Mungkin sebahagian dari kita sudah tahu sensasi tarikan ikan jenis ini. Jika tidak mahu kecewa kita harus memilih jenis line atau tali yang kuat untuk bertarung dengannya. Tentu kita tidak mahu berputih mata apabila tewas dalam pertarungan dan menjadi rezeki mata saja.
Line yang biasa saya gunakan ialah jenis braied atau tali sulam 20lbs kerana line jenis ini tidak mudah putus jika bergeser atau berbeli pada bangkar pokok yang menjadi rumah kegemaran baung.
Ads
Umpan saya biasa guna ialah anak ikan kap ukuran sebesar jari telunjuk atau usus ayam yang dibusukkan yang tidak lebih dari 2 hari.
Namun yang paling sering saya pakai adalah umpan usus ayam yang dibusukkan kerana dengan bau yang menyengat akan menarik perhatian ikan baung itu sendiri, sebab ikan baung akan mencari sumber yang mengeluarkan bau busuk untuk dijadikan makanan yang merupakan makanan kegemarannya.
Ads
Tak seperti menggunakan umpan anak ikan kerana jika kita menggunakan anak ikan, kita hanya menunggu ikan baung melintas untuk memakan umpan kita. Namun, gabungan umpan busuk dan umpan anak ikan boleh membuahkan hasil yang lebih baik.
Ads
Beberapa pemancing mengabaikan hal ini, mereka lebih beranggapan yang penting umpan sudah dibaling dan memancing pada malam hari. Tak mustahil jika begini, anda hanya akan dapat gigitan nyamuk saja tanpa sebarang hasil.
Ada beberapa hal yang perlu diketahui pemancing, jika kita memancing pada malam hari mulai lewat sampai pukul 03.00 pagi, pada tempoh waktu tersebut ikan baung aktif mencari makan di pinggiran sungai dan jenis umpan yang paling sesuai ialah anak ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ini merupakan rekod tangkapan peribadi terbaik hasil memancing dari pemancing seluruh dunia. Walaupun tidak tercatat dalam rekod dunia namun ia lebih dari cukup untuk memberi inspirasi kepada semua pemancing.
Pada 26 Oktober 1979, Ken Fraser berjaya mendaratkan Atlantic bluefin tuna (tuna sirip biru Atlantik) di perairan Aulds Cove. Tuna sirip biru Atlantik ini memiliki berat 1,496 lb (678.57 kg) Teknik yang diaplikasi Ken Fraser juga dengan trolling menggunakan mackerel sebagai umpan.
Pada 2012, Guy Yocom menangkap yellowfin tuna (aya sirip kuning) terbesar yang pernah dicatat. Ikan besar ini ditangkap di perairan Cabo San Lucas, Mexico. Menggunakan joran Melton dan umpan hidup potongan ikan, Guy Yocom mampu mendaratkan tuna besar dengan berat 426 lb (193.23 kg).
Selepas 45 minit bertarung, Siegfried Dickermann berjaya mendaratkan albacore seberat 88.2 lb (40 kg) di perairan Gran Canaria, Sepanyol. Umpan yang digunakan ialah mackerel hidup.
Pada 17 April 1957, Dr. Russell Lee berjaya mendaratkan seekor big-eyed tuna (tuna mata besar) seberat 435 lb (197.31 kg) di perairan Cabo Blanco, Peru. Doktor tersebut mengambil masa selama 55 minit untuk mendaratkan tuna itu ke atas bot.
Selepas bertarung selama 40 minit, Mark Sosin berjaya menewaskan yellowfin tuna (tuna sirip kuning) seberat 153.6 lb (69.67 kg). Namun tidak dinyatakan lokasi dan tarikh kejayaan beliau itu.
Pada 6 May 2012, Frank Sholtz berpeluh untuk menewaskan seekor yellowfin tuna di perairan Cape Point, Afrika Selatan. Beliau mengambil masa sehingga 6 jam untuk menewaskan tuna sirip kuning seberat 235.5 lb (106.87 kg) tersebut. Perghhh!
Seekor dogtooth tuna (aya budak) seberat 147lb 14oz (66.74 kg) telah berjaya ditewaskan oleh H.T. Chittum III pada 18 Oktober 2005.
Pada 17 February 2012, Nathan Adams berjaya menewaskan monster seberat 739lb 6oz (335.48 kg). Pacific bluefin tuna gergasi itu dipancing di perairan New Zealand.
Selepas bertarung selama 7 jam, Stewart Campbell pula berjaya menumbangkan Altalantic bigeye tuna seberat 329 lb (149.23 kg). Atlantic bigeye tuna tersebut didaratkan pada 5 May 1986 di perairan Abidjan, Ivory Coast, Afrika.
Pada 18 September 2012, Guy Yocum berjaya menewaskan tangkapan seberat 427pound (193.68 kg) berupa yellowfin tuna di perairan Cabo San Lucas, Mexico.
Boleh dikatakan mencandat sotong di perairan Terengganu, merupakan satu-satunya aktiviti memancing yang bukan sahaja disertai oleh pelbagai kategori pemancing malah disertai oleh sesiapa sahaja walau pun bukan seorang pemancing. Aktiviti ini turut diminati oleh golongan wanita. Malahan peningkatan golongan wanita dalam aktiviti ini saban tahun begitu memberangsangkan.
Tiada kajian khusus kenapa aktiviti mencandat sotong ini begitu diminati ramai meskipun berhadapan dengan kemungkinan mabuk laut, boleh dikatakan hampir kesemua individu yang pernah bercandat sotong, keberangkalian untuk mengulanginya pada tahun berikutan amat tinggi.
Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, saya tidak pernah melepaskan peluang untuk menyertai trip mencandat sotong sekiranya berkelapangan. Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya juga jeti Marang akan menjadi tumpuan ramai apabila musim mencandat sotong. Bermula jam 5.00 petang, puluhan bot nelayan dan memancing yang membawa para pecandat sotong dari setiap pelosok negeri bergerak keluar dari kuala Sungai Marang menuju perairan beberapa batu nautika dari Pulau Kapas.
Saya bersama tujuh orang pemancing lain turut sama dalam `konvoi’ ini. Sekitar jam 8.00 malam, tekong bot melabuhkan sauh di suatu lokasi yang jauh dari spot mencandat yang menjadi tumpuan puluhan bot mencandat lain. Sementara spot pilihan tekong kami ini hanya terdapat beberapa buah bot sahaja namun kami semua menaruh kepercayaan penuh kepada tekong yang sudah puluhan tahun bergelumang dalam dunia mencandat sotong ini.
Sesi mencandat bermula dengan agak perlahan. Justeru untuk memperolehi `lesen’ sedikit sebanyak memberi tekanan khususnya kepada ahli-ahli trip yang belum berjaya. Tekanan kian terasa apabila hujan lebat turun tatkala aktiviti mencandat baharu sahaja bermula. Lebih setengah jam juga aktiviti mencandat tergendala kerana hujan. Namun setelah hujan teduh, perlahan-lahan nasib mula menyebelahi kami. Walaupun tidak berada di kandang sotong dan sekadar dikunjungi `sotong gatal’, ia sudah cukup membuatkan mata kami berjaga sehingga dinihari.
Setelah seorang demi seorang melelapkan mata, sekitar jam 4.00 pagi ditamatkan secara rasmi berikutan arus yang kian laju. Beberapa jam kemudian tekong membongkar sauh dan kami bergerak ke jeti bersama kira-kira 50 kilogram sotong. Biarpun sekadar 50 kilogram, ia sudah lebih dari jangkaan kami berikutan kami lebih banyak bersantai daripada mencandat.
Kolam Memancing Harmoni yang terletak di Kg. Pulau Meranti, Sepang bukanlah satu nama asing bagi penggemar pancingan kolam air tawar khususnya di Lembah Kelang.
Majalah Umpan sendiri, setelah bekerjasama dengan Kolam Memancing Harmoni buat pertama kali pada 2014, telah menjadikan kolam memancing yang diusahakan oleh
Sani M. Arshad atau lebih mesra dengan panggilan Wak Sani sebagai kolam pancing rasmi majalah.
Apa sahaja urusan berkaitan pancingan kolam air tawar termasuklah penggambaran video penyediaan umpan kolam dilangsungkan di Kolam Memancing Harmoni ini.
Bersemula dari situ, Majalah Umpan akan turun padang bagi menjayakan sebarang akviti yang dilangsungkan oleh pihak kolam.
Terbaru, Sabtu lalu Majalah Umpan turut diundang bagi memeriahkan lagi aktiviti komplot tertutup yang dianjurkan oleh Kolam Memancing Harmoni.
Komplot tertutup yang kami namakan ‘KOMPLOT HARMONI UMPAN BERSATU’ ini merupakan aktiviti memancing khusus anjuran pihak kolam bagi menghargai beberapa kelab pemancing.
Selain bertujuan untuk menggabungkan beberapa kelab pemancing di bawah satu bumbung pada satu masa, ia juga merupakan platform bagi kelab-kelab ini bersilaturahim antara satu lain.
Pada masa yang ia memberi pendedahan kepada ahli Kelab Pemancing Wanita (WAC) menimba pengalaman umpama memancing di pertandingan memancing yang sarat dengan peserta.
Bagi mengelak situasi yang terlalu padat, pihak kolam telah menghadkan jumlah penyertaan tidak melebihi 100 pemancing dan 8 buah kelab pemancing telah mengambil bahagian dalam komplot ini.
Kelab pemancing yang mengambil bahagian ialah Team Lan Lubuk (TLL), BFW Fishing Team, Umpan Lentik Team, Group Umpan Tawakal, Umpan Terbang Fishing Team,
Team Umpan Terbang, Team FFN N9, Team MP dan Kelab Pemancing Wanita (WAC).
Apa yang menarik, majoriti kelab pemancing ini juga merupakan pengeluar umpan pancingan kolam.
Dan lebih menarik lagi, pihak bukan saja tidak mengenakan sebarang yuran penyertaan bahkan menyediakan hadiah serta ganjaran wang tunai kepada para peserta.
Aturcara komplot
9am – pendaftaran & penerangan
9.30am – sarapan pagi
10am – acara bermula
5pm – penutup
5.30pm – sesi bergambar
6pm – bersurai
Syarat & peraturan komplot
Apa kata wakil-wakil kelab pemancing
UMPAN TERBANG
“Terima kasih kembali kerana sudi menjemput kami daripada Sahabat Umpan Terbang. Komplot yang sangat positif. Terima kasih dan panjang umur serta murah rezeki kita jumpa lagi.”
BFW FISHING TEAM
“Apa pun terima kasih kepada Wak Sani dan semua yang telah menjayakan komplot ini dengan sempurna. Harap silaturahim sesama kita kekal hingga ke akhir hayat.”
UMPAN TAWAKAL
“Terima kasih pada pihak kolam terutama Wak Sani dan pada yang telah menjayakan acara. Anda semua terbaik moga ada lagi penganjuran ini pada akan datang.”
UMPAN LENTIK
“Saya dari Team Umpan Lentik mengucapkn ribuan terima kasih pada tokey Kolam Harmoni iaitu Wak Sani atas jemputan komplot tertutup ini dan ribuan terima kasih pada sahabat semua yang join komplot.
Anda semua terbaikkk… sekiranya diberi umur yang panjang kita berjumpa lagi.”
REELYOLOGY REEL WORKSHOP
“Sy ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kolam Harmoni yang menganjurkan komplot kali ini.
Juga terima kasih kepada para peserta yang turut menjayakan event ini. Andai ada umur yang panjang, boleh kita bersua lagi…”
WAC
“Saya dan semua ahli Kelab Pemancing Wanita Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih atas undangan pihak Kolam Harmoni Puchong dan layanan yang terbaik daripada mereka.
Kolam yang bersih dan fasiliti yang cukup sangat sesuai serta selesa untuk kami wanita memancing. Semoga silaturahim daripada komplot ini akan berkekalan.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...