SOALAN:

 

Saya berusia 15 tahun dan suka memancing ikan air masin bersama ayah. Tapi saya nak tahu tentang ikan puyu, ikan puyu suka umpan apa dan cara memancingnya.

 

JAWAPAN:

 

Ikan puyu adalah sejenis ikan yang dikategorikan sebagai ikan labirin (labyrinth) ia mempunyai alat tumbuhan yang membenarkannya bernyawa di kawasan air yang mempunyai sedikit oksigen. Disebabkan ini, ikan puyu dapat berada di luar air dengan lama tanpa air.

IKLAN

 

Soal Jawab Mancing – Mohon Cara Paling Asas Mancing Ikan Puyu?

 

Ikan puyu dapat bergerak dari satu kolam ke satu kolam yang lain dengan bergerak di atas tanah pada waktu malam atau selepas hujan. Ikan puyu juga dapat hidup dengan menyorok di dalam tanah yang mempunyai kelembapan semasa kemarau di kawasan tanah kering dan akan keluar semula apabila tanah ditenggelami air.

 

IKLAN

Ikan puyu boleh didapati di kawasan sawah padi, terusan,parit, tasik,kolam dan kawasan paya. Ikan puyu dapat membesar ke 25 cm @ 10 inci dan ikan betina lebih gemuk dan montok dari jantan.

 

CARA MEMANCINGNYA

 

IKLAN

Ikan puyu dapat dipancing dengan menggunakan umpan cacing, belalang, ulat pisang dan belalang patung. Semasa saya kecil dahulu saya pernah juga memancing ikan puyu dengan menggunakan telur kerengga dan ada pernah saya dapat dengan menggunakan hati ayam. Untuk memancing ikan puyu kita menggunakan mata kail yang kecil dari saiz 11 atau kurang.

 

Soal Jawab Mancing – Mohon Cara Paling Asas Mancing Ikan Puyu?

 

Tali untuk ikan puyu tak perlulah berat sangat mencukupi dengan tali berat 6 lb dan joran ‘ultra light’ kekuatan 4 lb ke 10 lb adalah sesuai sekali. Selain itu, joran jenis teleskopik juga paling sesuai. Untuk memancing ikan puyu saya syorkan pelampung dari jenis “round plastic float” atau “pencil float” dari jenis panjang atau membujur.

 

Ikan puyu selalunya makan pada dasar mahu pun pada pertengahan air, dari itu sekiranya memancing di dasar maka disyorkan penggunaan batu ladung kepit beberapa biji untuk memberi berat untuk menenggelamkan umpan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI