Memancing bukanlah satu ibadah namun ia bukanlah satu pekerjaan yang sia-sia. Malah dengan memancing juga kita boleh memperoleh berkah sekiranya melakukannya dengan cara yang betul.
Jangan lupa membaca Bismillah dan selawat ke atas nabi sebelum baling umpan atau memulakan aktiviti memancing.
Jangan terlalu bising semasa memancing umpama keadaan di temasya. Hormati persekitaran serta pemancing yang lain.
Jangan hebah-hebahkan kalau anda hendak pergi memancing, cukuplah sekadar memberitahu kepada rakan rapat dan ahli keluarga terdekat.
Ads
Jangan membangga diri dengan hasil tangkapan sebaliknya bersyukurlah kerana mungkin ada rakan yang tidak bernasib baik seperti anda.
Jika memperoleh hasil yang sedikit atau ikan kecil, bersyukurlah kerana itu rezeki yang diberikan kepada kita.
Ads
Jangan lupa bersedekah dengan hasil yang kita dapat. InsyaAllah kita akan memperoleh rezeki yang lebih bagus apabila memancing lagi.
Ads
Hasil tangkapan yang didapat hendaklah dihormati sebagaimana makhluk bernyawa yang lain.
Jangan menzalimi haiwan. Walaupun ikan yang ditangkap bukanlah ikan sasaran, jangan sesekali menzaliminya dengan perbuatan yang tidak sepatutnya.
Niat memancing kerana untuk mencari rezeki. Dari situlah kita akan memperoleh keberkatan dalam memancing.
Jangan pergi memancing jika orang tua mahupun isteri tak merestui kerana restu sangat penting dalam memperolehi keberkatan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Pada 2019, Jabatan Perikanan Sabah telah menyenaraikan enam spesies ikan terancam terbaharu dalam Akta Perikanan 1985, bermula pada tahun lalu.
Spesies itu adalah yu sirip putih besar atau nama saintifiknya, Carcharhinus longimanus; yu tukul (Sphyrna zygaena); yu tukul parang (Sphyrna mokarran); yu tukul palang (Eusphyra blochii) dan 2 spesies pari iaitu pari tanduk (Mobula birostris dan Mobula alfredi).
Ia menjadikan keseluruhannya ada 36 spesies hidupan marin terancam, dilindungi mengikut Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan yang Terancam) 1999 dan Akta Perikanan 1985 bertujuan mengelak kepupusan.
Oceanic whitetip shark – Yu sirip putih besar
Ikan oceanic whitetip shark (Carcharhinus longimanus), juga dikenali sebagai Brown Milbert’s sand bar shark, brown shark, lesser white shark, nigano shark, oceanic white-tipped whaler, and silvertip shark, adalah yu pelagik besar yang menghuni lautan tropika dan beriklim hangat. Tubuhnya yang kekar paling terkenal kerana siripnya yang panjang dan berhujung putih.
Meskipun bergerak lambat, mereka oportunistik dan agresif, dan berbahaya bagi para penghuni kapal karam. Kajian terbaru menunjukkan penurunan populasi yang drastik ekoran pemintaan tinggi terhadap sirip besarnya sebagai bahan utama sup sirip yu, dan seperti spesies yu lainnya, oceanic whitetip shark menghadapi tekanan penangkapan yang meningkat di seluruh jajarannya.
Ikan giant oceanic manta ray (Mobula birostris) adalah spesies pari dalam keluarga Mobulidae, dan jenis pari terbesar di dunia. Mereka sirkumlobal dan biasanya ditemukan di perairan tropika dan subtropika, tetapi juga dapat ditemukan di perairan beriklim sederhana. Hingga 2017, giant oceanic manta ray digolongkan dalam genus Manta, bersama dengan reef manta yang lebih kecil (Mobula alfredi).
Pengujian DNA menunjukkan bahawa kedua spesies lebih erat terkait dengan pari dari genus Mobula daripada yang diperkirakan sebelumnya. Akibatnya, giant manta diganti namanya menjadi Mobula birostris untuk mencerminkan klasifikasi baru.
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Chondrichthyes
Order: Myliobatiformes
Family: Mobulidae
Genus: Mobula
Species: M. birostris
Binomial name: Mobula birostris (Walbaum, 1792)
Reef manta ray – Pari manta karang
Ikan reef manta ray (Mobula alfredi) adalah spesies pari dalam keluarga Mobulidae, salah satu pari terbesar di dunia. Di antara spesies yang dikenal secara umum, ini adalah spesies pari kedua terbesar selepas giant oceanic manta ray.
Spesies ini dideskripsikan pada tahun 1868 oleh Gerard Krefft, pengarah Museum Australia. Dia menamakannya M. alfredi untuk menghormati Alfred, Adipati Edinburgh, anggota pertama keluarga kerajaan Inggeris yang mengunjungi Australia. Awalnya digambarkan sebagai bahagian dari genus Manta tetapi pada tahun 2017 diubah, bersama dengan manta lain, untuk dimasukkan sebagai sebahagian dari genus Mobula.
Kesan dari keadaan mabuk laut menjurus kepada rasa yang tidak selesa dan melemahkan. Walaupun ia tidaklah mengancam nyawa namun ia boleh menjejaskan tumpuan kepada kerja termasuk memancing.
Dalam kebanyakan kes, petanda awal mabuk laut akan mula bertambah baik sekiranya badan anda dapat menyesuaikan diri. Atau anda selesaikan masalah tersebut dengan menamatkan sebarang aktiviti dan tidur saja.
Tanda 1 – Kulit Jadi Pucat
Mungkin ramai yang tidak menyedari simpton awal ini kerana kebanyakan pemancing menutup hampir keselurahan kulit ketika memancing bagi mengelak cahaya terik. Jika korang tengok kulit muka rakan dah mula pucat, beritahulah mereka. Jangan pula tunggu mereka muntah.
Tanda 2 – Mula Peluh Sejuk
Ia dapat dirasai apabila badan mula rasa tidak selesa dengan keadaan sekeliling. Walaupun ia Simpton awal, kalau dah keluar peluh yang tidak sepatutnya keluar, kemungkin korang akan berhadapan dengan mabuk laut yang agak kronik.
Tanda 3 – Air Liur Jadi Banyak
Ia berlaku tanpa disedari sehinggalah anda lebih kerap meludah daripada biasa. Walaupun takde air liur nak ludah pun tetap juga meludah walaupun hanya keluar angin saja.
Tanda 4 – Mengantuk Tahap Gaban
Perkara ini biasa berlaku. Walaupun cukup tidur, anda mula menguap berkali-kali. Dalam pada masa yang sama, mata mula meninjau tempat untuk merebahkan badan.
Tanda 5 – Terasa Sesak Nafas
Rasanya seperti tidak cukup udara untuk bernafas. Nafas menjadi pendek dan cepat. Namun tetap tidak puas untuk bernafas.
Tanda 6 – Letih Melampau
Apabila berada dalam keadaan ini, anda akan berasa seperti malas untuk buat apa saja. Semangat untuk memancing mula hilang dan tidak peduli lagi pasal kumpau atau sebagainya.
Tanda 7 – Pening-Pening Berpanjangan
Boleh dikatakan ia berlaku kepada semua orang yang menghadapi masalah mabuk laut. Jadi anda tidak perlu risau sangat pasal pening ni. Sebaliknya kalau terlalu memikirkannya, ia akan menyebabkan semakin cepat mabuk.
Tanda 8 – Sakit Kepala Ya Amat
Ia lebih menyeksakan berbanding sesak nafas atau pening. Atau dalam erti kata lain, ia sudah berada sebelah kaki dalam penyiksaan mabuk laut.
Tanda 9 – Muntah
Kemuncak awal mabuk laut! Namun ia terbahagi kepada dua cabang. Sama ada anda akan pulih atau terus terseksa. Muntah berulang kali hingga tahap terasa macam nak terkeluar urat perut inilah yang menakutkan ramai pemancing untuk ke laut dalam.
Lubuk di sungai tersebut sememangnya tumpuan orang setempat sama ada untuk memancing atau sekadar menontok orang lain memancing. Matahari sudah terbenam dan lubuk tersebut hanya tinggal kami berdua, namun joran kami masih belum terusik.
Sesudah beberapa kali memasang umpan, hanya riak halus air yang kelihatan. Kami ambil keputusan untuk bersolat dahulu. Sesudah solat, kami makan nasi bekal yang disediakan oleh ibu di rumah tadi, sambil sedia untuk bertindak andainya pancing terusik. Sesudah makan, kami kembali tumpukan perhatian kepada pancing.
“Isy… kenapa tak ada sekor pun naik ni?” bisik hati aku.
“Sabar…” tiba-tiba saja pak cik aku bersuara seolah-olah mendengar suara hati aku. Mungkin juga dia dapat membaca bahasa gerak tubuh aku.
Ketika aku asyik memerhatikan permukaan air, mataku tertumpu ke arah sesuatu yang kelihatan seperti cahaya, kira-kira 5 meter dari tempat aku duduk. Aku mula memerhatikan objek tersebut yang berkelakuan seperti seekor pepatung yang seringkali kelihatan bermain-main di permukaan air.
“Apa tu aaa…? Kalau pepatung takkan cerah sangat cahayanya tu.” Namun kata-kata itu tidak aku tuturkan.
Cahaya tersebut semakin pudar dan dengan perlahan terbentuk suatu objek lain yang sesungguhnya menyebabkan aku tergamam.
Jelas di hadapanku, kelihatan satu lembaga berbentuk kepala. Mukanya hodoh dan berambut panjang mengurai. Aku mula menggigil, tapi mulutku benar-benar terkunci. Pak cik aku yang tadi berada tidak jauh dari aku kini sudah hilang. Aku berasa amat takut.
Lembaga tersebut mengerbangkan rambutnya seperti sayap burung dan memandang ke arah aku. Matanya yang merah membuatkan aku semakin takut. Tiba-tiba aku rasa seluar aku basah. Serentak dengan itu, bahu aku ditepuk dari belakang.
“Man! Man oii…! Kau tengok apa tu?”
Mulutku cuba untuk-untuk berkata-kata tapi tak berdaya. Mataku tetap memandang ke arah lembaga tersebut yang kelihatan semakin kabur. Seketika kemudian, ia lenyap sepenuhnya. Aku tetap tak boleh bercakap, walaupun aku sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling aku. Pak cik aku terus memanggil-manggil nama aku.
Semakin lama aku rasa semakin lemah dan akhirnya aku tidak ingat apa-apa lagi. Apabila kembali membuka mata, aku dapati sedang terbaring di ruang tamu rumah. Bukannya di lubuk sungai. Kelihatan ibu duduk tidak jauh dari tempat aku terbaring.
“Mana pak cik?” spontan aku bersuara.
“Pak cik ada kat luar tu…”, ibuku menjawab.
Aku rasa badanku lemah, tapi aku masih boleh melangkah perlahan-lahan ke serambi rumah.
Pak cik aku yang sedang leka menghembuskan asap rokoknya, lantas membetulkan duduknya apabila aku bersila berhampiran dengannya.
“Kau kena sampuk semalam agaknya…” Pak cik aku bersuara sambil tergelak kecil. Aku sekadar terkebil-kebil memandangnya.
Aku cuma mendengar apa yang diceritakannya. Katanya, dia lihat aku seolah-olah dipukau sesuatu dan langsung tak hiraukan panggilannya.
Dia terus mengangkat semua joran dan mengemaskan barang. Aku kemudiannya didukung masuk ke kereta dalam keadaan kejang, seperti terkena kejutan elektrik.
Aku tak dapat huraikan sepenuhnya bentuk lembaga tersebut kerana setiap kali teringat, aku akan berasa takut. Sehingga ke hari ini, aku tidak berani memancing pada waktu malam walaupun bukan di lubuk tersebut. Mungkin aku dah kena fobia agaknya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...