Boleh tak admin jelaskan berapa lama jangka hayat tali sulam dan mono (tangsi) yang sesuai digunakan untuk memancing?
Adakah ia perlu ditukar untuk tempoh tertentu seperti selepas tiga bulan atau enam bulan digunakan.
Ads
JAWAPAN:
Jangka hayat bagi tali pancing sama ada sulam atau mono bergantung kepada beberapa faktor. Antara faktor atau aspek tersebut ialah kekerapan, cara penggunaan, geografi kawasan padang pancing, cara penyimpanan dan tahap kuali tali itu sendiri.
Ads
Jika ia kurang digunakan, kurang bergeseran ketika digunakan, cara penjagaan yang sempurna dan berkualiti, maka ia mampu bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya.
Saya sendiri masih menggunakan tali pancing yang sudah menjangkau usia lebih sepuluh tahun. Yang penting ialah cara penjagaan serta cara mengesan masalah pada tali pancing yang perlu ditukar.
Ads
Antara langkah penjagaan yang sering saya amalkan ialah membersihkan tali selepas digunakan dan tidak menyimpannya di dalam gelendung kekili, sebaliknya dikeluarkan dari gelendung dan disimpan pada bekas simpanan tali yang asal.
Terdapat beberapa cara untuk mengesan keadaan tali bagai menilai sama ada ia perlu ditukar atau sebaliknya. Tali pancing perlu ditukar apabila ia tidak licin dan berbulu.
Apabila ia rapuh dan senang putus apabila kita merentapnya. Apabila ia bertukar warna atau luntur warna asalnya dan bila ia mempunyai kesan calar serta tahap kerinting yang melampau (tali mono).
Tali mono akan menjadi kerinting dan kurang sesuai digunakan jika dibiarkan lama berada di dalam gelendung kekili.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Salam strike admin. Saya ada satu perkara nak ajak admin bincang2. Nak kata masalah besar… bukan satu masalah pun. Tapi itulah… salah ke kalau seseorang tu jigging dengan cara cangkuk udang / sotong pada assist hook? Saya pernah kena kecam sebab perkara ni.
JAWAPAN:
Saya kira semua pemancing mempunyai matlamat yang sama apabila memancing. Bukan saja nak dapat hasil tetapi juga inginkan keseronokan bertarung dengan ikan. Dalam memancing juga kita tidak diwajibkan mengamal hanya satu teknik atau cara bagi memperoleh hasil memancing. Malah, kita disarankan mempelbagaikan gaya, rentak atau teknik sehinggalah berjaya.
Berbalik pada soalan anda, jawapannya tentu sajalah ia tidak menjadi kesalahan sekiranya anda ingin menyangkuk sotong, udang atau apa saja umpan mahupun aksesori pada assist hook ketika berjigging. Matlamat utama adalah untuk memperdaya ikan dah menyambar umpan yang dipersembahkan.
Jika ada kesalahan pun hanya selepas anda berjaya memperoleh hasil. Ia lebih kepada etika atau kejujuran. Sekiranya anda berjaya melalui teknik jigdang / jigtong ini, pastikan anda jujur tentang teknik yang anda amalkan. Begitu juga jika ada yang bertanya. Berterus teranglah. Janganlah hanya highlight tentang jig saja atau menyembunyikan teknik sebenar yang dimainkan.
Boleh tak admin buatkan keterangan atau panduan untuk teknik jigging bagi pemancing yang baru nak mencuba nasib. Saya dah kena racun kaw-kaw oleh member yang ramai main jigging. Tolong ya admin.
JAWAPAN:
Persiapan dan tip untuk teknik jigging sebenarnya banyak bergantung kepada beberapa keadaan seperti jenis teknik yang akan digunakan, spesies target dan keadaan lapangan pancing (struktur dan kedalaman air).
Secara umumnya, bergantung kepada lokasi dan spesies target, anda boleh mengagak teknik yang akan digunakan seperti slow atau high pitch jigging seterusnya menentukan berat dan jenis jig yang perlu disediakan dan kekuatan set pancing yang akan diguna pakai.
Selain itu, sediakan pakaian yang sesuai dan bersedia untuk hadapi cuaca panas terik dan peralatan pancing seperti lip grip, assist hook dan sebagainya. Persediaan dari segi mental juga amat penting seperti dapatkan tidur yang cukup, makanan seimbang sebelum turun ke laut bagi mengelakkan mabuk dan yang paling penting tanya terlebih dahulu tip daripada tekong yang anda akan gunakan servisnya kerana tekong lebih memahami keadaan lubuk mereka.
Seperkara lain yang perlu anda tahu, dalam amalan jigging ini mendapat ikan itu satu bonus. Dalam erti kata lain anda juga perlu bersedia untuk kumpau. Jangan pula nanti bila sekali kumpau anda terus kecewa dan serik.
Boleh tak admin beri sedikit tip bagaimana nak casting ikan bulan dan bandang? Saya dah beberapa kali try casting guna popper dan SP tapi langsung tak usik.
JAWAPAN:
Ikan bulan (tarpon) dan bandang (ladyfish) mempunyai satu persamaan iaitu aksi akrobatik ketika bertarung dalam usaha menanggalkan mata kail yang tertancap dalam mulut. Aksi inilah yang sebenarnya membuatkan pemancing berasa seronok untuk casting spesies ini.
Bagi kedua-dua spesies ikan ini, ia boleh dipancing dengan kaedah konvensional iaitu menggunakan umpan (ikan kecil atau udang hidup) dan juga teknik moden iaitu teknik mengilat atau casting. Walau bagaimana pun teknik mengilat lebih disukai oleh pemancing masa kini.
Bagi teknik mengilat, kebanyakan kaki pancing akan menggunakan gewang mikro atau bersaiz kecil. Mungkin korang boleh cuba gunakan gewang minnow, mini popper atau spinnerbait.
Sebaik-baik gewang ialah gewang yang menyamai saiz diet spesies tersebut. Boleh juga gunakan gewang bersaiz besar tetapi potensinya mungkin tidak sebagus gewang-gewang kecil dan persembahkan gewang dengan pelbagai cara untuk memujuk ikan ini membaham gewang.
Selain gewang, umpan tiruan yang efektif ialah soft plastic dan micro jig. Anda boleh menggayakan soft plastic dengan cara karau, henti seketika, karau dan henti. Selain itu anda juga boleh cuba gunakan teknik jerk dalam persembahan soft plastic.
Begitu juga dengan teknik menggunakan mikro jig. Anda boleh pelbagai teknik sehinggalah spesies tersebut membaham gewang. Pokok pangkalnya mestilah rajin dan tidak berputus asa.
Penggunaan mata kail pula sebaiknya gunakan mata kail yang halus terasnya dan tajam. Tak perlu mata kail yang tebal dan kuat kerana apa yang penting mata kail tersebut dapat menembus pipi rahang spesies ini yang agak keras, tidak kiralah sama ada mata kail tunggal atau mata tiga.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...