosakkan jig dengan mulut atau badan maka ia akan tersangkut dengan mata kail.

 

Kelengkapan Asas Teknik Slow Jigging Untuk Beginner (siri 2)

 

Mata kail perlu ringan dan tajam untuk memudahkan mata kail menembusi mulut ikan dengan lebih senang kerana mata kail yang kurus dan tajam senang menembusi mulut ikan. Dengan memasang mata kail berkembar, jika satu putus ada satu lagi. Inilah cara slow pitch jigging yang agak berlainan dengan jigging biasa.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI