Tidak semua batu ladung dihasilkan dengan sempurna. Kadangkala kita boleh temui batu ladung yang tidak kemas kerja-kerja akhir pembuatannya dengan terdapatnya bucu-bucu yang tajam. Khususnya batu ladung hidup berbentuk buah kana atau bulat. Bucu-bucu tajam ini akan bergesel dengan tali pancing sekaligus menyebabkan tali pancing terluka dan putus.
Sekiranya memilih dan membeli batu ladung di kedai pancing yang masih `segar’ dari kilang atau pembekal, sebaik-baiknya cuci tangan berbuat demikian. Lebih-lebih lagi jika anak-anak yang berbuat demikian. Timah adalah bahan yang sangat bertoksik.
Ads
Begitu juga anda membuat sendiri batu ladung dengan mencairkan timah. Wap dari timah cair sangat berbahaya dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Keadaan lebih parah jika timah cair terkena anggota badan.
Ads
Jika menghasilkan batu ladung sendiri juga pastikan juga bahagian pertemuan atau bucu-bucunya tidak ada serpihan dan bucu tajam. Pastikan ia diratakan sebelum digunakan. Selain boleh melukakan anggota tangan, ia juga boleh mencederakan tali pancing.
Ads
Dari segi penggunaan batu ladung pula pilihlah saiz batu ladung yang setara dengan kelajuan arus. Memadai sekadar untuk menjatuhkan umpan ke dasar, tidak menyebabkan persembahan umpan menjadi terlalu kaku atau terlalu dihanyutkan arus.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Jika dibandingkan teknik trolling atau menunda umpan teknik yang sedikit berbeza dengan teknik lain seperti casting atau jigging kerana ia sama sekali tidak memerlukan skill atau tenaga ketika memancing.
Atau dalam erti kata lain, teknik trolling ini merupakan teknik memancing yang paling mudah untuk diaplikasikan dengan syarat haruslah menaiki sampan atau bot.
Teknik trolling ini juga boleh dipraktikkan di sungai, muara, lombong serta laut. Sementara spesies sasaran adalah ikan-ikan pemangsa atau predator sama ada air tawar mahupun air masin.
Peralatan untuk kegunaan teknik trolling pula bergantung kepada padang pancing dan spesies yang diingin dicari.
Apa yang penting peralatan yang digunakan haruslah tahan lasak berbanding peralatan yang digunakan untuk teknik casting.
Suatu ketika dahulu teknik trolling ini amat popular diapliksan di lautan bagi memburu spesies seperti wahoo, tenggiri, alu-alu atau layaran.
Justeru peralatan aksi berat perlu digunakan. Kekili harus menyimpan tali sekurang-kurangnya 300 meter dan joran yang digunakan mestilah PE 3-4 ke atas.
Tali perambut 40-60 lb bergantung pada tali utama yang digunakan. Pemancing perlu melepaskan gewang di belakang bot 100-200 meter daripada bot dalam kelajuan tertentu.
Dalam istilah perkapalan, maneuvering thruster (bow thruster atau thruster burst) adalah merujuk kepada alat pancaran transversal yang dibina ke dalam, atau dipasang pada, sama ada busur atau buritan, dari kapal atau bot untuk menjadikannya lebih mudah bergerak.
Pukulan tujahan menjadikannya lebih memudahkan kerana mereka membenarkan kapten untuk menghidupkan kapal itu ke bahagian pelabuhan atau sebelah kanvas, tanpa menggunakan mekanisme pendorong utama yang memerlukan gerakan ke hadapan untuk beralih.
Dalam industri memancing, thruster yang amat popular thruster yang dijana dengan menggunakan tenaga bateri. Thruster atau motor kekipas untuk kegunaan marin adalah salah satu nadi penggerak kepada bot.
Walaupun ia tidak sekuat enjin sangkut namun penggunaannya amat efektif bagi kaki pancing yang menggemari teknik trolling ataupun casting.
Motor kekipas ini dijana tenaga menggunakan bateri dan sudah tentu ia berbeza dengan enjin sangkut yang bunyinya lebih bising.
Bagi kaki casting, penggunaan thruster adalah cara terbaik untuk mereka menghampiri seberapa dekat yang boleh spot ikan sasaran tanpa membuatkan ikan culas, bahkan tidak lagi memenatkan, berbanding penggunaan dayung.
Malah hari ini juga, telah ada teknologgi thruster yang lebih baik baik dan berkuasa hingga mampu menggantikan enjin sangkut untuk bergerak lebih jauh.
Kebiasaannya, thruster digunakan oleh bot-bot kecil untuk sesi memancing di lombong, sungai atau tasik. Bagi sungai yang berarus deras, penggunaan thruster ini adalah tidak sesuai.
Semakin banyak aliran tenaga yang digunakan dari bateri, semakin cepatlah kuasa thruster menurun berbanding penggunaannya di kawasan padang pancing yang tenang.
Thruster didatangkan dengan pelbagai kuasa yang dibahagikan mengikut kiraan berat dia antara 30lb hingga 55lb.
Perbezaan berat ini adalah bagi menandakan kekuatan yang mampu dijana oleh sesebuah thruster.
Semakin tinggi paun thruster tersebut semakin laju knot yang mampu dicipta oleh kelajuan bot menyusuri air.
Penggunaan bateri selalunya perkara yang paling rumit untuk difikirkan apabila thruster ini. Bagi bateri basah ia perlu dicas dan mengambil masa yang agak lama untuk penuh.
Bayangkan setiap kali ingin turun memancing, persediaan awal untuk mengecas bateri perlu dilakukan supaya tidak berkayuh semasa kehabisan bateri.
Jalan terbaik adalah dengan menggunakan bateri marin yang mampu mengecas semula apabila digunakan. Namun harganya mungkin dua kali ganda mahal berbanding bateri basah atau kering bagi model biasa. Penting atau tidak, memiliki thruster adalah satu kelebihan bagi sesiapa yang memiliki bot.
Kehadiran pemancing yang lebih senyap dan kawalan bot lebih mudah membolehkan pemancing memasuki pelosok anak sungai dan memperolehi hasil yang lebih baik.
Terdapat beberapa cara untuk kita menaikkan ikan ke darat atau sampan tanpa menggunakan alat bantuan seperti gancu, tangguk atau lip grip. Namun hanya tiga cara yang dianggap paling selamat. Sebelum itu pastikan anda meletihkan toman terdahulu agar lebih mudah pengendaliannya nanti.
Pertama, anda boleh menyeret ikan tersebut ke darat dengan menggunakan kekuatan tali pancing. Pegang leader dan tarik tanpa perlu mengangkatnya ke atas. Namun cara ini boleh dilakukan di tebing landai saja. Tidak sesuai jika tebing tinggi atau di atas bot.
Cara kedua, apabila toman sudah kelihatan dan berjaya ditarik ke gigi air, anda boleh mencekak jari ke dalam rongga mata toman. Cara ini mungkin berisiko sekiranya toman masih aktif namun ia tidak akan mencederakan ikan.
Cara ketiga dan merupakan paling selamat ialah dengan memegang bahagian bawah perut ikan. Bahagian perut bawah perut ikan merupakan kawasan yang agak sensitif dan boleh membuatkan ikan akan pasif apabila dipegang.
Kesemua caranya ini perlulah dilakukan dengan cermat dan penuh keyakinan kerana sebarang tindakan teragak-agak boleh menyebabkan kecederaan pada diri sendiri. Ini kerana walaupun kelihatan sudah lemah, toman kadang-kadang boleh bertindak agresif tanpa dijangka.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...