Kebiasaannya enjin sangkut di bawah kapasiti 30 kuasa kuda (hp) masih mampu dipikul oleh seorang manusia dengan berat anggaran 50kg ke bawah. Ia memberikan kelebihan penyimpanan sekiranya tidak digunakan dengan kerap dengan menyimpannya di stor penyimpanan.

 

Tapi untuk enjin bot yang lebih besar atau yang kerap turun ke air, kebanyakan pemiliknya akan membiarkan enjin botnya terpasang di bot dan menaikkan kipasnya ke atas sahaja. Sebaik-baiknya, jika dibiarkan, perlu tutup bahagian enjin menggunakan kanvas mengelakkan terdedah dari panas dan hujan.

 

Bagaimana Nak Maintenance Enjin Sangkut
Menyangkut enjin pada bot dalam keadaan tepat ditengah buritan bot. Ketatkan lock pengikat sekuatnya bagi memastikan enjin tidak berganjak dari posisi asal. Sebaiknya buat ikatan tali diantara enjin sangkut dan bot sepanjang setengah depa untuk keselamatan. Sekiranya enjin menghentam kayu dan melambung ianya masih ada tali keselataman dan mudah di temui semula.

 

Paling mustahak adalah, sentiasa memastikan palam pencucuh sentiasa berfungsi dan kerap diperiksa sebelum turun memancing. Ini kerana sekiranya pantulan api ke palam pencucuh tidak mencukupi ianya akan menjadikan enjin ini semput semasa membuat pergerakan.

 

Terdapat beberapa faktor yang menjadikan enjin semput iaitu palam pencucuh yang tidak diganti (terlalu lama), kerosakan pada sistem coilnya, terlebih bancuhan 2T ke dalam petrol (menyebabkan berlakunya plug ‘basah’ atau kaburator telah tersumbat (tidak kerap diservis ).

IKLAN

 

Bagaimana Nak Maintenance Enjin Sangkut
2 Spark plug bagi enjin 4 kuda hingga 30 kuasa kuda

 

Sehubungan itu, sebelum turun memancing, pengendali bot perlu memeriksa terlebih dahulu keadaan enjin dan membawa perlatan secukupnya sebagai persediaan jika enjin bot tidak berfungsi. Mencuci kaborator sebulan sekali dapat memberikan prestasi yang baik kepada enjin.

 

Bancuhan 2T TCW

 

IKLAN

Bagi enjin sangkut 2 lejang, bahan api nisbah 50 liter kepada 1 liter 2T TCW adalah sukatan yang tepat. Minyak pelincir ini mempunyai kelikatan yang berlainan dengan minyak pelincir untuk kegunaan enjin motosikal.

 

Ianya direka khas untuk spesifikasi enjin sangkut tidak kira sama ada yang digunakan di laut mahupun sungai. Jangan sesekali menggunakan minyak pelincir 2T motosikal kecuali dalam keadaan kecemasan dan sukar mendapatkan 2T TCW enjin sangkut khas.

 

Bagaimana Nak Maintenance Enjin Sangkut
Salah satu minyak pelincir 2T khas untuk enjin sangkut yang ada dipasaran.

 

IKLAN

Ianya boleh memberi kesan kepada sistem pergerakan omboh dan juga pengaliran petrol ke dalam kaburator dan boleh menyebakan overflow kerana kelikatannya akan memekatkan lagi minyak petrol yang perlu dijana kepada sistem pembakarannya.

 

Bagi enjin sangkut 4 lejang yang menggunakan system minyak hitam untuk melincirkan pergerakan enjin ianya perlu ditukar sebulan sekali mengikut kekerapan penggunaan ataupun 100 jam penggunaan.

 

Bagaimana Nak Maintenance Enjin Sangkut
Mencuci kaborator sebulan sekali dapat memberikan prestasi yang baik kepada enjin.

 

Sekiranya enjin ini tidak digunakan dan perlu disimpan, ianya tidak boleh dibaringkan pada posisi yang salah kerana ini akan menyebabkan kebocoran pada minyak enjin tersebut. Sebaiknya letakkan pada posisi berdiri seperti menggunakan stand untuk memastikan enjin dapat berfungsi dengan baik selepas di simpan.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI