Bersihkan joran sebelum disimpan. Sesetengah kaki pancing suka bertangguh untuk membersihkan joran. Sekiranya anda memancing di air masin, membersihkan joran dengan air tawar dan menggunakan sabun adalah paling utama bagi menjamin ketahanan joran. Terutamanya bahagian guide atau cincin joran. Bahagian ini paling mudah bergaram sekaligus mereputkannya.
Sebelum menyimpan joran anda, pastikan ia sudah dikeringkan sepenuhnya. Gunakan kain bersih untuk mengelap joran selepas dibersihkan. Sebaiknya juga ia dibiarkan kering dalam suhu bilik sebelum ia disimpan di dalam almari atau sarung khas.
Ads
Sapukan minyak pada cincin dan lapkan lebihan minyak. Sekiranya tak mampu nak beli minyak yang mahal-mahal, guna minyak Singer pun boleh. Minyak memainkan sedikit peranan bagi menghalang pembentukan garam atau dijangkiti fungus.
Ads
Dapatkan beg atau rak khas untuk menyimpan joran atau letakkan joran anda di tempat simpanan yang sepatutnya. Jangan sesekali menyandarkan joran secara condong pada dinding kerana ia akan menyebabkan joran melengkung.
Jika mahu menyimpan joran, pastikan ia tidak terkena panas secara langsung dan bahang panas seperti meletakkannya di dalam kenderaan. Suhu panas berbahang boleh merosakkan joran anda terutamanya joran jenis grafit.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sebagai pemancing terutamanya yang baru menjinakkan ke dalam dunia hanyir ini, takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Kesalahan-kesalahan asas berikut bukanlah satu kesalahan besar tetapi ia sering berlaku dalam dunia memancing.
Tak Ketatkan Drag
Perbuatan tidak melaraskan daya seretan kekili (drag) dengan betul juga biasa berlaku kepada pemancing baru. Malah pemancing berpengalaman turut sama menghadapi perkara yang sama. Ekoran daripada itu maka kedengaranlah komen dari rakan pemancing, “Ketat la sikit drag tu!”
Cara Memegang Joran
Ia merupakan kesalahan paling banyak berlaku khususnya pemancing yang baru belajar memancing. Secara tidak langsung ia menjadi penanda aras status pemancing tersebut. Dalam erti kata lain, kalau pemancing lain melihat kita memegang cara demikian maka dia akan tahu kita masih nubis.
Cara Mengepam Ikan
Perbuatan mengayuh kekili serentak tatkala tali keluar dari spool ditarik ikan dan mengayuh kekili tanpa mengangkat joran juga merupakan kesalahan asas memancing yang masih banyak berlaku. Namun kesalahan ini mudah diperbaiki dengan perbanyakkan lagi masa memancing.
Set Pancing Tak Betul
Tentu korang pernah tengok seseorang yang menggunakan kekili mendatar (spinning) tetapi dipasangkan dengan joran mengilat (casting rod). Walaupun boleh je nak guna tapi dalam hukum memancing ia adalah kesalahan kerana boleh merosakkan tulang belakang joran tersebut.
Teknik Mengumpan Yang Salah
Pancing ikan lampam menggunakan umpan ikan keli hidup merupakan salah satu contoh kesalahan memancing kerana ternyata ia salah dari segi penggunaan umpan. Malah korang akan dijadikan bahan ketawa sekiranya mendakwa dapat ikan lampam tersebut menggunakan umpan ikan keli hidup.
Persembahan Gewang Yang Salah
Mungkin sekarang ini tidak berlaku lagi tetapi perbuatan mengilat atau casting gewang dengan menggunakan batu ladung bertujuan untuk senang baling, malah perbuatan menggunakan gewang sebagai umpan pancingan dasar pernah berlaku suatu ketika dahulu. Kalau dalam trip memancing bersama nubis mungkin perkara ini masih boleh dapat disaksikan.
Baitcasting Terbalik
Ia mungkin sesuatu yang melucukan tetapi fenomena menggunakan kekili menegak seperti kekili mendatar terus berlaku sehingga hari ini. Sebabnya sudah tentu kerana masih cetek ilmu memancing dan menganggap memancing hanya sekadar hobi.
Perdebatan tentang rasa ikan dari laut mana lebih sedap, Laut China Selatan (LCS) atau Selat Melaka (SM) sebenarnya bukanlah topik baru untuk dibincangkan. Namun setiap kali ia dibincangkan, kayu pengukur yang dapat dijadikan garis panduan. Sering saja kenyataan dibuat itu dipengaruhi oleh faktor lain.
Paling ketara adalah faktor lokasi atau kenegerian. Hanya disebabkan berada di pantai timur, mereka akan pertahankan LCS dan begitulah sebaliknya.
Sebenarnya agak sukar untuk kita membuat satu kenyataan yang solid tanpa melakukan sebarang kajian. Apatah lagi jika berpandu kepada spesies ikan tanpa mengambil kira faktor geografi dan sebagainya.
Apa kata netizen:
“Kena faham aspek laut Selat Melaka yang kesemuanya ikan datang dari Laut Hindi (Andaman Sea) dan masuk melalui pergerakan arus laut ke Selat Melaka. Manakala Laut China Selatan arus surut ikan datang daripada Laut Pacific melalui kepulauan Spratly (ikan jenis yellowfin tuna sampai di Sabah Sarawak sahaja. Tidak sampai ke Semenanjung akibat faktor kedalaman yang kurang). Ikan-ikan lain masuk ke sekitar perairan Mersing.”
“Betoi…ikan Pontian ni mahal nak dibandingkan di Mersing. Kebanyakan ikan Pontian dihantar ke Singapura. Rasa dia memang lain.”
“Betul… contohnya kat Johor. Ikan dari Pontian vs ikan dari Mersing. Ikan Pontian menang.”
“Mungkin betul sebab arus Selat Melaka lebih laju daripada Laut China Selatan. Otot-otot ikan di Selat Melaka lebih sado sebab berenang di arus yang lebih laju maka rasanya lebih sedap.”
“Yang pasti ikan sembilang Pontian paling sedapppppp…!”
“Sila bandingkan udang gred A perairan Selat Melaka dengan udang di perairan lain… hahaha!”
“Aik… bukan ikan Laut China Selatan ke lagi sedap daripada Selat melaka?”
“Bagi aku sama saja rasa ikan dari LCS dengan Selat Melaka… janji ikan tu fresh baru naik dari laut dan pandai masak. Kalau ikan lama dan kalau tak pandai masak… bagi pi la ikan yang paling sedap pun boleh jadi rasa tak sedap jugak… hahahaha.”
“Nak tau yang mana sedap… try makan ikan tenggiri Laut Selat Melaka n Laut China Selatan. Anda boleh tentukan sendiri.”
“Ikan pontian AA… sembilang, merah, kerapu, jenahak, unga memang isi champion. Sebab apa? Sebab ikan duk kat lumpur tapi makan takda la berlumpur. Sebab belah-belah Pontian laut selat pasir campur lumpur.”
“Biasanya ikan di kawasan berkarang lagi sedap dari kawasan berlumpur. Mungkin kerana faktor habitat dan diet ikan. Bukan LCS atau SM jadi ukurannya. Pendapat saya ler… kalau salah tolong betulkan.”
“Ada kajian ke…? Statment je siapa-siapa pun boleh buat. Ada jugak la seorang insan tu pernah cakap benda ni kat aku. Tapi apa yang aku pelik… aku mancing dapat ikan Selat Melaka & Laut China Selatan, bagi kat dia… dia ambik je. Takde lak complain. Bila lepak sembang dia boleh cakap lak ikan SM lebih sedap. Bagi free sedap saje…!”
“Betul tu… daripada pengalaman memancing saya boleh dapat rasa. Ikan Selat Melaka memang sedap!”
Tidak kira dalam apa jenis pancingan pun, konsep tangkap dan lepas atau CnR dianggap sebagai kayu pengukur level kematangan seorang pemancing. Ia selari dengan konsep sebenar sportfishing iaitu memancing untuk sukan, bukannya untuk makan. Apa pandangan korang?
“Itu bukan matang… tapi menyeksa binatang! Kalau tak nak makan jangan pancing. Ikan bukan dijadikan semata-mata untuk keseronokan.”
– Hakim Hashim
“Tak boleh admin… bagi saya salah. Sebab kita memancing ikan kerana tiada niat untuk makan. Tangkap ikan sekadar kepuasan tetapi perbuatan itu menyakitkan mulut ikan. Saya tak setuju dengan perbuatan menyeksa haiwan demi kepentingan diri sendiri.”
– Mija Caster
“Memancing diibaratkan seperti memburu. Admin pernah ke tengok pergi memburu… tembak rusa ke ayam hutan ke, kemudian diorang lepaskan balik binatang tu? Gila namanya kalau diorang buat macam tu.”
– Hafizuliz Limbats
“Yang betoinya… yang sakit tu lepas balik. Yang elok tu bawak balik makan atau juai. Ini baru pemancing yang matang namanya.”
– Nor Hissam Kamal Mustafa
“Umpama kata pepatah…. Pb di lombong ditangkap lepas, sebarau di sungai mati dalam kuali. Itulah karakter pemancing matang dan mengong.”
– M Shahrul M Sabar
“Ikan rare dan dah nak pupus semua lepas balik. Ikan yang boleh tapau pun ambik 1-2 cukup sekadar buat lauk skali.”
– Weslley Melina
“Aku mancing niat nak buat lauk. Tapi kalo nampk ikan tu kecik kurus aku lepas la. Kalo ikan telan mata kail aku tak lepas nant dia mati so ambik buat lauk. Matang ke tak cannot brain!”
– Ku Arra IzZara
“Entah le min… aku kalo ikan bleh makan aku sapu je bawak balik… tp kalo dapat buntal ngan ikan bandaraya memang melayang balik dia ke air.
– Zainizam Zainuddin
“What? Ikan elok atau ikan sakit semua hantam bawa balik rumah… sebab selalu menbangau kerja saya.”
– Munusam Ravve Ravee
“Nak lepas balik? Nak target haruan pun payah… gewang dah banyak… tapi tak menjadi. Mungkin juga aku tak pandai casting.”
– Mohamad Azman
“Saya pilih jenis ikan jugak… tapi saya tak bunuh ikan tu kalau tak makan.”
– Angler Baru
“Pemancing pun ada yang matang, ada yang tak matang arr… macam-macam ada kat hangpa.”
– Rol Dasuka Nizam
“Kalau saya… saya tengok ikan tu dulu min, kalau ada gigi saya ambil… kalau xde gigi say tak ambil. Takut ikan tu terlebih matang faktor usia.”
– Mohd Yussof
“Tahap kematangan yang paling baik ialah matang-matang tanpa hangus… daging ikan tu masih ada jus (aku cerita pasal pari bakar min).”
– Ammar Huffaz
“Ikan yang tak bleh makan atau yang hampir pupus tu boleh la lepas balik admin oiii…. Hobi tu memang laa hobi… tapi kalau dah dapat ikan tu kira rezeki laa.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...