Afiq Lure, Pereka Gewang Handmade Muda

Share

 

Nama Penuh: Mohammad Afiq Mat Nor

Nama FB: Afiq Lure

Usia: 29 tahun

Lokasi: Jerteh, Besut, Terengganu

Nama produk: RAZORBILL POPPER,CRAZY DANCE TAIL Stickbait, WILD TRICK sinking stickbait (GT lures)

 

tengok juga LURE MAKER – Gewang Handmade Nas Ahmad

 

UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha gewang memancing?

AFIQ: Kalau memancing tu memang sejak dari kecil lagi saya sudah mulakan, tapi dalam bidang handmade gewang ni masih baru. Saya mula berjinak dalam bidang gewang buatan tangan ini pada hujung tahun 2014.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini dan bagaimana sejarah permulaannya?

Afiq: stas sebab minat yang mendalam dalam hobi casting telah membuatkan saya meminati bidang ini.

Ditambahkan pula pada masa itu seorang sahabat saya memperkenalkan produk jump frog dari Thailand dan saya telah jatuh hati pada umpan tiruan tersebut.

Tak lama selepas itu saya mengenali seorang pengusaha jump frog (Joe Loomis) yang juga dekat dengan kampung saya, saya jatuh hati buat kali kedua apabila melihat dan menguji jump frog buatan beliau lalu telah berguru dengannya.

Dari situ saya belajar buat gewang handmade dan terus usaha memahirkan diri sehinggalah sekarang dah masuk bab gewang GT (popping).

 

 

UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?

AFIQ: Antara rintangan mencabar yang saya hadapi ialah modal yang diperlukan untuk mengeluarkan satu-satu model kerana gewang buatan saya adalah hasil kajian saya sendiri dan bukannya ciplak gewang di pasaran.

Rintangan yang mengganggu emosi pula apabila ramai sabahat dan pelanggan yang meminta untuk tiru brand yang tersedia ada di pasaran sedangkan saya berpegang pada

prinsip ‘tidak meniru’ saya mahu guna sebaik mungkin akal yang Allah s.w.t beri pada saya. Orang boleh buat takkan kita tak boleh, kan?

 

 

UMPAN: Apa kelebihan produk yang anda hasilkan?

Kelebihan produk saya adalah setiap gewang yang saya hasilkan saya akan mengujinya dimata manusia dan juga di mata ikan… jika baik kedua-duanya dan saya berpuas hati dengan hasilnya barulah saya pasarkan model tersebut.

 

 

UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan dihasilkan dari produk ini?

AFIQ: Pencapaian yang paling membanggakan buat saya tak lain tak bukan apabila pengguna mendapat hasil dengan gewang hasil air tangan saya.

 

tengok juga Heddon, Jenama Gewang Tertua Di Dunia

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

IKLAN